Johari Harun

ahli politik Malaysia

Dato' Sri Johari Harun (lahir di Janda Baik, Bentong, Pahang, 17 Januari 1970 – meninggal di Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos 2023 pada umur 53 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang di DUN Pelangai mewakili Barisan Nasional[1] pada November 2022, dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang[2].

Dato' Sri

Johari Harun

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
2 Disember 2022 [note 1] – 17 Ogos 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
PortfolioKerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Didahului oleh
Kawasan pilihan rayaPelangai
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Pelangai
Dalam jawatan
19 November 2022 – 17 Ogos 2023
Didahului olehAdnan Yaakob
(BNUMNO)
Majoriti4,048 (2022)
Butiran peribadi
LahirJohari bin Harun
(1970-01-17)17 Januari 1970
Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia
Meninggal dunia17 Ogos 2023(2023-08-17) (umur 53)
Elmina, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebab kematianKemalangan pesawat
Parti politikBN-UMNO
PasanganMaziah Samsudin
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Alma materUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Johari meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 disebabkan kemalangan pesawat ringan yang dinaiki di Elmina, Shah Alam, Selangor.[3]

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Johari Harun
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2022 N36 Pelangai Johari Harun     BN (UMNO) 7,308 Kasim Samat     PN (PAS) 3,260 4,048
Ahmed Wafiuddin Shamsuri     PH (Amanah) 2,031
Isa Ahmad   Pejuang 65

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 akibat kapal terbang yang dinaiki terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam. Kemalangan tersebut berlaku ketika fasa pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pesawat ringan berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang menuju Selangor. Insiden itu juga turut melibatkan seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.[3]

Nota sunting

  1. ^ Menjawat jawatan 12 hari selepas dilantik.

Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan PRU Pahang 2022 (Pilihanraya Umum Ke 15)". Semakan.my. 2018-05-07. Dicapai pada 2023-08-17.
  2. ^ "Wan Rosdy umum senarai Exco Pahang". Astro Awani. 14 Disember 2022. Dicapai pada 2023-08-17.
  3. ^ a b "EXCO Pahang, Johari Harun, antara 10 korban jet persendirian di Elmina". BH. 17 Ogos 2023. Dicapai pada 17 Ogos 2023.