Buka menu utama

Hubungan Malaysia - Uruguay tidaklah begitu rapat kerana Malaysia terletak di benua Asia sementara Uruguay di benua Amerika Selatan dan dipisahkan oleh Lautan Pasifik. Penduduk Uruguay hanya 3.47 juta orang. Uruguay dikenali kerana pasukan bola sepaknya pernah menyertai Piala Dunia FIFA.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik sejak 1989 dan republik itu membuka pejabat kedutaannya di sini pada 1991. Ia kemudiannya ditutup untuk beberapa tahun sebelum dibuka semula 2006.[1]

Isi kandungan

Hubungan antara ketua negaraSunting

Perdagangan dua halaSunting

Tahun 2005, eksport Uruguay ke Malaysia berada di puncak iaitu RM120 juta.Import pula US$8 juta. Tahun 2006 eksport Malaysia ke Uruguay berjumlah RM53.1 juta dan import RM43 juta. Malaysia juga import kulit, ikan dan produk susu. Malaysia mengeksport barang-barang elektronik, peralatan telekomunikasi, mesin-mesin industri dan getah. Pelabur Malaysia mendirikan kilang sarung tangan getah di Montrevideo dengan 200 pekerja. Sebuah sekolah di Uruguay diberi nama 'Malaysia'.

Sumber daging bekuSunting

Uruguay sumber daging beku kedua Malaysia selepas India. Daging lembu halal bermutu tinggi diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh dipanjangkan ke pasaran Asia terutama Timur Tengah. Pengerusi Institut Daging Uruguay, Dr Luis Alfredo Fratti Silveira menjelaskan bahawa 80 % daging lembu Uruguay banyak dieksport ke Amerika dan Mexico. Pegawai eksekutif HDC, Datuk Jamil Bidin menyatakan Halal Development Corp (HDC) menawarkan kepakaran untuk memajukan konsep logistik halal di pelabuhan-pelabuhan Uruguay.[3]

Kerjasama pelabuhanSunting

Memorandum Persefahaman (MoU) dibuat antara Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Pentadbiran Pelabuhan Nasional Uruguay. Pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin O.C Phang dan Presiden Pentadbiran Pelabuhan Negara Uruguay (ANP) Fernando Puntigliano menandatangai MOU. Fernando Pontigliano menyatakan Malaysia boleh menggunakan Uruguay sebagai pintu masuk ke pasaran Mercosur yang terdiri daripada Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay. Pengerusi LPK ialah Datuk Chor Chee Heung. LPK mengendalikan 1,670 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) kontena dalam perdagangan dengan Uruguay.[4]

Penduduk negara-negara Mercosur lebih 250 juta dengan pengeluaran bernilai AS$1.1 trilion, menguasai lebih 75 % daripada keluaran dalam negara kasar Amerika Selatan.

Sukan berkudaSunting

Pada 27 April 2009, Sultan Mizan menyertai Kejohanan Menunggang Kuda Lasak Pan-Amerika yang berlangsung di Costa Azul, 50 kilometer dari Montevideo. Pasukan Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara bukan pan-Amerika dalam perlumbaan merentas desa sejauh 120 kilometer itu.

Sultan Mizam menunggang kuda "Tormento", menduduki tempat ke-21, Peserta Malaysia yang lain ialah Datuk Abdullah Taib, menduduki tempat ke-24.Di kalangan peserta bukan Pan Amerika, Sultan Mizan menduduki tempat kedua di belakang Dominique Freeman dari England. Abdullah Taib cedera di bahu akibat terjatuh daripada kuda 'Horus' mendapat tempat ketiga.[perlu rujukan]

RujukanSunting