Tan Sri Dato' Seri Mohd Zaman Khan Rahim Khan (21 Disember 1941 – 11 September 2021) merupakan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Malaysia (9 Februari 1994 – 31 Disember 1997). Sebelum itu beliau ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraan Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jawatan terakhir beliau dalam PDRM ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri

Mohd Zaman Khan

PSM, PSD; SPMS (Selangor); SPSK (Kelantan); DSAP (Pahang); DSPN (Pulau Pinang); DSNS (Negeri Sembilan); JMN, KMN; BSK (Kelantan); PJK (Pahang)
Komisioner Jeneral
Jabatan Penjara Malaysia
Dalam jawatan
9 Februari 1994 – 31 Disember 1997
Perdana MenteriMahathir bin Mohamad
Didahului olehMohd Yassin Jaafar
Digantikan olehOmar Mohamed Dan
Butiran peribadi
LahirMohd Zaman Khan bin Rahim Khan
(1941-12-21)21 Disember 1941
Pasir Mas, Kelantan, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia11 September 2021(2021-09-11) (umur 79)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganPuan Sri Datin Seri Rosnah Ahmad
Anak-anak5
PekerjaanPegawai penjara

Latar belakang sunting

Mohd Zaman Hassan lahir pada 21 Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1959). Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Rosnah bte Ahmad dan mereka dikurniakan 5 orang anak.

Kerjaya sunting

Beliau menyertai Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu sebagai Kadet ASP pada bulan Jun 1962, kemudian menghadiri Kursus Khas Kepolisan di Amerika pada tahun 1969.

Beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah di Batu Gajah, Grik, Klang dan Georgetown (1964-1972). Seterusnya menjadi Ketua Trafik, IPK Wilayah Persekutuan KL (1972-1974), Ketua Polis Daerah di Petaling Jaya (1974), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor (1974-1977), Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979), Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984) lalu menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987) dan timbalannya ketika itu adalah SAC (B) Dato' Ahmad Tajuddin Bin Shahabudin.

Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis (Ogos 1987-1989) dan ditukarkan sebagai Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (1989-1994) dan jawatannya yang terakhir dalam pasukan keselamatan adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997).[1]

Polis Diraja Malaysia sunting

Pada Ogos 1988, beliau menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan menyiasat kes Pita video Lucah Vijandran iaitu melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran.

Beliau turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa Tragedi Highland Towers. Ketika itu kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor rebah menyembam bumi pada 11 Disember 1993.

Jabatan Penjara Malaysia sunting

Apabila kekosongan berlaku di Jabatan Penjara Malaysia pada 1994, Zaman Khan dilantik sebagai Ketua Komisioner. Selepasnya itu beliau diganti oleh Dato' Omar bin Mohamed Dan.

Persatuan sunting

Beliau menjadi AJK Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Anugerah sunting

Antara pingat dan anugerah yang diterimanya ialah PSM, SPSK, PSD, SPMS, DSAP, DSNS, DSPN, AMP, BSK, KMN, PJK.

Meninggal dunia sunting

Zaman telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.25 pagi, 11 September 2021 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Datuk Muhd Zaman Khan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-09. Dicapai pada 2011-11-11.
  2. ^ Zaman Khan meninggal dunia