Separuh Akhir Muzik Muzik 30

Separuh Akhir Muzik Muzik 30 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-30.

Sejarah

sunting

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Muzik Muzik 30

sunting

Kali ini acara tetap dibahagikan kepada tiga pusingan, yang akan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad (22 November, 29 November dan 6 Disember). Program ini dihoskan oleh Farah Fauzana dan AG Selamat[1].

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 30

sunting

Pusingan Pertama (22 November)

sunting
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Biarkanlah" Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK, Faeez Halim Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK, Faeez Halim Kumpulan Drama Band
"Langit Tetap Biru" Aizat Amdan Pakcik Konfi Aizat Amdan
"Untuk Cinta" Nurzaidi Abdul Rahman Nurzaidi Abdul Rahman Hafiz Suip dan Adira Suhaimi
"Knock Knock" Faizal Tahir, Mike Chan Faizal Tahir Elizabeth Tan
"Sampai Mati" Omar K, Audi Mok Omar K Hazama Azmi LaguTerbaik Pusingan Pertama
"Hantu Atau Buaya" DJ Fuzz DJ Fuzz Nanasheme
"Cinta Yang Sempurna" Asfan Shah Asfan Shah Kumpulan Qanda
"Bukan Hal Aku" The Goodfellas The Goodfellas Kaka Azraf menampilkan Kumpulan Sleeq Juzzthin menggantikan kumpulan Sleeq
"Di Pintumu" M. Nasir M. Nasir Firman Bansir
"Melepaskanmu" Yoya Nawfas Kumpulan Sakura Band
"Terima Kasih Cinta" DJ Fuzz DJ Fuzz Tasha Manshahar menampilkan RJ

Pusingan Kedua (29 November)

sunting
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Hanya Namamu" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Kumpulan Caliph Buskers
"Malam Ini Kita Punya" Shamsul Annuar Mohd Baharom Shamsul Annuar Mohd Baharom Kumpulan Bunkface
"Potret" Hang Nadim Kamar Empayar Kumpulan Akim & The Majistret Lagu Terbaik Pusingan Kedua
"Not For Sale" Mike Chan, Omar K Omar K, Altimet Stacy menampillkan Altimet
"Hey! Kau" Tam Mustafah Rudy Imran Sandra
"Syurga" Omar K Alyah Alyah
"Angin Kencang" Noh Salleh Noh Salleh Noh Salleh
"#Peristiwa" Zimi Zimi, RJ Asfan Shah dan Kumpulan Sofazr menampilkan RJ
"Senyum" Faizal Tahir, Mike Chan Faizal Tahir Aziz Harun
"Mana Mungkin" Ajai Ajai Black Hanifah

Pusingan Ketiga (6 Disember)

sunting
Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Dikoyak Waktu" Aepul Roza Aepul Roza Ronnie Hussein
"Selalu Ada" Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
"Tak Pernah Menyerah" Akid Pojie Samad Dayang Nurfaizah
"Al Nuraa (Yang 5 Yang 6)" Sheikh Qalam Mawi Mawi dan Hazama Azmi menampilkan Filsuf Daly
"Assalamualaikum" Faizal Tahir, Omar K, Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok Faizal Tahir, Ezra Kong Faizal Tahir Tomok menggantikan Faizal Tahir yang tidak dapat hadir
"Siapa Diriku" Omar K, Ezra Kong Ayda Jebat Ayda Jebat
"Kau Tercipta" Lah Ahmad Lah Ahmad Lah Ahmad
"Nyawaku" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Azmil
"Linangan Terakhir" Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Kumpulan Forteen
"Lautan" Yunalis Zarai Yunalis Zarai Yuna Zarai menarik diri dari penyertaan

Lain-lain

sunting

Nota;

  • Lagu yang diwarnakan dalam kotak biru cair adalah lagu-lagu yang layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-30
  • Lagu "Lautan" ciptaan dan nyanyian Yuna Zarai sepatutnya bertanding namun menarik diri kerana tidak berada di Malaysia dan tempat kosong itu digantikan dengan lagu ke-31 dalam turutan kelayakan iaitu "Hey! Kau" ciptaan Tam Mustafah nyanyian Sandra
  • Bekas pemenang AJL24 Aizat Amdan tampil bersama Kumpulan Monalyssa membuat persembahan selingan khas pada pusingan ketiga dengan menyampaikan lagu "Dua Belah Kaki".
  • Kesemua 30 buah lagu telah dinilai oleh juri-juri profesional yang terdiri daripada Loque, Edrie Hashim, Helen Yap, Taja, Jennifer Thompson, Azmeer dan selaku ketua juri Dato Mokhzani.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting