Teratai Kemboja

(Dilencongkan dari Teratai Kemboja (drama))

Teratai Kemboja ialah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Fasha Sandha, Adi Putra dan Elly Mazlein. Drama ini telah ditayangkan pada 13 April 2018 hingga 12 Jun 2018. Drama ini menerima rating sebanyak 12 juta penonton dan berkongsi jumlah rating bersama drama 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir 2 dan Jangan Benci Cintaku.

Teratai Kemboja
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Adi Putra
Elly Mazlein
Hasnul Rahmat
Nafiz Muaz
Fezrul Khan
Jaja Iliyes
Nadia Brian
Zila Bakarin
Lagu pembukaanJanjimu Syurga - Superchild
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod21
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal13 April 2018 – 12 Jun 2018
Kronologi
Diikuti olehAndainya Takdir 2

SinopsisSunting

Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.

Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.

Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

SambutanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
N/A N/A
3.9 juta
12 juta
100 ribu
[1][2]

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[3] Drama Rantaian Terbaik Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  2. ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
  3. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.