Phyne Ballerz merupakan sebuah kumpulan RnB Malaysia, terdiri daripada Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine), Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman (Billy), Abdul Munir Awang (Munir) dan Mohd Aszerul Nizam Abdullah (Beego).[1][2] Kumpulan ini menempa kejayaan sepanjang kerjaya muzik mereka selama 6 tahun dan telah menerbitkan dua album studio. Mereka terkenal dengan single popular seperti "Kawan Makan Kawan", "Monte Carlo", "Vida", "Hasrat" dan "Jangan Pisahkan".

Phyne Ballerz
Phyne Ballerz pada 2002. Berdiri di belakang: Beego. Berdiri di depan: Billy, Nine dan Munir.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1999–2005
Syarikat rakaman
KRU Records
Pengkarya berkait
Billy Zulkarnain
Bekas ahli

Sejarah

sunting

Phyne Ballerz ditubuhkan pada 1999 apabila dua sahabat karib, Nine dan Munir mula berlatih bermain muzik bersama. Billy menyertai mereka tidak lama kemudian dan mula mengadakan persembahan di pentas-pentas hiburan bersama kumpulan lain termasuk Ruffedge dan V.E. Beego menyertai Phyne Ballerz tidak lama selepas itu, sekaligus melengkapkan kumpulan ini sebagai sebuah kuartet.[1]

Mereka mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan menyanyi, Bakat Baru MCities - Muzik TV di Kuala Lumpur yang diadakan pada 2000. Phyne Ballerz memenangi tempat pertama dan membawa piala bagi Persembahan Terbaik bagi nyanyian lagu "Belaian Jiwa" nyanyian asal kumpulan Carefree. Kumpulan itu menarik perhatian seorang kenalan KRU yang kagum dengan kekuatan vokal Phyne Ballerz, mereka kemudian menjalani uji suara di studio KRU Music Group sebanyak dua kali sebelum akhirnya menerima tawaran kontrak rakaman pada Mac 2001.[1]

Phyne Ballerz mendapat namanya dari ejaan bagi perkataan 'fine' yang bermaksud halus sementara 'ballerz' (disebut bollerz) pernah menjadi linggo jalanan untuk perkataan 'brats' (anak nakal). Menurut Beego: "Lagipun sedap didengar". Mereka muncul dengan single sulung berkonsep irama latin soul, "Kawan Makan Kawan", yang dimuatkan dalam album kompilasi Ideologi KRU 2.[3] Single ini menjadi kejayaan komersial sekaligus menjadikan Phyne Ballerz cepat diterima pendengar sehingga berjaya menduduki carta radio.[1][4]

Phyne Ballerz kemudian melancarkan single kedua mereka, bertajuk "Vida", yang merupakan versi bahasa Melayu kepada lagu yang pernah dipopularkan oleh Son By Four, "Purest of Pain". Lagu ini ialah hasil nukilan Ajai dan Norman Abdul Halim.[5] Pada 22 Julai 2002, album sulung kumpulan itu, Monte Carlo telah dilancarkan dengan memuatkan sebanyak 10 lagu termasuk "Kawan Makan Kawan" dan "Vida".[1] Album ini melayakkan Phyne Ballerz menerima pencalonan bagi Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10. Album kedua mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album telah dikeluarkan pada 30 September 2003. Lagu "Jangan Pisahkan" dendangan asal pasangan duet penyanyi Indonesia, Deddy Dores dan Mayang Sari dikeluarkan sebagai single pertama. Lagu lain termasuk "Tak Pasti" dan "Kembali Pada Diri Ini".[6][7][8][9]

Phyne Ballerz ialah antara artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal dan Anita Sarawak.[10]

Kumpulan ini pada September 2005 mengumumkan pembubaran mereka selepas khabar angin timbul selama berbulan.[11] Sejak itu, Phyne Ballerz mengambil cuti panjang selama tanpa batas dari industri muzik. Ia telah dihebahkan di media pada 2018 bahawa kumpulan ini akan membuat kemunculan semula selepas hampir 13 tahun menyepi.[12][13] Bagaimanpun, perancangan itu tidak akan berlaku.

Aktiviti kemudian

sunting

Selepas Phyne Ballerz dibubarkan, Billy dan Nine menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Billy Zulkarnain sebagai pecahan kepada kumpulan itu, namun duo itu hanya bertahan selama setahun apabila mereka sempat melancarkan album pertama senama mereka.[14] Nine kemudian mencuba nasib sebagai peserta One in a Million musim pertama, kemudian menyertai kumpulan Ruffedge. Munir dan Beego pula menempa nama dalam bidang lakonan dan masing-masing telah membintangi puluhan drama TV dan filem.[15]

Gaya muzik

sunting

Phyne Ballerz menyerlah dengan genre pop dan R&B dengan gabungan tarian, soul dan Pop Latin.[3] Gaya persembahan mereka lebih kepada cara mereka yang tersendiri dan tidak terikut-ikut kumpulan paduan suara lain yang sudah ada nama di dalam dan luar negara.[3] Mereka bergantung kepada kekuatan vokal dan mengikut gaya tersendiri dan banyak dipengaruhi oleh Boyz II Men dan Jodeci. Selain itu, kumpulan ini juga menitikberatkan soal profesionalisme dan kesederhanaan dalam kerjaya muzik mereka.[3]

Ahli kumpulan

sunting

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
Tajuk Butiran album
Monte Carlo
Phyne Ballerz
  • Dikeluarkan: 30 September 2003
  • Label: KRU Music Group
  • Format: CD, kaset

Single

sunting
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kawan Makan Kawan" Monte Carlo
"Monte Carlo"
"Vida"
2003 "Hasrat"
"Jangan Pisahkan"
"Semarak Kedamaian"
bersama Hattan, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Fazley Yaakob, Yusry Abdul Halim, Ning Baizura dan Ezlynn
Malaysian For Peace
2004 "Kembali Pada Diri Ini" Phyne Ballerz
"Tak Pasti"
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Anita Sarawak, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Jaclyn Victor, Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaakob, Rabbani,
Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsudin, AC Mizal, Azharina, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Pretty Ugly, Slam, New Boyz, By'U, D-Va dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2002 Anugerah Planet Muzik 2002 Artis Berkumpulan Baru Terbaik Phyne Ballerz Tercalon
2003 Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Baru Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Tercalon
Video Muzik Terbaik "Hasrat" Tercalon
Anugerah Era 2003 Muzik Video Pilihan Tercalon
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik Phyne Ballerz Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Hanim Mohd Salleh (22 Jun 2003). "Phyne Ballerz lebih yakin beraksi secara kumpulan". CyBerita. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2003. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  2. ^ "Phyne Ballerz dapat perhatian peminat". Utusan Malaysia. 14 Mac 2002. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  3. ^ a b c d "Kumpulan Phyne Ballerz janji pembaharuan". Utusan Malaysia. 11 April 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2001. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  4. ^ "Phyne Ballerz popular kerana Kawan Makan Kawan". Berita Harian. 10 April 2001. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  5. ^ "Phyne Ballerz rakam lagu Venezuela". Utusan Malaysia. 5 Jun 2002. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  6. ^ "Nafas baru lebih segar". CyBerita. 28 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  7. ^ "Phyne Ballerz takluk pasaran Indonesia". Berita Minggu. 28 September 2003. Dicapai pada 31 Julai 2020 – melalui KLiK.
  8. ^ "Phyne Ballerz mahu ke Indonesia". Utusan Malaysia. 28 September 2003. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  9. ^ "Phyne Ballerz rakam semula Jangan Pisahkan". Harian Metro. 29 September 2003. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  10. ^ "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui KLiK.
  11. ^ "Phyne Ballerz nak dibubar". CyBerita. 14 September 2005. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  12. ^ "Phyne Ballerz bakal buat reunion". Astro Awani. 30 April 2019. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  13. ^ SGMS Faida (6 Ogos 2018). "Contohi Ruffedge, Munir idam Phyne Ballerz buat comeback". XTRA. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  14. ^ "Nine tepis kontroversi". CyBerita. 29 September 2005. Dicapai pada 31 Julai 2010.
  15. ^ Hanim Mohd Salleh (9 September 2005). "Beego keluar Phyne Ballerz". CyBerita. Dicapai pada 31 Julai 2010.

Pautan luar

sunting