Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau 'Sulaiman Palestine' adalah ahli politik UMNO dari Pulau Pinang, Malaysia. Pada tahun 1978, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO. Beliau dianggap sebagai ultra (pelampau) Melayu / Islam kerana pidato yang berapi-api terutama berhubung isu Palestin dan Dasar Bahasa Kebangsaan yang masih belum didaulatkan pada 1967.[1][2]

KeluargaSunting

Anak perempuannya ,Raihan Sulaiman Palestine pernah menjadi Ketua Wiranita Perkasa. Raihan S ulaiman Palestin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 11 Mei 2015 dipercayai akibat serangan jantung.Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajayadan dikebumikan di Presint 20.[3]

Anak lelakinya Imran sulaiman palestin,fauzan sulaiman palestin,

Politik UMNOSunting

Pada 7 Jun 1958, semasa pertandingan Ketua Pemuda UMNO, beliau dikalahkan oleh Sardon Jubir yang menjadi Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekomunikasi. Sardon terpilih semula semula sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan 44 undi dan Sulaiman 13 undi. [4] Beliau adalah veteran UMNO. Satu masa, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Haji Ahmad Maliki, Haji Sulaiman Palestin dan beberapa pemimpin lain telah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan ,nasihat dan penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu.[5] Selaku wakil Pemuda UMNO dari Nibong Tebal, Haji Sulaiman Palestin pernah menegaskan bahawa "kami akan mendapatkan kemerdekaan sama ada Sultan sultan mahukannya ataupun tidak".[6]

Akhir hayatnya beliau menyertai Parti Melayu Semangat 46 dan menjadi Ahli Majlis Tertinggi Semangat 46. [7] Akhbar Watan Bil: 341 26 Julai 1988 melaporkan Sulaiman Palestin berkata beliau tidak akan menghalalkan bahagiannya dalam harta UMNO lama sekiranya harta itu diambil oleh UMNO Baru walaupun undang-undang menghalalkannya.[8]

Kalah di KerianSunting

Dalam Pilihan raya 1951 (?), calon PAS, Haji Ahmad Tuan Hussain telah mengalahkan Haji Sulaiman Palestin (calon Perikatan) di kawasan Kerian dan inilah satu-satunya calon pembangkang yang menang di dalam pilihan raya pada tahun itu.[9] Sulaiman Palestin mendapat 8235 undi, PAS oleh Haji Ahmad Haji Hussain memperolehi 8685 undi dan Mohammad Jan Mohd yang bertanding di atas tiket NAP mendapat 3, 315 undi. [10] Sulaiman adalah satu-satu calon Perikatan yang kalah pada tahun itu.

Kemudian Sulaiman Palestin selaku ahli Dewan Undang Negeri Pulau Pinang telah mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 dan berikrar akan meninggalkan kerusinya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri jika masih tidak melaksanakannya. [11]

Bertanding Presiden UMNOSunting

Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Jun 1978, Sulaiman Palestin mengejutkan ramai pihak kerana bertanding mencabar Presiden UMNO, Tun Hussein Onn.Tindakan beliau dianggap sebagai tindakan ahli UMNO yang 'berani mati'. Namun begitu beliau tewas dengan mudah kerana hanya mendapat 250 undi dan Hussein mendapat 898 undi. Ketika itu Hussein Onn hanya pemangku Presiden UMNO . UMNO Bahagian Sungai Besi satu-satunya bahagian UMNO yang telah mencalonkan beliau bertanding menentang Hussein Onn. Cabaran ini bukanlah cabaran yang 'credible' namun ia memecahkan tradisi UMNO. Ekoran cabaran dari 'maverick' itu , Hussein Onn melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981 kepada Dr Mahathir Mohamad.[12]

Sebenarnya, Sulaiman Palestin dianggap sebagai 'proxy' kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris yang sedang dipenjara di Penjara Pudu.[13] Andainya Sulaiman Palestin menang, beliaulah yang akan menjadi Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.[14] Harun Idris terbabit dengan rasuah Hongkong and Shanghai Bank. Kerajaan Malaysia telah memberi pinjaman sejumlah $47.4 juta bagi menyelamatkan Bank Rakyat. [15]

Penentangan Sulaiman Palestin disamakan dengan penentangan Tengku Razaleigh Hamzah-Musa Hitam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad-Ghaffar Baba pada April 1987.[16] Persamaan ini dinafikan oleh Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mendapat 718 undi, Razaleigh mendapat 761 undi dengan perbezaan hanya 43. Dr Mahathir berhujah bahawa 1 undi pun majoriti dan menang juga. Dr Mahathir juga mengubah Perlembagaan UMNO iaitu pencabar jawatan Presiden UMNO mestilah mendapat sejumlah undi dari perwakilan .

Tunku Abdul Rahman pernah ditentang oleh C.M Yusuf tetapi tidak pula dihukum oleh Tengku. Sebaliknya CM Yusuf dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. [17]

Dokumen diharamkanSunting

Dokumen yang beliau tulis bertarikh 4Jun 1969 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dokumen itu beralamat di 582, Bagan Ajam,Butterworth dan diterbitkan pada 7 Ogos 1969. [18]

Antara tokoh yang berunding dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn ialah Encik Onn Ismail, Mazlan Harun, Raja Nong Cik, Haji Sulaiman Palestin, dan peguam Dato' Harun, Encik D.P Vinjandran.[19]

Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus,Terengganu tetapi tenggelam dalam lautan sekular.[20]

RujukanSunting

  1. ^ The May thirteenth incident and democracy in Malaysia,oleh Charles T. Goh, Charles T. Goh - 1971 , hm 76
  2. ^ 'The battle for a Malaysian Malaysia: Volumes 1-2' oleh Kuan Yew Lee, Singapura - 1965
  3. ^ Raihan Sulaiman Palestin meninggal dunia
  4. ^ The Straits Times, 7 Jun 1958, Halaman 1; SARDON RE-ELECTED
  5. ^ 'Abdullah Ahmad Badawi: perjalanan politik PM ke-5' oleh Chamil Wariya - 2004, hlm 36
  6. ^ Perjuangan politik pemuda UMNO, oleh Hambali Abd Latiff - 1985
  7. ^ PAS kuasai Malaysia?: 1950-2000 sejarah kebangkitan dan masa depan, oleh Ibnu Hasyim - 1993
  8. ^ 'Semangat UMNO hancur?', oleh Abd. Rahim Kassim - 1988
  9. ^ 'Memoir politik Asri: meniti arus', oleh Mohamed Asri bin Haji Muda ,1993
  10. ^ Dokter Mahathir, pemikirannya melangkaui segala-gala', oleh Abdul Halim Taib - 2000
  11. ^ Harun Aminurrashid, pembangkit semangat kebangsaan', Abdullah Hussain - 1982
  12. ^ 'Politik Melayu abad 21' oleh Baharudin Ali Masrom, - 1989
  13. ^ Krisis UMNO: dilema Mahathir, oleh Yahaya Ismail - 1986
  14. ^ 'Mengapa perlu Anwar lawan Mahathir?', oleh Ahmad Lutfi Othman - 1995
  15. ^ 'Hussein Onn dengan era baru', oleh Aziz Zariza Ahmad - 1979
  16. ^ Review of Indonesian and Malaysian affairs: Volume 23, University of Sydney.,1989 - Snippet view
  17. ^ 'Damned that thots', oleh A Kadir Jasin - 2006
  18. ^ Buku Berunsur Agama Islam Yang Diharamkan
  19. ^ 'Jatuh bangun seorang pejuang', oleh Raja Ahmad Niza , Raja Azam bin Raja Bidin dan Hussein Noor - 1982
  20. ^ 'PAS Kuala Selangor vs APU' oleh Muhayat Haji Yusof - 1990