Nuha Sakina Saiful Bahrin (lahir 4 September 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[2] Beliau melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" pada 2021.[3][4]

Nuha Bahrin
Nama lahirNuha Sakina binti Saiful Bahrin
Kelahiran (2000-09-04) 4 September 2000 (umur 23)
Rawang, Selangor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Beegood Music
Pengkarya berkait
Naufal Azrin

Kerjaya sunting

Nuha Bahrin memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila beliau menyanyikan lagu "Hurt" nyanyian asal Christina Aguilera dan memuatnaiknya di laman media sosialnya. Ia turut menarik perhatian Christina apabila beliau sendiri memuatnaik klip video Nuha di Instagram miliknya.[3]

Pada Oktober 2020, beliau merupakan salah seorang daripdada 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai 'rookie' dalam rancangan realiti nyanyian, Vokal Mania terbitan TV3 yang antara lain turut disertai oleh Aisha Retno, Wafariena Roslan, Tuah Adzmi, Daniesh Suffian dan Afieq Shazwan.[2]

Persembahan beliau menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir" nyanyian asal Jamal Abdillah menerima kritikan daripada warganet.[5] Beliau turut mempersembahkan lagu "Di Matamu" nyanyian asal Sufian Suhaimi dalam pusingan duet bersama Tomok.[5] Nuha berjaya meraih undian tertinggi sekaligus membawa pulang anugerah 'Rookie Star Award' dalam saingan episod kedua rancangan ini.[2][5]

Selepas tamat Vokal Mania, Nuha melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" (disebut "Tak Sempurna") hasil nukilan Ezra Kong pada 5 Mac 2021 dan dikeluarkan menerusi saluran YouTube Beegood Music.[3][6][4] Ia berkisarkan kisah sebenar yang dilalui oleh Nuha sewaktu berdepan dengan kecaman.[7][8]

Pada Julai 2022, Nuha berduet bersama Naufal Azrin menerusi lagu "Casablanca" yang telah menjadi tular di aplikasi TikTok. Lagu ini ialah hasil ciptaan Abdulkarim Al Ali, Daqmie dan Wan Saleh.[9][10]

Inspirasi sunting

Nuha menjadikan penyanyi Malaysia yang berpangkalan di A.S., Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Nuha dilahirkan di Rawang, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 4 beradik. Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan pemasaran di Universiti Multimedia (MMU).[1]

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun Komposer Penulis lirik
"XSEMPURNA" 2021 A. Ramlee & Ezra Kong A. Ramlee & Ezra Kong
"Casablanca" (bersama Naufal Azrin) 2022 Daqmie & Wan Saleh Daqmie & Abdulkarim Al Ali (Syria)
"Jika" (bersama Naufal Azrin)
"Takkan Mengalah" (bersama Naufal Azrin) 2023
"Iktiraf" (bersama Naufal Azrin)

Filemografi sunting

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri/Peserta TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Nuha Bahrin". My Pentas. Dicapai pada 24 September 2022.
  2. ^ a b c Qarami Hashim (4 November 2020). "Bapa pertahan nyanyian Nuha Bahrin, anggap kesilapan perkara biasa - "Tidaklah teruk sangat... netizen yang komen pun tak tahu muzik!"". mStar Online. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  3. ^ a b c Padin (17 Mac 2021). "Dulu dikritik di Vokal Mania, kini Nuha Bahrin bangkit dengan single XSEMPURNA". XTRA. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  4. ^ a b Fiza Kamarudin (16 Mac 2021). "Pernah tular dan dikutuk kerana sertai program realiti nyanyian, Nuha Bahrin dah ada single - "Terima kasih kerana membimbing"". Astro Gempak. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  5. ^ a b c Nur Asyikin Mayudin (2 November 2020). "Nyanyian di 'Vokal Mania' teruk dikritik, Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi - "Ada yang anggap saya mempunyai potensi dalam industri"". mStar Online. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  6. ^ a b "Tak Sempurna, Nuha Bahrin sedia curi hati peminat". Berita RTM. 17 Mac 2021. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Mac 2021). "Nuha tetap optimis". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  8. ^ Wawann Mohd (17 Mac 2021). "XSempurna, papar perjalanan seni Nuha Bahrin". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  9. ^ Mohd Haikal Isa (9 Julai 2022). "Ledakan Casablanca, Nuha Bahrin temukan signatur". Kosmo!. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  10. ^ Nur Emira Saizali (24 Julai 2022). "Nuha Bahrin tak mati dikeji". Kosmo!. Dicapai pada 24 September 2022.

Pautan luar sunting