Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Sosial dan Kemasyarakatan
Merangkumi fakta berkenaan kehidupan manusia secara umum termasuk pendidikan, sahsiah dan etika diri serta masyarakat.
- "... bahawa intelektual sering dikaitkan dengan mereka yang berkelulusan universiti, namun hakikatnya tidak semudah itu?"
- "... bahawa mesyuarat sebagai satu bentuk komunikasi formal, mempunyai tatacaranya yang tertentu?".
- "... bahawa kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki?"
- "... bahawa keluk puas sama ialah satu graf yang menunjukkan gabungan perkara-perkara yang pengguna tidak ambil peduli atau berasa sama puas?"
- "... bahawa sebahagian penerima Hadiah Keamanan Nobel pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah?"
- "... bahawa peperiksaan A-level diduduki oleh ramai pelajar di seluruh dunia?"
- "... bahawa ilmu kemanusiaan mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi?"
- "... bahawa risiko operasi ialah risiko kerugian akibat dari kegagalan atau kelemahan proses dalaman, manusia, atau sistem, atau akibat kejadian luar?"
- "... bahawa istilah fundamentalisme pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada beberapa kumpulan dalam komuniti Protestan di Amerika Syarikat?"
- "... bahawa Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim?"
- "... bahawa akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik?"
- "... bahawa Indeks Pembangunan Insan mengukur pencapaian purata sesebuah negara dalam tiga aspek, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup?"
- "... bahawa orang celik huruf secara amnya lebih tinggi darjat sosioekonominya dari orang buta huruf?"
- "... bahawa konsep persahabatan juga dapat ditemui antara haiwan?"
- "... bahawa empirisisme ialah suatu aliran falsafah yang menyatakan bahawa semua pengetahuan diperolehi berdasarkan pengalaman?"
- "... bahawa tiada satu takrifan pengganasan yang disetujui sejagat?"
- "... bahawa Zaman Baru ialah sebuah pergerakan sosial dan kerohanian dari Barat yang bertujuan mencari "Kebenaran Sejagat"?"
- "... bahawa qigong diterapkan dalam sukatan pelajaran universiti utama di China?"
- "... bahawa kerabat diraja China, Korea, Vietnam dan Jepun menggunakan nama selepas kematian bedasarkan pencapaian mereka semasa hidup?"
|