Lee Kim Sai
Tan Sri Lee Kim Sai @ Lee Ho (Cina ringkas: 李金狮; Cina tradisional: 李金獅; pinyin: Lǐ Jīn Shī; lahir 1 Mac 1937) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang pernah menjadi menteri di tiga kementerian serta menjadi Timbalan Presiden MCA.[1]
Tan Sri Lee Kim Sai PSM, PPN | |
---|---|
Timbalan Presiden MCA | |
Dalam jawatan September 1986 – Julai 1996 | |
Didahului oleh | Datuk Dr. Ling Liong Sik |
Digantikan oleh | Datuk Lim Ah Lek |
Menteri Buruh | |
Dalam jawatan 1986–1989 | |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 14 Ogos 1989 – 26 Oktober 1990 | |
Didahului oleh | Dato' Ng Cheng Kiat |
Digantikan oleh | Dato' Dr. Ting Chew Peh |
Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Dato' Ng Cheng Kiat |
Digantikan oleh | Datuk Chua Jui Meng |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ulu Klang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) | 1 Mac 1937
Parti politik | ![]() ![]() |
PolitikSunting
Beliau aktif dalam parti MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina melalui Barisan Nasional.
Beliau menjadi ADUN kawasan Rawang dan Kajang dan dilantik menjadi Exco kerajaan negeri Selangor.
Beliau pernah menjadi menteri di tiga kementerian, Kementerian Buruh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan.
Nama beliau diabadikan di sebuah kampung di pinggir bandar Rawang, yakni Kampung Dato' Lee Kim Sai.
GelaranSunting
Lee Kim Sai pernah dianugerahkan gelaran Datuk, namun pada 23 Oktober 1987, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menarik balik gelaran tersebut kerana beliau terlibat dalam isu menaikkan sentimen perkauman, menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja sehingga kerajaan melancarkan Operasi Lalang pada 1987. Pemimpin muda UMNO ketika itu mendesak gelaran datuk ditarik balik kerana menyatakan orang Melayu juga pendatang. Namun selepas itu beliau masih dijemput ke istana sama ada majlis rasmi atau majlis tertutup dan kemudian dianugerahkan semula gelaran Datuk.[2]
Pada 2000 pula, Lee Kim Sai telah menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.[3]
RujukanSunting
- ^ "Introduction : History of Party Formation" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Chinese Association. 2007. Diarkib daripada yang asal pada 21 April 2007. Dicapai pada 23 Oktober 2008.
- ^ "Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin". Utusan Online. 22 November 2001. Dicapai pada 23 September 2008.
- ^ "Senarai Penerima Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan". Perpustakaan Negara Malaysia. 2003. Diarkib daripada yang asal pada 19 February 2005. Dicapai pada 23 Oktober 2008.