Beego

Pelakon, penyanyi dan model Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Aszerul bin Nizam)

Mohamad Aszerul Nizam "Beego" Abdullah (lahir pada 24 November 1980) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Kerjayanya dalam dunia hiburan bermula apabila beliau menjadi ahli kumpulan penyanyi remaja di bawah KRU Records iaitu Phyne Ballerz pada tahun 2003. Lagu lagu seperti "Vida", "Jangan Pisahkan", "Hasrat" dan "Monte Carlo" berjaya menempatkan kumpulan itu di hati peminat-peminat muzik balada cinta dan R&B.

Beego
Kelahiran
Mohamad Aszerul Nizam bin Abdullah

(1980-11-24) 24 November 1980 (umur 39)
PekerjaanPelakon penyanyi, model
Tahun aktif2002–kini
PasanganLinda Hashim (k. 2013)
Intan Shahira Mohd Shahru (2008–2009; bercerai)
Anak3

Salah satu drama lakonan Beego yang paling menaikkan namanya ialah telefilem Astro Ria, Gitar Tua (2005) dan kesinambungannya Gitar Tua 2 (2006) arahan Rashid Sibir di samping pelakon Ellie Suriati dan Norlia Ghani. Sejak itu, nama Beego terus mendapat perhatian daripada pengarah-pengarah tersohor yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Beego juga berlakon di dalam filem filem seperti Gila-Gila Pengantin Remaja (2004), KL Menjerit 1 (2005), Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006) dan Libas (2011).

Kehidupan peribadiSunting

Pada 7 Julai 2007, Beego bertunang dengan Intan Shahira Mohd Shahru dan mengikat kepada perkahwinan pada 28 Disember 2008. Majlis persandingan pihak lelaki diadakan di Kelab Golf Diraja Johor pada 29 Disember manakala sebelah pengantin perempuan sehari selepas itu di Dewan Tabung Haji, Johor Bahru. Pasangan ini bercerai pada 17 March 2009 selepas sembilan tahun bercinta.

Pada tahun 2013, Beego telah berkahwin dengan pelakon, Linda Hashim.[1] Hasil perkongsian hidup bersama Linda, Beego dikurniakan tiga anak.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Gila-Gila Pengantin Remaja Amir (Pelakon Utama) FFM 17-2004 - Filem Komedi
2005 KL Menjerit 1 Firdaus (Pelakon Pembantu) Festival Filem Malaysia ke 16 (2003) - Cerita Terbaik
2006 Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Murad (Pelakon Pembantu)
2011 Libas Megat (Pelakon Utama) Festival Filem Malaysia Ke 24 (2011)

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Jangan Bakar Mayat Anakku Rahmat (Pelakon Utama) Astro Prima
2011 Menangguh Tangisan Maarof (Pelakon Utama) TV2
2010 Suzanna Halim (Pelakon Utama) Cerekarama TV3
2009 Tragedi Malam Raya Faizal TV3
2008 Bicara Cinta Reza Astro Prima
2006 Gitar Tua 2 Acik Astro Ria
2005 Gitar Tua 1 Acik Astro Ria
2004 Aku Kaya Giler (VCD) VCD

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2005 Puteri Roslan Tv3
Pendekar Lima
2006 Mentari Jingga Syed Faizal Astro Ria
Akademi
2008 Ezora Reza TV3
2009 Aliff Firdaus Aliff Firdaus TV3
Cuci Cuci Services TV2
2010 Fatimah Juling Kordi Astro Ria
2011 Terowong: Ayu Naen TV3
2013 Mencintaimu Johan TV2
2014 Kifarah 2: Panjang Tangan Amir TV3
Rindu Awak 200% Tuan Faris TV3
Pulang Sayang Firdaus TV2
2015 Hati Perempuan Umar TV3
Keluarga Karaoke Badrul Astro Mustika HD
Menongkah Kasih Helmi TV9
2016 Surah Buat Maisarah Fikri TV3
2017 Sape Dari Itali Haris TV2
Syurga Yang Kedua Azril Astro Prima
2018 Pencuri Cinta Kelas Satu Along Astro Oasis
Cinta Maya Zainuddin TV2

RujukanSunting

  1. ^ Beego, Linda Hashim sah bergelar suami isteri Utusan Malaysia (7 Jun 2013). Dicapai pada 8 Jun 2013.

Pautan luarSunting