KL Menjerit 1

Filem 2005 oleh Bade Hj. Azmi

KL Menjerit 1 ialah sebuah filem aksi Malaysia 2005 arahan sulung Bade Hj. Azmi yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Dibintangi oleh Rosyam Nor, Erra Fazira, Que Haidar, Sheera Iskandar, Saiful Apek, Zul Huzaimy dan Danny X-Factor.[2][3][4] Ia berkisarkan tentang Ku Idzham (Ku), rakan karib dan sepupu Shahrol ketika di kampung, telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Selain bekerja di kilang percetakan, Ku juga terlibat dengan kegiatan lumba haram. Ia merupakan prekuel dari filem KL Menjerit (2002) dan diiktiraf sebagai filem prekuel pertama di Malaysia.[2][5]

KL Menjerit 1
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisBade Hj. Azmi
Lakon layarBade Hj. Azmi
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Sinematografi
Disunting oleh
  • Bade Hj. Azmi
  • Musa Idris
Muzik olehShamril Mohd Salleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 8 September 2005 (2005-09-08) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.6 juta
Pecah panggungRM2.52 juta

KL Menjerit 1 ditayangkan pada 8 September 2005 oleh Tayangan Unggul[6][7][8] dan menerima pelbagai ulasan yang umumnya positif daripada pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung lebih RM2 juta.[9] Sebuah siri drama televisyen adaptasi filem ini disiarkan di Astro Ria pada 2008. Rosyam Nor kemudian menjayakan kembali wataknya dalam filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim yang ditayangkan pada 2016.

Sinopsis

sunting

Ku Idhzam (Ku) adalah sahabat baik yang juga sepupu Shahrol ketika di kampung, telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di KL, selain bekerja di kilang percetakan, Ku juga terlibat dengan kegiatan lumba haram. Ku mengajak sepupunya berpindah ke KL tetapi Shahrol tidak yakin untuk hidup di sana kerana tiada pengalaman dan hanya memiliki pendidikan yang tidak seberapa. Di KL, Ku berkenalan dengan Khatijah, seorang siswa perubatan di sebuah universiti yang mengalami tekanan perasaan kerana sejarah silam. Nina, pegawai penyiasat cuba membantu Khatijah dengan misinya menyelesaikan kes yang membabitkan mat motor. Kecekapan Nina menunggang motosikal membuatkan hubungannya semakin rapat dengan Shahrol.

Pelakon

sunting

Sebelum mencapai kemasyhuran, Tasha Shilla melakonkan watak tambahan dalam filem ini.

Penerbitan

sunting

Pada Jun 2003, susulan kejayaan filem KL Menjerit yang mendapat sambutan di pawagam, Tayangan Unggul mengumumkan bahawa filem ini akan disambung dengan Bade Hj. Azmi kembali mengarah dan menulis skrip.[14][15] Judul skrip filem ini ialah KL Menjerit 1 dan ia diterbitkan sebagai prekuel yang mana ia menampilkan cerita sambungan berbentuk pra-kesinambungan.[16] Menurut Bade, KL Menjerit 1 ialah sebuah kisah yang berlaku sebelum peristiwa dalam KL Menjerit.[15][17] Memetik dari Utusan Malaysia, beliau berkata: "Memang saya sedar bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah filem yang berlainan daripada filem di Malaysia kerana tidak pernah dibuat orang di Malaysia perkara seperti ini. Tetapi saya harus perlu bekerja keras. Melalui KL Menjerit 1 ini saya lebih tumpukan kepada drama aksi".[15] Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai pula berkata meskipun Malaysia belum pernah menerbitkan filem prekuel, namun Tayangan Unggul yakin dengan apa yang mahu dipersembahkan oleh Bade. Gayatri mengakui pihaknya terpaksa menunggu selama tiga tahun untuk menerbitkan cerita sebelumnya kerana kesibukan Bade mengarahkan filem Berlari Ke Langit dan Gangster.[15]

Rosyam Nor kembali memegang watak sebagai Shahrol untuk prekuel ini dan digandingkan bersama Erra Fazira. Rosyam dan Erra sebelum ini pernah digandingkan bersama dalam filem Gerak Khas The Movie (2001) dan Janji Diana (2003).[18] Turut kembali beraksi ialah Danny X-Factor yang kembali sebagai Mamat dan Saiful Apek kembali sebagai Kilat dengan penambahan beberapa pelakon baru termasuk Que Haidar, Zul Huzaimy dan Sheera Iskandar.[15] Kos pembikinan berjumlah RM 1.6 juta dengan penggambaran dijalankan selama 50 hari bermula 15 April 2004 dan dimuktamadkan pada 5 Jun 2004. Antara lokasi penggambaran ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang, Balai Berita 2, Shah Alam, Selangor; Datuk Keramat, Hospital Universiti, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Ladang Tebu, Perlis.[19] Liza Hanim, yang sebelum ini pernah membintangi filem terdahulu, kembali menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini, yang bertajuk "Dekat Di Hati".[20]

Filem ini telah menjalani proses penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada Ogos 2005 dan lulus 100% tanpa sebarang potongan dan diberikan klasifikasi U, iaitu untuk tontonan umum.[21][22]

Keluaran dan sambutan

sunting

KL Menjerit 1 dikeluarkan di pawagam pada 8 September 2005.[23][24][25][26] Filem ini menjadi kejayaan komersial[27] apabila ia berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 4 hari tayangan perdana rasminya.[28][29][30] Menjelang minggu terakhir tayangan, kutipan filem ini kemudian meningkat kepada RM 2.52 juta dalam tempoh sebulan.[31][32]

Suraiya Mohd Nor, menulis untuk Berita Harian beranggapan bahawa filem ini menekankan aspek estetika dan nilai komersial sambil berkata: "Sekalipun mutu tayangan dan bunyi yang kurang sempurna berikutan peralatan kurang canggih, ternyata filem KL Menjerit 1 ada daya tarikannya".[33] Zubir Mohd Yunos daripada Berita Harian memberikan penarafan empat daripada lima bintang untuk filem ini.[34]

Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Lelaki Terbaik Que Haidar Tercalon
Pelakon Lelaki Harapan Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Azman Hassan Tercalon

Adaptasi televisyen

sunting

Sebuah siri drama televisyen adaptasi filem ini, KL Menjerit The Series disiarkan di Astro Ria dari 25 Februari hingga 4 April 2008.[35] Watak Shahrol yang dilakonkan oleh Rosyam Nor untuk versi filem, telah dilakonkan oleh Adi Putra. Barisan pelakon lain termasuk Que Haidar, Ijoy Azhari, Fizz Fairuz, Nasrizal Ngasri, Julia Ziegler, Ayu Raudhah dan Ainul Aishah. Skrip drama ini ditulis oleh Farhana Fauri dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penasihat penerbitan, manakala Fairuz Loy berkhidmat sebagai pengarah.[35]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j "Catatan penerbitan KL Menjerit 1". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ a b c Suraiya Mohd Nor (30 April 2004). "KL menjerit lagi bersama Rosyam". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  3. ^ Sharifah Arfah (31 Mei 2004). "Banking on the 'mat motor' magic" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  4. ^ "KL Menjerit 1 mampu gegar pawagam". Harian Metro. 26 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  5. ^ Azman Ahmad (1 Mei 2004). "A prequel roars" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  6. ^ "KL Menjerit 1 mesti ditonton". Metro Ahad. 26 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  7. ^ Abie Abdullah (28 Ogos 2005). "Jeritan Bade nyaring". Metro Ahad. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  8. ^ "KL menJERIT punya kekuatan tersendiri". Harian Metro. 31 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  9. ^ Zainuri Misfar (25 September 2005). "KL Menjerit 1 benar-benar 'menjerit'!". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  10. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 September 2005). "Impak besar watak 'mat rempit' Rosyam Nor". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  11. ^ "Que mula diperhati". Metro Ahad. 28 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  12. ^ Haryani Ngah (20 Oktober 2005). "Sheera gemar aksi motocross". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  13. ^ "Mat Rempit cabar Zulhuzaimy". Metro Ahad. 18 September 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  14. ^ Akmal Abdullah (7 Jun 2003). "KL Menjerit bakal disambung". Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2020.
  15. ^ a b c d e Muzlina Abu Bakar (23 April 2004). "KL Menjerit 1 - Menongkah arus penerbitan filem". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  16. ^ Rudy Imran Shamsudin (29 Ogos 2005). "Mainan kreativiti Bade". Harian Metro. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  17. ^ Rudy Imran Shamsudin (9 September 2005). "Cabaran Bade". Harian Metro. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  18. ^ Norhadiani Baharom (22 April 2004). "Ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  19. ^ Akmal Abdullah (31 Mei 2004). "'KL Menjerit 1' tarik Mat Rempit, Minah Motor". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  20. ^ Zul Husni Abd Hamid (14 September 2005). "Liza tak mahu luka lama berdarah kembali". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  21. ^ "Prekuel KLM1 terlepas gunting LPF". Berita Harian. 19 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  22. ^ "Mat Rempit lulus 100 peratus". Metro Ahad. 21 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  23. ^ Abie Abdullah (4 September 2005). "KL Menjerit 1 lebih puas". Metro Ahad. Dicapai pada 6 Januari 2020.
  24. ^ Hafidah Samat (8 September 2005). "Love off the beaten track" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  25. ^ Zubir Mohd Yunos (11 September 2005). "Peminat, pelakon tonton KL Menjerit 1". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  26. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (17 September 2005). "Prekuel KLM 1 atasi Dark Water". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  27. ^ Meor Shariman (14 September 2005). "Screaming success" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  28. ^ Zainuri Misfar (12 September 2005). "KL Menjerit 1 kutip RM1j dalam tempoh empat hari". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  29. ^ Meor Shariman (15 September 2005). "Set for a smooth ride" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  30. ^ Rudy Imran Shamsudin (21 September 2005). "Ajak Mat Rempit masuk pawagam". Harian Metro. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  31. ^ "KLM1 kutip RM2.4 juta". Harian Metro. 26 Oktober 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  32. ^ "Bade boleh senyum lebar". Harian Metro. 30 September 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  33. ^ Suraiya Mohd Nor (2 September 2005). "KL Menjerit 1 seimbang aspek estetika, komersial". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  34. ^ Zubir Mohd Yunos (18 September 2005). "KLM1 berhantu, Maya hebat". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  35. ^ a b "Drama terunggul". Metro Ahad. 17 Februari 2008. Dicapai pada 6 Januari 2020.

Pautan luar

sunting