26 Disember
tarikh
(Dilencongkan daripada Disember 26)
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
26 Disember merupakan hari ke-360 (hari ke-361 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 5 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Boxing di Negara-Negara Komanwel;
- Hari St. Stephen;
- Kwanzaa bermula (A.S. dan Kanada).
Peristiwa
sunting- 1790 - Revolusi Perancis: Raja Louis XVI memperkenankan Perlembagaan Sivil Paderi yang menjejaskan kedudukan pihak Gereja Katolik dalam sistem kerajaan baginda.
- 1806 - Perang Pakatan Keempat: Askar Perancis Napoleon bertempur dengan angkatan Rusia dalam Pertempuran Pultusk dan Golymin.
- 1819 - beberapa orang pembesar Bugis ditahan askar-askar Hindia Timur Belanda selepas tembak-menembak ke langit meraikan majlis perkahwinan ketua mereka Arung Belawa di Tanjungpinang, Pulau Penyengat (menurut Tuhfat al-Nafis); keadaan menjadi tidak terkawal sehingga lima orang terkorban termasuk Raja Ronggik mencetuskan peperangan antara masyarakat Bugis setempat dengan pihak Belanda pada bulan berikutnya.[1]
- 1825 - Pegawai Tentera Darat Rusia Imperial memimpin kira-kira 3,000 askar membantah kenaikan takhta Nikolai I ke selepas kakandanya Konstantin dikeluarkan daripada turutan pewarisan.
- 1898 - , Pierre dan Marie Curie (gambar) mengumumkan penemuan unsur baharu yang kemudian dinamakan radium di Akademi Sains Perancis.
- 1908 - Jack Johnson menjadi Johan Tinju Heavyweight Dunia Amerika Afrika yang pertama selepas menewaskan Tommy Burns.
- 1975 - Pesawat komersil pertama melepasi Mach 2, Tupolev Tu-144 memulakan perkhidmatan.
- 1991 - Soviet Agung membubarkan dirinya dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet secara rasmi.
- 1996 - JonBenét Ramsey ditemui mati di tingkat bawah tanah rumahnya di Boulder, Colorado, satu kes pembunuhan yang mendapat liputan meluas media A.S.
- 2004 - Gempa bumi di Lautan Hindi berhampiran pantai barat pulau Sumatera menghasilkan tsunami (gambar) yang mengorbankan lebih 225,000 orang di 11 negara.
Kelahiran
sunting- 1896 - Sheikh Ahmad Mohd Hashim, seorang Menteri Besar Perlis ke-2
- 1924 - Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang Menteri Besar Perak ke-2
- 1949 - José Ramos-Horta, Presiden Timor Leste ke-2
- 1990 - Aaron Ramsey, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian
sunting- 1972 - Harry S. Truman, Presiden Amerika Syarikat ke-33
- 2017 - Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon bin Ahmad, seorang sasterawan negara dari Malaysia.
Rujukan
sunting- ^ Khoo, Benjamin J.Q. (Jul–Sep 2022). "A Royal Wedding Gone Wrong: The 1820 Uprising in Riau That Brought the Bugis to Singapore". BiblioAsia. Jil. 18 no. 2. National Library of Singapore. m/s. 4–9.