Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar

ahli politik Malaysia dan kerabat diraja Pahang

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Tan Sri Haji Azlan ibni Almarhum Sultan Haji Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muazzam Shah merupakan ahli politik Malaysia dari parti UMNO dan Barisan Nasional. Sebelum ini beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan selepas pilihan raya umum 2008, beliau telah menolak jawatan sebagai timbalan menteri.[1]

Tengku Azlan
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar
Tengku Azlan
Tengku Panglima Besar
Tempoh30 Julai 2021 - kini
Didahului olehTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Keputeraan (1949-07-21) 21 Julai 1949 (umur 75)
Istana Permai, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganTunku Jawahir (k. 1977)
Anakanda
  • Tengku Asra Jehan Juzailah
  • Tengku Aslahuddin Ja'afar
  • Tengku A'zran Abdul Jawaad
AyahandaSultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
BondaTengku Hajah Agzam Tengku Ummar
Tan Sri Dato' Seri
Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar
P.S.M., S.P.T.J., S.I.M.P.
Timbalan Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
2004–2008
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Jerantut
Dalam jawatan
19992013
Didahului olehAhmad Kamaruzaman Mohamed Baria
Digantikan olehAhmad Nazlan Idris
Maklumat peribadi
Parti politik - (UMNO) - (BN)

Latar belakang

Tengku Tan Sri Azlan merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan YAM Tengku Puan Panglima Besar Tunku Puan Sri Dato' Seri Jawahir Binti Almarhum Tuanku Ja'afar dan mereka dikurniakan dengan dua putera dan seorang puteri.[2]

Tengku Tan Sri Azlan dikurniakan gelaran Tengku Panglima Besar oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah pada 30 Julai 2021.[3]

Darjah Kebesaran

Kehormatan Malaysia

  •   Malaysia :
  •   Negeri Sembilan :
    •   Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (SPTJ) - Dato' Seri (1985)[4]
  •   Pahang
    •   Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (1979)[5]
    •   Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato' Indera, dahulunya Dato' (2001)
    •   Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2007)[6]

Sejarah pilihan raya

Parlimen Malaysia: P81 Jerantut, Pahang[7]
Tahun Kerajaan Undi Pts Pembangkang Undi Pts
2004 Azlan Bakar (UMNO) 21,349 61% Hamzah Jaaffar (PAS) 12,892 37%
2008 Azlan Bakar (UMNO) 19,543 51% Hamzah Jaaffar (PAS) 17,597 46%

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Tengku Azlan and Anifah decline deputy minister's post". The Star (Malaysia). 19 March 2008. Dicapai pada 8 January 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ "Tengku Azlan: People come first",The Star Online. 5 Mac 2008.
  3. ^ Syahira Yahya (2 Ogos 2021). "Tengku Azlan dikurnia gelaran Tengku Panglima Besar Pahang". MalaysiaGazette. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  5. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  7. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 8 January 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Includes 2004 election results. Earlier results are not available.