Paolo Rossi (sebutan bahasa Itali: [ˈpaːolo ˈrossi];[1][2] 23 September 1956 – 9 December 2020) ialah bekas pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi penyerang. Beliau telah membantu pasukan Itali untuk meraih gelaran Piala Dunia 1982 dengan menjaringkan enam gol di samping turut meraih anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan. Rossi merupakan satu-satunya pemain tunggal dari Eropah di samping dua orang pemain lagi yang pernah meraih ketiga-tiga anugerah tersebut di Piala Dunia bersama Garrincha pada 1962 dan Mario Kempes pada 1978. Rossi juga merangkul anugerah Ballon d'Or 1982 sebagai Pemain Terbaik Eropah oleh sebab prestasinya (satu-satunya pemain dalam sejarah yang meraih keempat-empat anugerah tersebut pada tahun yang sama). Bersama Roberto Baggio dan Christian Vieri, beliau merupakan penjaring gol terbanyak Itali dalam sejarah Piala Dunia, iaitu dengan menghasilkan sembilan jaringan keseluruhan.[3]

Paolo Rossi
Rossi pada 2007.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1956-09-23)23 September 1956
Tempat lahir Prato, Itali
Tarikh kematian 9 Disember 2020(2020-12-09) (umur 64)
Tempat kematian Siena, Itali
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1961–1967 Santa Lucia
1967–1968 Ambrosiana
1968–1972 Cattolica Virtus
1972–1975 Juventus
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1976 Juventus 0 (0)
1975–1976Como (pinjam) 6 (0)
1976–1980 Vicenza 94 (60)
1979–1980Perugia (pinjam) 28 (13)
1981–1985 Juventus 83 (24)
1985–1986 Milan 20 (2)
1986–1987 Hellas Verona 20 (4)
Jumlah 251 (103)
Pasukan kebangsaan
1977–1986 Itali 48 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Di peringkat kelab, Rossi merupakan seorang penjaring prolifik untuk kelab Vicenza. Pada 1976, beliau telah diikat oleh Juventus dalam rundingan pemilikan bersama serta mencatatkan rekod perpindahan dunia pada masa itu.[4] Vicenza masih mengekalkan khidmat beliau dan Rossi menjadi penjaring terbanyak Serie B pada 1977 dan membantu pasukannya mara ke Serie A. Pada musim berikutnya, Rossi meledak 24 jaringan gol sekali gus menjadi pemain pertama dinobatkan sebagai penjaring terbanyak di Serie A dan Serie B pada dua musim berturut-turut. Rossi melakukan penampilan sulungnya buat Juventus pada 1981 sebelum melakar beberapa kejayaan seperti dua gelaran Serie A, Coppa Italia, Piala Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Eropah. Dengan menikmati kejayaan di peringkat kelab dan antarabangsa, beliau merupakan salah seorang daripada sembilan pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara Eropah dan Ballon d'Or.

Rossi dianggap sebagai salah seorang pemain Itali terhebat sepanjang zaman. Pada tahun 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai antara 125 pemain terhebat sebagai meraikan ulang tahun ke-100 FIFA.[5] Pada tahun yang sama, Rossi berada di kedudukan ke-12 dalam Undian Jubli Emas UEFA. Setelah persaraan, beliau bekerja sebagai pundit untuk Sky, Mediaset Premium dan Rai Sport sehingga beliau meninggal dunia pada 9 Disember 2020.[6][7]

Kerjaya kelab sunting

 
Rossi pada zaman mudanya bersama Vicenza.

Kerjaya awal sunting

Rossi telah dilahirkan di Prato, Tuscany, Itali iaitu di kawasan Santa Lucia.[8][9]

Walaupun beliau merupakan anggota skuad ketika musim 1972-73, Rossi melakukan kemunculan sulungnya di kancah bola sepak Itali bersama Juventus pada 1973 dengan melakukan kemunculan di Coppa Italia serta meraih pencapaian naib-juara dalam Piala Antara Benua 1973. Beliau sering tercedera pada musim-musim awalnya, yang menyebabkan beliau hanya melakukan tiga kemunculan Coppa Italia bersama Juventus antara tahun 1972 dan 1975 serta tidak berupaya menjaringkan sebarang gol. Selepas melakukan tiga pembedahan di lutut, beliau telah dihantar ke Como, dan di sanalah beliau berpeluang melakukan kemunculan sulung di liga Itali ketika musim 1975–76. Pada awalnya, beliau beraksi di posisi sayap kanan. Beliau hanya melakukan enam kemunculan liga tetapi masih gagal menjaringkan gol.[10][11][8][12]

Kerjaya beliau mencapai titik pusingannya apabila Vicenza Calcio (dahulu dikenali sebagai Lanerossi Vicenza) meminjam khidmatnya. Jurulatih Giovan Battista Fabbri mengambil keputusan untuk memindahkan posisi Rossi dari sayap kepada penyerang (disebabkan kecederan penyerangnya) hanya menjelang sebelum kempen musim bermula. Rossi akhirnya mempamerkan kemampuannya dalam menghasilkan gol apabila meraih Kasut Emas Serie B dengan menjaringkan 21 gol pada tahun pertamanya di posisi yang lebih keterhadapan. Pada musim 1976–77, kualiti Rossi sebagai penyerang yang tajam telah membantu pasukannya mara ke Serie A di samping beliau membantu Vicenza melangkah ke peringkat kumpulan kedua Coppa Italia pada musim yang sama. Pada musim selanjutnya, Rossi menjaringkan 24 gol sekali gus menjadi pemain pertama untuk menjadi penjaring terbanyak di Serie B dan Serie A pada dua musim berturut-turut selain membantu Vicenza menduduki tangga kedua Serie A, hanya di belakang kelab induknya, Juventus. Disebabkan prestasinya yang cemerlang, beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan Itali ke kejohanan Piala Dunia 1978.

Kemuncak dan skandal sunting

Pada saat itu, Rossi dimiliki bersama oleh Vicenza dan Juventus. Semasa kedua-dua kelab berunding, Lanerossi menawarkan jumlah yang mengejutkan iaitu sebanyak 2.612 bilion lira Itali untuk membida Rossi sekali gus mencatatkan rekod perpindahan dunia dan sukan Itali. Setelah Piala Dunia 1978, Rossi melakukan kemunculan sulungnya di pentas Eropah bersama Vicenza dalam aksi Piala UEFA. Walaupun berjaya menjaringkan 15 gol di Serie A, kempennya dihalangi oleh kecederaan dan pasukannya pula tersingkir ke Serie B. Rossi seterusnya dipinjamkan ke Perugia untuk membolehkan beliau beraksi di Serie A pada musim mendatang.

Semasa di Perugia, beliau menjaringkan 13 gol liga ketika musim 1979–80 di samping membantu kelab mara ke pusingan 16 Piala UEFA. Semasa musim tersebut juga, beliau terlibat dalam skandal pertaruhan 1980 di Itali yang dikenali sebagai Totonero. Perkara ini menghukum Rossi apabila beliau digantung selama tiga tahun dan ia disingkatkan kepada dua tahun. Kesannya dapat dilihat apabila Rossi tidak dapat beraksi di kejohanan Euro 1980 bersama Itali. Walaupun berlaku penggantungan itu, Rossi sering didakwa tidak bersalah dan menyatakan bahawa beliau menjadi mangsa ketidakadilan.[13]

Juventus sunting

Walaupun digantung, Rossi telah dibawa semula ke Juventus pada 1981 dan kembali ke kesebelasan utama buat kali pertama pada penghujung musim 1981–82 untuk membantu pasukannya meraih kejuaran Serie A. Selepas kejohanan Piala Dunia 1982, Juventus menamatkan musim berikutnya sebagai naib-juara Serie A walaupun beliau membantu kelabnya menjuarai Coppa Italia dengan menjaringkan lima gol. Beliau juga membantu Juventus untuk mara ke aksi final Piala Eropah namun tewas kepada Hamburg. Beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan enam gol. Ketika musim 1983-84, Rossi meraih kejuaraan Scudetto keduanya bersama Juve dengan menjaringkan 13 gol di samping turut membantu kelabnya menjuarai Piala Juara-Juara UEFA dan diikuti oleh kejayaan Piala Super UEFA 1984. Ketika musim terakhirnya bersama kelab, beliau akhirnya menjuarai Piala Eropah pada tahun 1985 dengan menamatkan kempen kejohanan bersama lima jaringan gol di belakang pendahulu iaitu rakan sepasukannya, Michel Platini dan Torbjörn Nilsson yang mencatatkan tujuh jaringan.

Penghujung kerjaya sunting

Berikutan kariernya di Juventus, Rossi berpindah ke Milan yang sedang bergelut pada tahun 1985. Semasa di Milan, beliau diingati ketika aksi menentang Inter Milan dalam pertembungan Milan apabila beliau menjaringkan dua gol. Beliau akhirnya menamatkan kariernya di Hellas Verona semasa musim 1986-87 dengan membantu kelabnya menamatkan kempen di tempat keempat Serie A sebelum mengumumkan persaraan pada penghujung musim. Beliau kemudian melakukan hartanah bersama bekas rakan sepasukan, Giancarlo Salvi.

Kerjaya antarabangsa sunting

Prestasi Rossi yang menonjol bersama kelab Venezia membolehkan beliau mendapat perhatian daripada pengurus Azzurri, Enzo Bearzot. Rossi diberi peluang untuk melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad Azzurri pada 21 Disember 1977 dalam aksi pershabatan menentang Belgium. Perkembangan prestasi Rossi diakui sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia menjelang kejohanan Piala Dunia 1978. Rossi beraksi sebagai penyerang utama Itali dan kadang kala beliau telah menukar posisi iaitu kepada posisi asalnya, sayap kanan. Pemain sayap kanan Franco Causio juga berkebolehan dengan kedua-dua kaki akan bermain di sebelah kiri sementara pemain sayap kiri lampai Itali, Roberto Bettega akan beraksi di penyerang tengah. Perangkap mudah ini yang dimiliki oleh kualiti ketiga-tiga pemain ini akan mencetuskan masalah kepada pemain lawan dan Itali mempamerkan corak serangan menarik ketika kejohanan. Rossi telah menjaringkan tiga gol dan membantu empat jaringan bagi membantu Itali menamatkan kejohanan di tempat keempat. Beliau juga disenaraikan ke dalam bintang pasukan pilihan kejohanan serta dianugerahkan Bola Perak sebagai pemain kedua terbaik kejohanan. Jaringan Rossi ketika aksi pembukaan menewaskan Perancis pada 2 Jun 1978 juga menandakan jaringan sulungnya bersama Azzurri.[14][15]

Skandal pertaruhan telah menyebabkan Rossi terlepas kejohanan Kejohanan Eropah 1980 di tanah airnya sendiri. Setelah beliau membantu Juventus meraih Scudetto, beliau telah dipanggil untuk ke kejohanan Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Wartawan dan tifosi Itali pada awalnya menyelar Rossi kerana mempamerkan prestasi hambar terutamanya dalam tiga perlawanan awal peringkat kumpulan. Beliau juga digambarkan sebagai "kelibat yang bersiaran tanpa arah di atas padang".[16]

 
Rossi meraikan jaringan gol ketika Piala Dunia 1982.

Walau bagaimanapun, pengurus Enzo Bearzot mengesahkan tempat Rossi untuk pusingan penentu apabila Itali perlu berhadapan dengan juara bertahan, Argentina, pasukan pilihan Brazil yang dibarisi oleh pemain-pemain berkelas dunia seperti Sócrates, Zico dan Falcão. Setelah Itali menumpaskan Argentina 2-1 hasil usaha pertahanan baik oleh Claudio Gentile dan Gaetano Scirea yang mematahkan gerakan bintang muda Argentina Diego Maradona, Rossi mencatatkan jaringan hatrik bagi menewaskan Brazil 3-2 sekali gus membantu pasukannya menempah tiket ke pusingan separuh akhir. Dalam aksi separuh akhir menentang Poland, dua jaringan Rossi sudah cukup untuk mengesahkan tempat Itali ke pusingan akhir kejohanan. Ketika perlawanan akhir, Rossi menjaringkan gol pertama Itali sebelum pasukannya meraikan kemenangan 3-1 ke atas Jerman Barat sekali gus menghadiahkan gelaran Piala Dunia ketiga buat tanah airnya. Dengan menghasilkan enam jaringan, beliau memenangi anugerah máximo goleador, Kasut Emas sebagai penjaring erbanyak, Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan dan disenaraikan ke dalam pasukan pilihan kejohanan buat kali kedua berturut-turut dalam kariernya.

Para peminat Itali telah memasang sepanduk yang menggelar beliau sebagai "pemain terbaik perlawanan". Pencapaian Rossi di Sepanyol telah melayakkan beliau meraih anugerah Pemain Terbaik Eropah dan Pemain Terbaik Dunia pada 1982 serta Anugerah Onze d'Or 1982. Beliau juga mendapat nama samaran "Pablito" dan "torero".[17][18] Di antara sumbangan jaringan gol Rossi, beliau telah terlibat secara langsung sebanyak 58% daripada jaringan gol pasukannya ketika Piala Dunia 1982.[19] Rossi telah diangkat menjadi wira negara di Itali oleh kerana sumbangannya ketika kejohanan Piala Dunia 1982.

Rossi telah terpilih ke dalam skuad Itali bagi kejohanan Piala Dunia 1986 di Mexico tetapi beliau tidak melakukan sebarang kemunculan di kejohanan tersebut. Kecederaan yang dialaminya menghalang beliau untuk terlibat dalam ujian kecergasan pasukan serta didorong oleh faktor altitud tinggi di kawasan tuan rumah. Oleh sebab itu, bahagian serangan telah diisi dan digantikan oleh Giuseppe Galderisi di barisan kesebelasan utama.[20] Beliau melakukan kemunculan terakhirnya untuk Azzurri pada 11 Mei 1986 dalam aksi persahabatan di Naples menentang China.

Secara keseluruhannya, Rossi telah menjaringkan 20 gol dalam 48 kemunculannya untuk pasukan Itali.[21] Rossi menjadi penjaring terbanyak Itali dalam kejohanan Piala Dunia iaitu dengan sembilan gol dalam 14 kemunculan merentasi dua edisi kejohanan sambil berkongsi pencapaian dengan Roberto Baggio dan Christian Vieri. Enam jaringannya tersebut direncanakan ketika perjalanan Itali menjulang trofi Piala Dunia 1982. Rossi juga mewakili Itali dalam World Cup of Masters edisi 1991.

Selepas persaraan sunting

Setelah mengumumkan persaraan, Rossi bekerja sebagai pundit untuk Sky, Mediaset Premium dan Rai Sport.[22]

Pada Ogos 1990, beliau menjadi naib-presiden bagi kelab Lega Pro Prima Divisione, A.S. Pescina Valle del Giovenco.[23]

Pelé menamakan Rossi ke dalam senarai 125 pemain terhebat pada Mac 2004. Pada tahun yang sama, Rossi berada di kedudukan ke-12 dalam Undian Jubli Emas UEFA.[24]

Rossi telah meninggal dunia pada 9 Disember 2020 pada usia 64 tahun akibat menderita kanser paru-paru.[25] Rossi telah meninggalkan isteri keduanya, Federica Cappelletti bersama tiga orang anak.[26] Semasa upacara pengebumiannya di Vicenza pada 12 Disember yang dihadiri ribuan orang,[27] rumahnya di Bucine telah dirompak.[28][29]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Coppa Italia Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Juventus 1973–74 0 0 1 0 0 0 1 0
1974–75 0 0 2 0 0 0 2 0
Jumlah 0 0 3 0 0 0 3 0
  Como 1975–76 6 0 0 0 6 0
  Vicenza 1976–77 36 21 6 2 42 23
1977–78 30 24 4 2 34 26
1978–79 28 15 3 2 1[a] 0 32 17
Jumlah 94 60 13 6 1 0 108 66
  Perugia 1979–80 28 13 4 0 4[a] 1 36 14
1980–81 0 0 0 0 0 0
Jumlah 28 13 4 0 4 1 36 14
  Juventus 1981–82 3 1 0 0 0 0 3 1
1982–83 23 7 11 5 9[b] 6 43 18
1983–84 30 13 7 0 9[c] 2 46 15
1984–85 27 3 6 2 9[b] 5 1[d] 0 43 10
Jumlah 83 24 24 7 27 13 1 0 135 44
  Milan 1985–86 20 2 3 1 3[a] 0 26 3
  Hellas Verona 1986–87 20 4 7 3 27 7
Jumlah kerjaya 251 103 54 17 35 14 1 0 341 134
  1. ^ a b c Kemunculan di Piala UEFA
  2. ^ a b Kemunculan di Piala Eropah
  3. ^ Kemunculan di Piala Juara-Juara Eropah
  4. ^ Kemunculan di Piala Super UEFA

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1977 1 0
1978 10 4
1979 5 3
1980 3 0
1981 0 0
1982 11 6
1983 7 2
1984 6 3
1985 3 2
1986 2 0
Jumlah 48 20

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

 
Rossi mencium trofi Piala Dunia.

Kelab sunting

Vicenza
Juventus

Antarabangsa sunting

Itali

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ Luciano Canepari. "Paolo". DiPI Online (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 October 2018.
  2. ^ Luciano Canepari. "Rossi". DiPI Online (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 October 2018.
  3. ^ "PAOLO ROSSI: NOI, RAGAZZI DELL'82" [Paolo Rossi: We, the guys of '82] (dalam bahasa Itali). Famiglia Cristiana. 14 May 2012. Dicapai pada 5 July 2015.
  4. ^ "The history of the world transfer record". BBC Sport. Dicapai pada 10 May 2014.
  5. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2010. Dicapai pada 15 June 2013.
  6. ^ "Paolo Rossi has died". www.football-italia.net. 10 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  7. ^ Cugini, Mimmo (10 December 2020). "È morto Paolo Rossi, simbolo dell'Italia Mondiale del 1982". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 10 December 2020.
  8. ^ a b Paolo Rossi. Il Corriere della Sera (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 7 January 2015.
  9. ^ Intorcia, Francesco Saverio (25 April 2012). "Ho visto esplodere Paolo Rossi e Bobo Vieri anche mio nipote Alino merita la Nazionale". La Repubblica (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 5 July 2015.
  10. ^ name=tuttojuve.com>Stefano Bedeschi (23 September 2013). "Gli Eroi in Bianconero: Paolo ROSSI" (dalam bahasa Itali). Tutto Juve. Dicapai pada 7 January 2015.
  11. ^ "Paolo Rossi: La solitudine del centravanti" (dalam bahasa Itali). Storie di Calcio. Dicapai pada 4 July 2015.
  12. ^ "Paolo Rossi, l'uomo che fece piangere il Brasile. Intervista al campione del mondo di Spagna '82" (dalam bahasa Itali). www.gonews.it. 20 December 2013. Dicapai pada 7 January 2015.
  13. ^ Dan Warren (25 July 2006). "The worst scandal of them all". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2012. Dicapai pada 21 May 2010.
  14. ^ name=tuttojuve.com/><ref name=storiedicalcio.altervista.org
  15. ^ name=fifa.com>"Pablito, Italy's outstanding opportunist". FIFA.com. Dicapai pada 7 January 2015.[pautan mati]
  16. ^ "Rossi è Pablito, Italia campione" (dalam bahasa Itali). La Gazzetta dello Sport. 7 July 2006. Dicapai pada 5 January 2016.
  17. ^ name=storiedicalcio.altervista.org
  18. ^ name="1982, il ritorno di Paolo Rossi">Fabio Bianchi. "1982, il ritorno di Paolo Rossi e il lieto fine di una favola spezzata" (dalam bahasa Itali). Storie di Calcio. Dicapai pada 4 July 2015.
  19. ^ "Spain's 2010 conquerors in numbers". FIFA.com. 22 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2018. Dicapai pada 18 May 2020.
  20. ^ "Mondiali 1986: ARGENTINA, Capitolo V – Si ricomincia con la Bulgaria" (dalam bahasa Itali). Storie di Calcio. 25 July 2016. Dicapai pada 28 September 2017.
  21. ^ "Nazionale in cifre: Rossi, Paolo" (dalam bahasa Itali). FIGC. Dicapai pada 19 May 2015.
  22. ^ "E' morto Paolo Rossi, l'eroe del Mundial 82". la Repubblica (dalam bahasa Itali). 10 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  23. ^ "Juventus legend Rossi back in football at Pescina". Tribalfootball.com. 6 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2009. Dicapai pada 10 September 2009.
  24. ^ "Winner acknowledges his fans". UEFA. 23 April 2004. Dicapai pada 4 July 2015.
  25. ^ "Scaltro e con il gol nel sangue: da Prato al tetto del mondo con Boniperti e Bearzot". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). 10 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
  26. ^ "Federica, wife of Rossi: 'No one like you'". Football Italia. 10 December 2020.
  27. ^ "Paolo Rossi's funeral held in Vicenza". Football Italia. 12 December 2020.
  28. ^ "Rossi's wife lost for words after home robbed during funeral". Football Italia. 13 December 2020.
  29. ^ Mason, Peter (11 December 2020). "Paolo Rossi obituary". The Guardian. Dicapai pada 11 December 2020.
  30. ^ Roberto Di Maggio; Igor Kramarsic; Alberto Novello (11 June 2015). "Italy – Serie A Top Scorers". RSSSF. Dicapai pada 2 December 2015.
  31. ^ "Italy – Serie B Top Scorers". RSSSF. Dicapai pada 2 April 2015.
  32. ^ name="FIFA Awards">José Luis Pierrend (12 February 2015). "FIFA Awards: FIFA World Cup Golden Ball Awards". RSSSF. Dicapai pada 20 December 2015.
  33. ^ name="FIFA World Cup Awards: All-Star Team">"FIFA World Cup Awards: All-Star Team". Dicapai pada 22 March 2015.
  34. ^ "Gazzetta Sports Awards: Buffon le nuove sfide oltre le lacrime" (dalam bahasa Itali). gazzetta.it. 20 November 2017.
  35. ^ "FIFA XI´s Matches – Full Info". RSSSF. Dicapai pada 5 January 2016.
  36. ^ José Luis Pierrend (6 March 2012). ""Onze Mondial" Awards: Onze de Onze 1976–2011". RSSSF. Dicapai pada 14 September 2015.
  37. ^ Rob Moore; Karel Stokkermans (21 January 2011). "European Footballer of the Year ("Ballon d'Or")". RSSSF. Dicapai pada 22 December 2015.
  38. ^ Jamie Rainbow (14 December 2012). "World Soccer Awards – previous winners". World Soccer. Dicapai pada 21 November 2015.
  39. ^ "L'Équipe World Champion of Champions". 26 December 2014. Dicapai pada 22 December 2015.
  40. ^ Roberto Di Maggio; Roberto Mamrud; Jarek Owsianski; Davide Rota (11 June 2015). "Champions Cup/Champions League Topscorers". RSSSF. Dicapai pada 22 December 2015.
  41. ^ "World Soccer 100 Players of the Century". Dicapai pada 5 July 2015.
  42. ^ "Zinedine Zidane voted top player by fans" (PDF). UEFA.com. Dicapai pada 24 July 2014.
  43. ^ "Golden Foot Legends". Golden Foot.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2015. Dicapai pada 27 March 2015.
  44. ^ "Italian football Hall of Fame to induct ten new stars". 25 October 2016. Dicapai pada 25 October 2016.

Pautan luar sunting