Buka menu utama
YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat,ADUN Kemelah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Johor

Datuk Ayub Rahmat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan N4 Kemelah, Segamat, Johor. Beliau memenangi kawasan itu pada 8 Mac 2008 dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 ke-12. Beliau bertanding atas tiket UMNO/BN dan mendapat 8909 undi.

Yang Berhormat Datuk Haji
Ayub Rahmat
Ahli Dewan Undangan Johor
untuk Kemelah[perlu rujukan]
Memegang jawatan
2008
Butiran peribadi
LahirSegamat, Johor
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Aryani bt Abdullah
PekerjaanAhli politik
Laman sesawangwww.facebook.com/ayubrahmat/

Majoriti penduduk kawasan Kemelah adalah orang Melayu dan sebahagiannya menjadi peneroka Felda Kemelah.

Isu dan kontroversiSunting

Cadangan Hukum Hudud di JohorSunting

Pada 20 Jun 2012, dalam persidangan DUN Johor, beliau mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid. UMNO Johor harus mengepalai usaha memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS. Kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

Johor hendaklah mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar yang menurutnya berbeza dengan hudud Pas. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam. Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)[1] Justeru itu PAS hendaklah menyokong UMNO bagi merealisasikan usaha itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman memaklumkan bahawa cadangan itu masih merupakan cadangan dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin enggan memberi komen.[2] Cadangan itu pernah dikemukakan pada Disember 2011 tetapi tidak dilaporkan mana-mana akhbar.[perlu rujukan]

Bekas ahli parti Islam Hizbul Muslimin Malaya (1945), Menteri Besar Johor, Dato' Haji Hassan Yunus pernah berharap agar undang-undang Islam dalam Quran akan dapat juga dilaksanakan.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek menentang cadangan itu sebagai di luar dari mindanya. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menyenaraikan pihak-pihak yang patut dilibatkan iaitu mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya.[3]

RujukanSunting