Eleen Arisha
Shazleen Arisha Binti Shamsuria (lahir 20 Mei 1997) atau dikenali sebagai Eleen Arisha adalah seorang pelakon, usahawan dan model Malaysia. Merupakan seorang bekas Top 20 Dewi Remaja [1] pada tahun 2018/2019. Beliau juga merupakan bekas pelajar teater ASWARA [2] Antara beberapa buah drama yang pernah berlakon Aku Yang Merinduimu , Seribu Rindu dan Adnan Runner
Eleen Arisha | |
---|---|
Kelahiran | Shazleen Arisha 20 Mei 1997 |
Pusat pendidikan | Foundation in Creative Art ( Major in Theatre, Directing and Dancing 2015-2016
Degree in Theatre 2016-2019 Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Model, hosting , pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan sebagai Shazleen Arisha pada 20 Mei 1997 di Kuala Pilah , Negeri Sembilan dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dibesarkan di Kuala Lumpur bersama ibubapanya. Ibunya berasal Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala ayahnya berasal Maran,Pahang. Beliau merupakan anak tunggal berdarah kacukan Melayu , Portugal dan Minangkabau . Tidak dilupakan juga seorang pelakon dan bekas pemenang Dewi Remaja 1998 iaitu Juliana Banos juga merupakan saudara jauh belah ayahnya. Eleen Arisha bermula sebagai model ketika berusia 9 tahun dalam majalah Bintang Kecil dan juga mula berlakon sejak 2014. Beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan tarian traditional semasa zaman persekolahannya. Beliau juga merupakan artis bawahan Metrowealth . Beliau juga merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kerjaya
suntingFilem pertama beliau pada tahun 2017 adalah Bara The Movie. Merupakan sebuah filem International gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Dilakonkan juga oleh Joey Daud , Eleena Sui dan Cecep Arif Rahman ( Artis Guru, pengajar pencak silat dan pelakon Indonesia ) [3]
Beliau mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 dan berjaya mendapat tempat saingan Top 20 [4] bersama peserta Anna Jobling , Arena Lieya dan ramai lagi.
Selepas tersingkir daripada program realiti tv, beliau meneruskan kerjayanya sebagai pengacara dalam rancangan Mingguan Wanita dan tuah beliau telah mendapat tawaran sebagai Mas, pelakon heroin dalam telefilem Rendang Krispie[5] di Astro Citra. Gandingan A. R. Badul , Fauzi Nawawi , Jaafar Onn dan ramai lagi
Beliau juga merupakan pelakon dalam drama Aku Yang Merinduimu yang memegang watak sebagai Siti. Siti merupakan kawan baik kepada Husna yang dilakonkan oleh Elisya Sandha terbitan Radius One
Beliau turut lebih dikenali dalam drama Adnan Runner sebagai Wawa. Sebuah drama arahan Azmi Hatta terbitan Metrowealth Pictures. Turut dibintangi Imran Aqil , Bella Dowanna dan Wanns Ahmad . Drama ini merupakan drama generasi lakonan semula daripada filem asalnya iaitu Adnan Semp-It , Adnan Sempit 2 dan Adnan Sempit 3. Filem asal yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam , Intan Ladyana , Yana Samsudin dan Along Cham . Mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad). Adnan mempunyai pasangan ke kasih ya iaitu Nadia (Bella Dowanna) manakala pasangan Bobby adalah Wawa (Eleen Arisha). Keempat mereka merupakan pasangan yang gila-gila, mempunyai hasrat dan impian yang tinggi demi mencapai matlamat masing masing. Slogan ini dikenali dengan sebuah dialog petikan daripada Adnan Sempit iaitu “ Dimana ada kemahuan, Disitu ada highway”
Kini beliau seorang usahawan dalam perniagaan baju raya dan kasut bertemakan klasik dan modern. Jenama D’ELARA adalah singkatan dari namanya sendiri dan ia simpolik kebungaan dan fesyen modern klasik bagi pemakai rasa keyakinan dan kelihatan anggun bila memakai jenama hasil reka bentuk olehnya sendiri.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Alif 7 Dimensi | Tambahan | Faisal Ishak | Filem pertama; pelakon tambahan |
2018 | Bara The Movie | Tasha | Ta Ferri | Pelakon Pembantu Malaysia |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Cinta Yang Tertinggal | Model extra | RTM | Drama pertama | |
2016 | Akadku Yang Terakhir | Suhana | Astro Ria | Pelakon Pembantu | |
2018 | Zahir Tak Terucap | Lina | Slot
Akasia TV3 |
Pelakon Pembantu | |
2018 | Seribu Rindu | Liyana | Slot
Akasia Tv3 |
Pelakon Pembantu | |
2021 | Aku Yang Merinduimu | Siti | RTM | Pelakon Utama | |
2023 | Anggun | Sofia Maizura | Tv Okey | Pelakon Utama | |
2023 | Adnan Runner | Wawa | Slot Lestary,
TV3 |
Pelakon Utama | |
2023 | Kasyaf Elena [6] | Miss AA (Adibah Arun) | Slot Rom Com (Awesome TV) | Pelakon Pembantu |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
2014 | Aku Mahu Ke New York | Ummie | Astro Ceria | Watak pembantu | |
2014 | Cucuku Ustaz | Ellie | Astro Ceria | Berwatak | |
2017 | Jangan Padam Rindu | Suri | Tv Okey | Pelakon Pembantu | |
2017 | Aidil,Fitri dan Tokwan | Acu | RTM | Pelakon Utama | |
2019 | Rendang Krispie[7] | Mas | Astro Citra | Pelakon Heroin | |
2022 | Aku Tersuka Dia | Siti | HYPPTV | Pelakon Pembantu | |
2022 | Calon Bini Pak Bilal[8] | Suri | Tv9 | Pelakon Pembantu |
TV Commercial
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan | |
---|---|---|---|---|
2014 | Ads Print Samsung | Newspapers | Featured Talent | |
2014 | BeeTalk Application[9] | TvC | Featured Talent ( Flower Girl) | |
2014 | Pixy Makeup Remover | Saluran untuk Pixy Malaysia dan Indonesia | Second Main Talent ( Siti) | |
2015 | Cadbury X Siti Nurhaliza[10] | TvC | Extra Talent |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Mingguan Wanita | Astro Prima | Hosting di dalam segmen dessert |
Rujukan
sunting2. ^ https://www.remaja.my/perkenalkan-top-20-pencarian-dewi-remaja-2018-19/amp/
3. ^ https://www.budiey.com/ogy-ahmad-daud-terima-pinangan-majlis-berlangsung-minggu-depan/
4. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2018/03/396611/fauziah-bawa-teater-ke-ruang-terbuka