Tunku Ismail bin Tunku Yahaya

Menteri Besar Kedah ke-2

Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I bin Almarhum Tunku Haji Sir Yahayar Hamid Halim Shah I (23 April 190724 November 1969) ialah seorang bangsawan yang berasal daripada keluarga DiRaja Kedah dari Tunku Yahaya I ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2 dari tahun 1954 sehingga tahun 1959.

Yang Berhormat Mulia

Tunku Tan Sri Haji Sir Ismail Hamid Halim Shah I bin Almarhum Tunku Haji Sir Yahayar Hamid Halim Shah I

c
c
Menteri Besar Kedah ke-2
Dalam jawatan
Januari 1954 – 24 Mei 1959
Didahului olehMohamad Sheriff Bin Osman
Digantikan olehSyed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin
Majoritic
c
Dalam jawatan
c – c
Didahului olehc
Digantikan olehc
Butiran peribadi
Lahir(1907-04-23)23 April 1907
Kulim, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Meninggal dunia24 November 1969(1969-11-24) (umur 62)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
Tempat persemadianPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikUMNO
Tinggic
PasanganDayang Fatimah binti Yop
Anak-anak(7 orang)
  • Tunku Izham + ()
  • Tunku Yahya II + ()
  • Tunku Nuraisyaha+(Ahmad)
  • Tunku Fuziah + (Nazir)
  • Tunku Suria + (Arshad)
  • Tunku Rehana + ()
  • Tunku Abdul Hamid II + ()
Ibuii
BapaYAM Almarhum Tunku Haji Sir Yahya Hamid Halim Shah I ibni DYMM Almarhum Sultan Haji Sir Abdull Hamid Halim Shah I
Saudara(cucu-cucu kandung)
  • Tunku Intan binti Tunku Abdul Hamid II
  • Tunku Zubaidah binti Tunku Yahya II
  • Tunku Ismail II bin Tunku Yahya II
  • Tunku Syamsul Bahrain bin Tunku Yahya II
  • Tunku Syahrain Yusuf bin Tunku Yahya II
  • Tunku Siti Baizura binti Tunku Yahya II
  • Tunku Mazeli bin Tunku Yahya II
  • Tunku Hisham bin Tunku Yahya II
  • Imran bin Arshad
  • Ikram bin Arshad
  • Sarena binti Arshad
  • Nazlina Shazlind binti Nazir
  • Nazlina Safina binti Nazir
  • Nazlina Nazneen binti Nazir
  • Noor Jasmin binti Ahmad
  • Noor yaslah binti Ahmad
  • Noor Kartini binti Ahmad
  • Noor Imman binti Ahmad
  • Noor izzar binti Ahmad
  • Noor ehhan binti Ahmad
  • Dzahurin bin Ahmad
  • Noor Asharita @ Fatimah binti Ahmad
Kediamanc
Pekerjaanc
Laman web rasmic
c

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan asas di sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.

Kerjaya sunting

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri besar Kedah. Tunku Ismail memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan sebagai Kadet Perkhidmatan Awam pada tahun 1926. Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Ahli Majlis Perbadaran Kota Setar, Pegawai Tanah Kubang Pasu dan Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi. Seterusnya beliau pernah dilantik sebagai "First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar", Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Majistret Alor Setar dan 'Food Controller' Negeri Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kemudian sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1948.

Menteri Besar Kedah sunting

Beliau memangku jawatan Menteri Besar Kedah dari tahun 1949 hingga tahun 1951 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kedua dari tahun 1954 hingga tahun 1959. Beliau juga merupakan duta Malaysia ke Perancis. Ditugaskan pada 22 Ogos 1959.

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi hari Isnin 24 November 1969 pada usia 62 tahun akibat sakit jantung di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Petaling Jaya pada lewat petang hari yang sama. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman turut menziarahi jenazah beliau.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pengarah Straits Times — bekas Duta Malaysia ka-Pranchis meninggal dunia". Berita Harian (diterbitkan 25 November 1969). 24 November 1969. Dicapai pada 21 Mei 2020 – melalui NewspaperSG.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19541959
Penyandang Kemudian
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin