Buka menu utama

Junaidah "Julie" Dahlan (1953–30 April 2015) merupakan seorang pelakon dan penerbit Malaysia.[1] Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

Julie Dahlan
Juliedahlan01.jpg
KelahiranJunaidah Dahlan
1953
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia30 April 2015 (umur 62)
Ampang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, penerbit filem
Tahun aktif1979–2008
AnakSiti Hani Nur Zara Harmi
Muhammad Hairi Harmi
Nur Haslinda Zainuddin

Beliau melalui syarikat penerbitan miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Cinta Metropolitan (1996).[2]

Julie dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius hampir setahun. Pada masa sama beliau turut mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.

Julie meninggal dunia di Hospital Ampang pada 7.30 malam, 30 April 2015. Menurut anaknya, Hani Nur Zara, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Hairi Harmi, dan seorang anak perempuan, Hani Nur Zara Harmi. Anak beliau, Siti Hani Nur Zara Harmi atau lebih terkenal sebagai Hanny Harmi turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Sementara itu, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar 'Iron Lady'.[3]

FilemografiSunting

PenerbitSunting

PelakonSunting

  • Si Badol (1979)
  • Idola (2002)
  • Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang pada usia 62 tahun[4] akibat menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.[5]

RujukanSunting

Pautan luarSunting