Sukan Paralimpiad Malaysia 2014

Sukan Paralimpiad Malaysia 2014 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Perlis dari 21 hingga 25 Ogos 2014. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-17. Ratusan atlet dari 15 negeri di Malaysia telah bertanding dalam sembilan sukan yang dipertandingkan. Sarawak kekal menjadi juara keseluruhan buat kali ke-11 berturut-turut.

Sukan Paralimpiad Malaysia XVII
Bandar tuan rumahPerlis
Cogan kataSeiring Menuju Kecemerlangan
Penyertaan pasukan15
Sukan9
Upacara pembukaan21 Ogos 2014
Upacara penutupan25 Ogos 2014

Pembangunan dan persiapan sunting

Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar negeri Perlis;

Tempat Sukan
Stadium Tuanku Syed Putra Renang, Badminton, Memanah, Boling padang, Olahraga,
Bola keranjang kerusi roda, Tenis kerusi roda, Ping pong
Dewan Majlis Sukan Negeri Perlis Powerlifting

Pemasaran sunting

sunting

Logo rasmi temasya ini merupakan seekor singa dan terdiri daripada empat warna; kuning, biru, merah dan putih. Kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara, biru melambangkan keharmonian dan perpaduan dalam sukan, merah melambangkan semangat juang dan kegigihan menghadapi pelbagai cabaran manakala putih melambangkan makna keluhuran dan kesucian jiwa serta keikhlasan.[1]

Maskot sunting

Maskot rasmi temasya ini ialah seekor singa yang menjadi ikon dan identiti Perlis yang amat dikenali sebagai "Singa Utara". Walaupun singa tidak pernah wujud di negeri ini namun singa diangkat sebagai imej utama logo kerana ia melambangkan rakyat Perlis sendiri yang memiliki sifat dan jiwa seperti singa iaitu berani, pantas, cekap, suka hidup berkawan, pintar dan penyayang.[1]

Penyertaan sunting

Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.

Acara sukan sunting

Terdapat sembilan sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[2]

Pungutan pingat sunting

Sarawak berjaya menjadi pasukan yang paling banyak meraih pingat.[2]

  *   Tuan rumah (Perlis)

Jadual pingatSukan Paralimpiad Malaysia 2014
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1  Sarawak665544165
2  Terengganu40161773
3  Johor29171056
4  Sabah24171758
5  Kedah17142354
6  Kuala Lumpur16192156
7  Perlis*1512431
8  Perak14161545
9  Pulau Pinang11151541
10  Melaka11131236
11  Selangor10101030
12  Kelantan910726
13  Negeri Sembilan611926
14  Pahang561021
15  Labuan23510
Jumlah (15 negeri)275234219728

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Logo Rasmi Sukma XVII Perlis 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2015. Dicapai pada 18 Februari 2023.
  2. ^ a b "Keputusan Sukan Paralimpiad Perlis 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2015. Dicapai pada 18 Februari 2023.