Apam balik

(Dilencongkan dari Ban Chang Kueh)

Apam balik (Jawi: أڤم باليق) atau juga dikenali sebagai apom balik, martabak manis (Jawi: مرتابق مانيس) dan terang bulan (Jawi: ترڠ بولن) (bahasa Inggeris: turnover pancake;[1] Cina: 曼煎粿, Hokkien: Ban Chang Kueh,[2] Hanyu Pinyin: Màn Jiān Guǒ) merupakan sejenis kuih berupa apam tradisi Fujian sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.[3][4]

Apam balik jenis nipis

Penamaan sunting

 
Peta kepelbagaian nama kuih subjek.
kuning: bernama apam
merah: bernama martabak
hijau: bernama terang bulan
biru/ungu: bernama kuih.

Kuih ini didatangkan dalam pelbagai nama beraneka:

Apam

Kuih

Martabak

Lain-lain

Pembuatan sunting

 
Dapur yang digunakan bagi memasak apam balik secara komersil.

Adunannya diperbuat dari bancuhan tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.[5]

Apam besar besar dimasak di atas kuali tembaga manakala yang jenis kecil menggunakan dapur gas khas mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak sekaligus. Selepas kuali-kuali ini disapu mentega atau marjerin, adunannya dibubuh dan ditunggu masak sambil dimaniskan dengan taburan gula kasar dan kacang tanah hancur atau bijan serta perisa dipilih; apam yang sampai masak dilipat dua sebelum disajikan panas-panas.

Inti yang lazim didapati adalah dan jagung manis, tetapi ada juga inovasi pelbagai perisa seperti nestum, coklat, vanila, keju dan strawberi.

Jenis sunting

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:

  • apam balik besar: apam balik yang tebal dan gebu.
  • apam balik kecil atau apam balik nipis: apam balik nipis dan rangup.

Rujukan sunting

  1. ^ "Deliciously Unique Pancakes..." The Malaysia Pancake Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2013. Dicapai pada 18 August 2013.
  2. ^ 林金城. "滿煎糕vs曼煎粿". Sin Chew Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13.
  3. ^ "Peluang berbuka puasa dengan Chef Wan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-22.
  4. ^ Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. 2010. m/s. 119–. ISBN 978-1-74104-887-2. Dicapai pada 18 August 2013.
  5. ^ a b c d "Martabak Manis Alias Kue Terang Bulan". Femina. 2 Februari 2014. Dicapai pada 16 Mei 2015.