Exist merupakan album studio yang pertama oleh kumpulan Exist dan dikeluarkan pada 30 November 1991. Lagu Untukmu Ibu ciptaan Rahim Othman telah menaikkan nama Exist di industri muzik Malaysia dan album ini telah terjual melebihi 250,000 unit, satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk sebuah kumpulan rock baharu pada waktu itu. Kejayaan album Exist ini telah membolehkan Exist untuk menerima anugerah platinum berkembar daripada syarikat rakaman pada tahun berikutnya. Album ini juga merupakan satu-satunya album kumpulan Exist yang mempunyai 6 orang anggota.

Exist
Album studio oleh
Dilancarkan pada30 November 1991
Dirakamkan padaMei-Jun 1991
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop rock
Panjang41:53
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitRahim Othman
Kronologi Exist
Exist
(1991)
Anugerah
(1993)
Single daripada Exist
  1. "Untukmu Ibu"
  2. "Rahsia Pohon Cemara"
  3. "Langkah Seiringan"
  4. "Janji Bidadari"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selain Untukmu Ibu, lagu hit daripada album ini ialah Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan. Album ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Jojo's Production dan diedarkan oleh BMG Pacific (kemudiannya dikenali sebagai BMG Music). Memandangkan kebanyakan anggota Exist masih bersekolah lagi, proses rakaman album dibuat di Lion Studio, Singapura selama hampir 7 bulan, berbeza dengan kumpulan senior mereka, Mega yang merakamkan album mereka di King Studio, Petaling Jaya, Selangor.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Hidupan Fantasi  "LYAdie Mega4:34
2."Untukmu Ibu  "Megat Ismail IbrahimRahim Othman5:03
3."Sebelum Terlewat  "LYExist3:48
4."Meniti Cita-Cita  "Kapt. Othman AliLY3:49
5."Janji Bidadari  "LYLY4:48
6."Rahsia Pohon Cemara  "LYLY4:27
7."Kuman H.I.V  "Kapt. Othman AliExist4:19
8."Kerana Cinta  "ExistBob Lokman4:45
9."Gema Muzik  "Kapten Othman AliExist4:33
10."Langkah Seiringan    "Harun AhmadHarun Ahmad4:56
Jumlah masa: 45:02


Nota :
  - Solo oleh Along
  - Solo oleh Shah

Line-up sunting

  1. Mohd Ali bin Kamarudin (Mamat) - vokal
  2. Azhrul bin Nasir (Along) - gitar
  3. Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah) - gitar
  4. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - keyboard
  5. Musa bin Radhi (Musa) - bass
  6. Saharudin bin Saniman (Ujang) - dram

Anugerah & pencalonan sunting

Anugerah Juara Lagu ke-7 sunting

Tahun Judul Kategori Keputusan
1992 Untukmu Ibu Rock Tercalon

Trivia sunting

  • Album ini telah memperlihatkan kemahiran Along dan Shah dalam menghasilkan guitar work untuk lagu-lagu Exist. Kini, mereka tergolong dalam kelompok gitaris terbaik di Malaysia sebaris dengan gitaris lain seperti Kid Search, Joe Wings, Man Kidal, Shahrul Ekamatra, Joe Burnmarks, Allahyarham Samad Lefthanded dan Opie Bloodshed.
  • Along telah membuat solo penuh untuk 6 lagu dalam album tersebut iaitu Rahsia Pohon Cemara, Kuman H.I.V., Sebelum Terlewat, Janji Bidadari, Kerana Cinta dan Gema Muzik.
  • Shah pula telah membuat solo penuh untuk 3 lagu dalam album tersebut iaitu Untukmu Ibu, Meniti Cita-Cita dan Hidupan Fantasi (dengan bantuan Adie Mega).
  • Trek terakhir dalam album tersebut iaitu Langkah Seiringan merupakan satu-satunya lagu yang menggabungkan sentuhan gitar utama daripada kedua-dua gitaris Exist. Shah membuat petikan solo untuk intro dan 8 bar solo yang kedua, sementara Along pula membuat petikan solo untuk 8 bar solo yang pertama dan outro dalam lagu tersebut.

Pautan luar sunting