Tonton

(Dilencongkan dari Extra Tonton)

Tonton (digayakan pada logo sebagai tonton dalam huruf kecil) ialah sebuah laman web penstriman video dan hiburan di Malaysia. Ia dimiliki oleh Media Prima Berhad di bawah subsidiari REV Media Group. Ia dilancarkan pada 2010 hasil penjenamaan semula portal yang dimiliki oleh Alt Media, anak syarikat Media Prima iaitu portal hiburan gua.com.my dan portal televisyen Catch Up TV.

Tonton
Maklumat umum
URLwww.tonton.com.my
JenisPerkhidmatan media Over-The-Top Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan2007 (sebagai portal gua.com.my dan Catch Up TV")
2010 (penjenamaan semula sebagai Tonton)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikMedia Prima Berhad Edit the value on Wikidata
Orang pentingNini Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad
Syarikat indukREV Media Group
Kandungan dan sokongan
IndustriMedia penstriman Edit the value on Wikidata
Perkhidmatan
  • Tonton Xtra
  • Tonton Cinema
Pelantar disokongPelayar web, telefon pintar dan smart TV (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatBandar Utama Edit the value on Wikidata, Malaysia Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: tontonMY Twitter: tontonmy Instagram: tontonmy Youtube: UCzava0ZFJM28WQWdSPh_eiQ Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah penubuhan sunting

Penubuhan portal Tonton oleh Media Prima bermula sejak 2007 dengan pelancaran portal hiburan gua.com.my dan portal televisyen. Catch Up TV di bawah anak syarikat, Alt Media Sdn. Bhd.

Penubuhan portal gua.com.my sunting

Media Prima menerusi anak syarikat Alt Media Sdn. Bhd. melancarkan portal dalam talian, gua.com.my pada 11 September 2007. Portal dalam talian yang mempunyai nama yang bermaksud kata ganti diri "saya" atau struktur semula jadi "gua", menyediakan pelbagai liputan terkini di dunia hiburan sama ada tempatan dan antarabangsa[1]. Ia diketuai oleh pengurus besar penghasilan kandungan dan portal gaya hidup Alt Media, M. Zulkifli Abdul Jalil[2]. Ia telah memperoleh 1 juta capaian pada bulan pertama selepas pelancarannya. Gua juga memperoleh pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Records bagi siri drama dalam talian pertama di Malaysia menerusi Kerana Karina yang diterbitkan dengan kerjasama Grand Brilliance[3].

Siri drama sunting

Video sunting

  • Ingat Tak?
  • Rev n Roll — perihal kereta
  • Joke Aje
  • Muung — video animasi
  • Street Talk

Penubuhan portal Catch Up TV sunting

Media Prima telah melancarkan portal rangkaian televisyennya, Catch Up TV bermula 2007 sebagai semua inovasi kepada perkhidmatan dalam talian. Catch Up TV memberikan penonton untuk menonton semula rancangan yang telah disiarkan di kaca televisyen pada minggu tayangan. Ia memperkenalkan konsep "televisyen atas permintaan" terawal di Malaysia. Antara siri televisyen paling banyak ditonton ialah Nur Kasih yang menyaksikan sebanyak 65,777,095 jumlah tontonan video dalam talian bagi seluruh musim siaran[1].

Pelancaran Gua Muzik sunting

Pada 14 April 2008, Alt Media telah melancarkan Gua Muzik, portal yang memberi tumpuan pada perkhidmatan industri muzik[4]. Ia menawarkan penjualan aneka muzik pelbagai genre oleh artis tempatan dan antarabangsa. Ia turut memaparkan carta muzik dari radio dan rancangan hiburan milik Media Prima iaitu Fly FM, Hot FM dan Muzik Muzik. Pada 30 Mei 2008, Gua Muzik telah menganjurkan Gua Muzik Supergig 08 di perkarangan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil[3][5]. Gua Muzik juga pernah mengadakan jualan amal album kompilasi 38 buah lagu berikutan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Sumbangan melalui pembelian album tersebut disalurkan ke Persatuan Palang Merah Jepun[6].

Penjenamaan Catch Up TV kepada tonton sunting

Pada Ogos 2010, Alt Media telah melancarkan portal video Tonton yang menggabungkan perkhidmatan televisyen dari pelbagai portal televisyen sebelum ini. Tonton membolehkan Media Prima menyampaikan kandungan dan interaksi pengguna kepada pasaran. Antara saluran yang terdapat dalam portal tonton ialah TV3, NTV7, 8TV, TV9, Tonton Korean, Tonton Exclusives, KRU TV, Gua TV, Gua Muzik, Fly TV, One TV, Hot TV dan Emas[7].

Pengukuhan dan penggabungan portal media sunting

Pada tahun 2013 dan 2014, Alt Media telah mempunyai tiga portal media iaitu portal video, Tonton; portal hiburan dan gaya hidup, gua.com.my; dan portal wanita, Seroja. Kesemua portal ini ditutup pada 2015, kecuali Tonton. Pada tahun 2016, Media Prima melancarkan semula Tonton dengan kandungan sebagai sebuah laman web dan aplikasi penstriman video yang menawarkan kandungan percuma dan kandungan khas kepada pelanggan[8].

Sayap media sunting

Sehingga Ogos 2021, Tonton mempunyai dua laman web subsidiari yang menyediakan perkhidmatan tersendiri.

xtra sunting

xtra (atau Tonton Xtra) ialah portal media yang menggabungkan berita hiburan dan penstriman langsung yang memaparkan berita semasa mengenai hiburan di Malaysia dan luar negara; dan siaran langsung saluran televisyen di bawah Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Drama Sangat.

tonton CINEMA sunting

Tonton Cinema (digayakan sebagai tonton CINEMA) ialah portal perkhidmatan penstriman filem atas permintaan yang menawarkan koleksi filem terkini dan malar hijau[9]. Ia dilancarkan pada 14 Mac 2021 dengan konsep bayar per tontonan[10].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2007). "Laporan tahunan 2007". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  2. ^ "Pioneer entertainment portal launched". New Straits Times. 12 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2007. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  3. ^ a b Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2008). "Laporan tahunan 2008". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  4. ^ Budiey (15 April 2008). "Sekitar Pelancaran Portal Gua Muzik Guamuzik.com.my". Budiey.com. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  5. ^ Budiey (30 Mei 2008). "Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini". Budiey.com. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  6. ^ "Songs for Japan". Gua Muzik. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-18. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  7. ^ Media Prima Sdn Bhd (31 Disember 2011). "Laporan tahunan 2011". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  8. ^ Media Prima Sdn Bhd (4 April 2017). "Laporan tahunan 2016". Bursa Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  9. ^ Noraniza Azmi (18 Mac 2021). "Cipta ruang pawagam persendirian dengan tonton CINEMA". BHarian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  10. ^ Nur Amirah Abd Rani (6 Julai 2021). "'Warna Warni' diangkat lagu rasmi tonton CINEMA!". BHarian. Dicapai pada 3 Ogos 2021.

Pautan luar sunting