Yee sang

(Dilencongkan daripada Yusheng)

Yi sang (Jawi: يي سڠ, Cina ringkas: 鱼生Cina tradisional: 魚生Pinyin Mandarin: yúshēngJyutping: jyu4saang1, diinggeriskan kepada yee sang atau yuu sahng)​ ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harfiah, "yusheng" (kekadang turut dieja "yu sheng") dapat diterjemahkan menjadi "ikan mentah" dan boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.[1]

Yi sang
Bahan-bahan dan cicahan utama dalam yi sang
Nama alternatifYee sang, Lou Sang, Yee Sang, Yu Sheng, Jyu4 Saang1, Lo Hei, Prosperity Toss
JenisSalad, hidangan ikan mentah, salmon dish Sunting ini di Wikidata
Tempat asalChina Sunting ini di Wikidata
Kawasan/rantauAsia tenggara
Masakan berkaitanSingapura, Indonesia, Malaysia
Bahan utamaIkan mentah (atau ikan buatan untuk vegetarian), sayur yang dihiris dan pelbagai jenis sos dan perencah
Maklumat laindimakan sempena Tahun Baru Cina (hanya di Malaysia dan Singapura)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Yi sang
Yi sang - pembubuhan ramuan
Yi sang - pengadukan ramuan

Sejarah

sunting

Hidangan ini mula dimasyhurkan Loke Ching Fatt (Cina Tradisional: 陸禎記), pemilik sebuah restoran bernama Loke Ching Kee (Templat:Zh-cjp) di Seremban, Negeri Sembilan mengadaptasikan dari suatu sajian diketahui dalam kalangan masyarakat pesisiran selatan tanah besar China seperti Chaozhou dan Shantou zaman Dinasti Song kira-kira 1,500 tahun dahulu meraikan Hari Lahir Manusia memperingati kisah kononnya dewi Nui-wo dikatakan menciptakan manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari.[2][3][4] Sejarah ini turut dibukukan Anthony Loke, salah seorang cucu Ching Fatt yang mengarang buku sejarah dari sudut pandang keluarganya dilancarkan pada 31 Januari 2020 dihadiri Yamtuan Besar Tuanku Muhriz.[5]

direka di kawasan pantai China,. Menurut legenda, seorang dari China yang dikenali sebagai (女娲) Sejak itu, hari tersebut dikenali sebagai. Dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.

Kini, "Lo Hei" – perlakuan melambung yee sang – ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, lobak putih (daikon), lobak merah, cili kembung, halia, daun limau purut, daun sup, kacang tanah hancur, bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan pancarempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos boi.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bonny Tan; Rakunathan Narayanan; Lee Meiyu. "Yusheng". Singapore Infopedia. A Singapore Government Agency Website. Dicapai pada 31 Januari 2021.
  2. ^ "捞生是大马人发明.鱼生2009年已列国家文化食品". www.sinchew.com.my. 16 January 2012. Dicapai pada 2021-01-29.
  3. ^ Leng Wai Chan (2016). A Toss of Yee Sang. ISBN 152336727X.
  4. ^ Chew, Amy (16 May 2021). "Malaysian-Chinese politician's surprising link to a popular raw fish salad". South China Morning Post.
  5. ^ "七彩鱼生创办人后裔 陆兆福与森王室成员捞生". E-Nanyang (dalam bahasa Cina). 31 January 2020.

Pautan luar

sunting