Buka menu utama

Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 - 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau sebelah bapa serta Mandailing sebelah ibu.[1]

Datin
Umi Kalthum
UmiKalthum.jpg
Umi Kalthum pada 2011
KelahiranPatimah Bte Bahaudin
(1931-10-18)18 Oktober 1931
Kampung Tengah, Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British, (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 Julai 2013(2013-07-24) (umur 81)
Taman Melawati, Klang, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate
WarganegaraMalaysia
Nama lainUmi Kalthum
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1959 - 2000
MajikanCathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Jins Shamsuddin Productions
Mahsuri Filem Sdn Bhd
Metrowealth Movies Sdn Bhd
Terkenal keranaBawang Putih Bawang Merah
PasanganS. Roomai Noor (1955-1996; kematiannya)
AnakNuraini Binti Jaafar (anak sulung bersama suami pertama)
Muhammad Bin Jaafar (anak kedua bersama suami pertama)
Noor Salawati (anak bersama S. Roomai Noor)
Noorkumalasari
Sonadi Noor
Noor Latiff
Noor Jumaaton
Noorul Mukmin
Ibu bapaRokiah Sutan Mohd Zain (ibu)
Bahaudin Baginda Mohd Aris (bapa)
SaudaraAnita Sarawak (anak tiri)

Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Cathay-Keris Film Productions yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Meninggal duniaSunting

Beliau (81 tahun) meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, kira-kira jam 4 pagi pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 H.[2][3][4]

FilemografiSunting

FilemSunting

 
Umi Kalthum bersama P. Ramlee dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandong

RujukanSunting

Pautan luarSunting