Julie Dahlan

Pelakon dan penerbit Malaysia

Junaidah "Julie" Dahlan (1953–30 April 2015)[1] merupakan seorang pelakon dan penerbit Malaysia.[2] Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2 - Planet Hitam (2008).

Julie Dahlan
Juliedahlan01.jpg
KelahiranJunaidah Dahlan
1953
Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia30 April 2015 (umur 62)
Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianTekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang
PekerjaanPelakon, penerbit filem
Tahun aktif1978–2008
Anak3 (termasuk Siti Hani Nur Zara Harmi)

Beliau melalui syarikat penerbitan miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Cinta Metropolitan (1996). Beliau ialah antara penerbit wanita terawal di Malaysia dan orang yang bertanggungjawab membawa model terkenal, Nasha Aziz ke layar perak serta beberapa nama terkenal lain antaranya Ziela Jalil, Sofia Jane, Eizlan Yusof dan Hairie Othman.[3][4]

Kesihatan dan kematianSunting

Julie dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius hampir setahun. Pada masa sama beliau turut mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court pada April 2013.[5][6]

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang pada usia 62 tahun[7] di Hospital Ampang pada jam 7:30 malam 30 April 2015 akibat menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.[8] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Allahyarham meninggalkan tiga anak–Nur Haslinsa Zainuddin, Hairi Harmi dan Hanny Harmi.[9][10][11]

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar 'Iron Lady'.

Syarikat JD Productions milik Julie ditutup selepas kematiannya.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Si Badol Penjual Nasi Warung Filem pertama
1987 Wira Angkasa Penerbit
1990 Driving School
1991 Harry Boy
1996 Cinta Metropolitan
2002 Idola
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Jiran 3 Filem terakhir, pelakon undangan

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Gerak Khas (Musim 12) TV2 Episod: "Lina"

RujukanSunting

  1. ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2015). Veteran film producer Julie Dahlan passes away The Star Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  2. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (30 April 2015). Julie Dahlan meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  3. ^ Syanty Octavia Amry (2 Mei 2015). Belasungkawa Julie Dahlan: Belum cuba, belum tahu Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2015.
  4. ^ Roslen Fadzil (4 Mei 2015). Perginya insan berbudi, penyayang Harian Metro. Dicapai pada 4 Mei 2015.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2015). Julie Dahlan meninggal dunia mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  6. ^ Wahi Aziz (1 Mei 2015). Meninggal dalam ambulans Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2015.
  7. ^ Penerbit filem Julie Dahlan meninggal dunia Astro Awani (30 April 2015). Dicapai pada 1 Mei 2015.
  8. ^ Wahi Aziz (30 April 2015). Julie Dahlan sudah tiada Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  9. ^ Muhammad Adnan (1 Mei 2015). Julie Dahlan selamat dikebumikan mStar Online. Dicapai pada 2 Mei 2015.
  10. ^ Producer Julie Dahlan dies New Straits Times (30 April 2015). Dicapai pada 1 Mei 2015.
  11. ^ Film producer Julie Dahlan dies Malaysiakini (30 April 2015). Dicapai pada 1 Mei 2015.

Pautan luarSunting