Black Maria (kugiran)

(Dilencongkan dari Kumpulan Black Maria)

Kumpulan Black Maria merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang terkenal di Malaysia pada penghujung era 1990-an sehingga awal 2000-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berentak nu metal dalam bahasa Melayu.

Black Maria
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNu metal, new age metal
PekerjaanVokal, pemuzik
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Garang Records, Warner Music Malaysia, Smart Audio
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
https://youtube.com/@blackmaria-malaysiabandoff5008
https://www.tiktok.com/@black_maria20
AhliAP - vokal
OP - gitar
Yan - gitar bass
Sham - dram
Bekas ahliLily - gitar bass (1998)
Shidi - dram (1998-1999)
Sharif - gitar bass (1998-1999)
AG - vokal
JJ - dram (1999-2023)
Ronnie - vokal (1998-1999, 2010-hujung 2023)
Loli - gitar bass (2018)
Ju - gitar bass (2020-hujung 2023)
Adai (Allahyarham Afzal Salehin) - vokal (hujung 2023 - awal Januari 2024)

Ahli-ahli sunting

1998

  • Ronnie - vokal
  • OP - gitar
  • Lily - bass
  • Shidi - dram


1998-1999

  • Ronnie - vokal
  • OP - gitar
  • Sharif - bass
  • Shidi - dram


1999-2005

  • AG - vokal
  • OP - gitar
  • PE - bass
  • JJ (adik kepada Lola XPDC) - dram


2010

  • Ronnie - vokal
  • OP - gitar
  • Ju - bass
  • Loli (abang kepada Lola XPDC) - pemain bass jemputan
  • Gafir - dram


2020-2023

  • Ronnie - vokal
  • OP - gitar
  • Ju - bass
  • JJ - dram


penghujung 2023 - awal Januari 2024

  • Adai (Allahyarham Afzal Salehin) - vokal
  • OP - gitar
  • Ju - bass
  • JJ - dram


awal Januari 2024 - kini

  • AP - vokal
  • OP - gitar
  • Yan - bass
  • Sham - dram

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • 2000: Veto

Single sunting

  • 2023: Sangkar

(versi baru lagu Sangkar Cinta Dusta yang dihasilkan pada tahun 2018)

Lagu-lagu sunting

  • Veto
  • Hanya Kau
  • Suria
  • Karma ... Safil???
  • Resah
  • Revolusi Mentaliti
  • Aku Rela ...
  • Damai
  • Parasit Minda
  • Permata 20

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun yang menandakan tahun majlis itu, menganugerahkan hasil kerja pada tahun sebelumnya.

Anugerah Planet Muzik (APM) sunting

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2001
(Anugerah Planet Muzik 2001)
Black Maria Artis Baru Terbaik (Lelaki) Tercalon

Anugerah Industri Muzik (AIM) sunting

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2001
(Anugerah Industri Muzik ke-8)
Black Maria Artis Baru Terbaik Menang
Album: Veto / Penerbit: Razman Album Rock Terbaik Tercalon

Persembahan di majlis anugerah hiburan berprestij sunting

Pada majlis Anugerah Planet Muzik kali pertama yang diadakan di Harbour Pavilion, World Trade Centre, Singapura, pada 20 Januari 2001, Black Maria yang merupakan antara wakil artis Malaysia yang membuat persembahan pada majlis anugerah tersebut (bersama trio KRU, Maman Teacher's Pet, Jay Jay, Amy Mastura, Intan Sarafina, Anuar Zain dan Erra Fazira) telah mempersembahkan dua buah lagu daripada satu-satunya album studio mereka iaitu Veto dan Permata 20.

Tiga bulan selepas itu, mereka telah mempersembahkan lagu Veto pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-8 yang diadakan pada 28 April 2001 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pautan luar sunting