Serunding

Serunding, serondeng atau serundeng merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Serunding

Terdapat dua jenis makanan yang wujud seluruh Nusantara beramuan berbeza namun dikenalpasti bernama "serunding" ini:

Di MalaysiaSunting

Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging korban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.[1]

Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori [perlu rujukan] oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.

Di IndonesiaSunting

Serunding Indonesia dibuat dari parutan kelapa yang digoreng hingga kuning kecoklatan dengan bumbu-bumbu seperti bawang besar, cili, bawang putih, bawang merah, ketumbar, kunyit, gula, asam jawa, daun salam, daun limau dan lengkuas. Bumbu-bumbu ini dilumatkan sebelum digunakan. Serunding umumnya dihidangkan dengan hirisan daging lembu goreng, iaitu hidangan serunding daging, atau ditaburkan di atas soto, pulut, atau buras untuk menambah selera rasa masakan tersebut.

Namun, di Sumatera Barat sedikit berbeza. Istilah serunding bukan merujuk pada makanan dengan bahan dasar kelapa ini. Serunding di Sumatera Barat terdiri atas kentang dan ubi[2] yang dipotong kecil-kecil serta kacang lalu diberi rempah-rempah dan digoreng. Rasanya menyelerakan dan nikmat tentunya.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Asal-usul Serunding". Dicapai pada 2020-10-01.
  2. ^ VIVA, PT. VIVA MEDIA BARU - (2017-04-11). "Sensasi Kelezatan Serundeng Ubi Minang - VIVA" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-25.