Bahasa-bahasa Melayu Tempatan

(Dilencongkan daripada Bahasa Melayu Tempatan)

Bahasa-bahasa Melayu Tempatan merupakan sekumpulan bahasa mahupun dialek bahasa yang berkaitan yang merupakan hasil taburan orang Melayu dan Minangkabau merentasi pelbagai sempadan negara. Jenis-jenis bahasa dan dialek melayu tempatan boleh dirujuk melalui jadual dibawah:

Melayu Tempatan
Taburan
geografi:
Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Austronesia

Perbandingan bahasa-bahasa Melayu

sunting
Bahasa Ayat Digunakan di
Jenis bahasa Melayu
Bahasa Melayu (informal) Ko nak pegi mane ngan basikal tu?
Bole aku ikut?
Malaysia
Bahasa Melayu (formal) Ke mana kamu mahu/hendak pergi dengan basikal itu?
Bolehkah saya ikut?
Malaysia
Bahasa Melayu (formal) Ke mana Engkau hendak pergi dengan kereta angin itu?
Bolehkah saya ikut?
Riau dan Kepulauan Riau
Bahasa Indonesia (sangat formal) Anda/Engkau akan menaiki sepeda itu ke mana?
Bolehkah saya ikut?
Indonesia
Bahasa Indonesia (semiformal) Kamu mau naik sepeda itu ke mana?
Boleh saya ikut?
Indonesia
Bahasa Betawi Lu mau naik sepeda itu ke mané?
Boleh ikut nggak?
Jakarta (Indonesia)
Bahasa Melayu Singapura Ke mana awak hendak pergi dengan basikal itu?
Boleh saya ikut?
Singapura
Bahasa Johor/Selangor/Melaka Kau/Ko/Jini nak gi mane dengan basikal itu?
Boleh saye ikut?
Malaysia bahagian selatan
Bahasa Bengkulu Kawu endak pai ke mano kek sepedo tu?
Boleh aku ikut idak?
Bengkulu
Bahasa Jambi Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku biso ikut dak?
Jambi
Bahasa Palembang Kau nak pergi ke mano naek sepedo tu?
Aku pacak melok dak?
Sumatera Selatan
Bahasa Bangka Ka nek pergi ke mane naek ketangin tu?
Ku boleh ngikut dak?
Bangka
Bahasa Belitung Ikam nak pergi ke mane naek ketangin tu?
Aku bisak ngikut ndak?
Belitung
Bahasa Banjar Ikam handak tulak ka mana basapida tu?
Bulih kada' aku umpat?
Kalimantan Selatan
Bahasa Kedah Hang nak pi manā næk geghék / beskat tu?
Chek ikot buléh dak?
Malaysia bagian utara dan Thailand Selatan bagian barat
Bahasa Baling Mu nok gi manã naik geqék tu?
Ku nãk ikut buléh dãk?
Kedah (Baling, Sik dan Padang Terap), Yala, Pattani, Satun
Bahasa Terengganu Mung nok gi mane naik sika tu?
Buléh dok nok ikuk?
Terengganu (Malaysia)
Bahasa Hulu Terengganu Dimé/Miké nok gi duané/kuané naik sika tuh?
Buléh akouh ngikuk ugé?
Hulu Terengganu (Malaysia)
Bahasa Kelantan Démo nok gi mano naik basika/sika tuh?
Buléh kawé ikuk?
Kelantan (Malaysia), Thailand Selatan bagian timur
Bahasa Pahang Awok nok kone naik siké tu?
Boleh tok kome/koi/kas/kawai/kawas ikut?
Pahang (Malaysia)
Bahasa Perak-Kuala Kangsar Mike nak ke mane naik siké tu?
Teman nak ngékor buléh?
Kuala Kangsar dan Ipoh, serta sebahagian Perak Selatan (Malaysia)
Bahasa Perak Tengah Miké nok ke mané naik sika tu?
Teman nok ngekor ugé buléh?
Perak Tengah (Malaysia)
Bahasa Pulau Pinang Hang nak pi manā naik basikal tu?
Aku ikut boleh tak?
Pulau Pinang dan Perak utara (Malaysia)
Bahasa Brunei Kamana kau babasikal ah?
Bulih ku ikut?
Brunei Darussalam
Bahasa Sarawak Ke sine kitak maok make basikal?
Boleh sik kamik ngekot?
Sarawak (Malaysia)
Bahasa Sabah Mana ko mo pigi sama itu béskal?
Buli sia ikut ka?
Sabah dan Labuan (Malaysia)
Bahasa Melayu Pontianak Mane kitak nak pergi naik sepeda tu?
Kamék bulih ikut tadak?
Kalimantan Barat
Bahasa Melayu Makassar Mau ko/ki' bawa' kemana itu sepeda kah?
Bisa Jeka' Ikut?
Sulawesi Selatan dan Barat
Bahasa Larantuka ??? Flores
Bahasa Kutai ??? Kalimantan
Bahasa-bahasa Para-Melayu
Minangkabau Kau ka pai kama jo karéta angin tu?
Bulih ndak dén ikuik?
Kawasan Minangkabau (daratan Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bagian utara Bengkulu, bagian barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan Negeri Sembilan di Malaysia)
Bahasa Melayu Negeri Sembilan Ékau nak poie mano naik basikal tu?
Boleh dén ikut?
Negeri Sembilan (Malaysia)
Rawa Kao nak poie mano nek basika to?
Buleh ikoiyt ko indo?
Gopeng (Malaysia)