K

huruf kesebelas abjad Rumi

K adalah huruf ke-11 dalam abjad Rumi. Namanya disebut kei.

K
K
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Sejarah

sunting
Hieroglif Mesir D K Proto-Semitik K Phoenicia K Etruscan Kappa Greek
d
       

Huruf K berasal dari huruf Κ (kappa) Yunani, yang diambil dari huruf kap Semitik, yang berbentuk lambang tangan terbuka.[1] Huruf kap itu mungkin dipinjam oleh kaum Semitik yang tinggal di Mesir dari hieroglif bagi "tangan" yang membawa bunyi D dalam perkataan Mesir bagi tangan, iaitu d-r-t. Orang Semitik menetapkan bunyi /k/ bagi huruf ini kerana perkataan mereka bagi tangan bermula dengan bunyi ini.[2]

Nilai Semitik /k/ dikekalkan dalam kebanyakan bahasa klasik mahupun moden, namun bahasa Latin melupuskan huruf K sama sekali untuk huruf C. Apabila perkataan Greek dipinjam ke dalam bahasa Latin, huruf Kappa ditukar menjadi C, kecuali sebilangan kecil istilah seperti kalendae (awal bulan) dan nama Kaeso.[1] Sesetengah perkataan dari abjad lain turut ditranskripsi menjadi C. Oleh itu, bahasa-bahasa Romawi hanya memakai huruf K dalam kata-kata yang dipinjam dari famili bahasa lain. Bahasa-bahasa Celt turut mengetepikan huruf K untuk huruf C, lalu mempengaruhi bahasa Inggeris lama. Kini, bahasa Inggeris merupakan satu-satunya bahasa Jermanik yang giat menggunakan huruf C keras di samping huruf K (walaupun bahasa Belanda turut memakai huruf C dalam kata pinjaman bahasa Latin serta mengikut hukum pembezaan "lembut keras" dalam kata-kata sedemikian seperti bahasa Perancis dan Inggeris, tetapi tidak bagi perkataan Belanda yang jati).

Sesetengah ahli bahasa Inggeris gemar menterbalikkan proses transliterasi Latin bagi kata nama khas Greek, misalnya mengeja Hecate menjadi "Hekate". Penulisan bahasa-bahasa yang tiada sistem tulisan sendiri dengan huruf Rumi selalunya memilih K untuk bunyi ini, seperti Kwakiutl.

Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, [k] merupakan lambang plosif velar tak bersuara.

Sesetengah abjad lain turut menampakkan aksara berbucu tajam yang menandakan bunyi /k/ atau suku kata yang bermula dengan bunyi /k/, contohnya: ك Arab, כ Ibrani, dan ㄱ Korea. Kaitan fonetik-visual sebegini pernah dikaji oleh Wolfgang Köhler. Bagaimanapun, banyak juga contoh-contoh huruf berbunyi /k/, seperti ค dalam tulisan Thai dan Ք dalam abjad Armenia.

Kod-kod pengkomputeran

sunting
Titik kod Huruf besar
K
Huruf kecil
k
Unikod U+004B U+006B
ASCII Perpuluhan 75 107
Perduaan 01001011 01101011
EBCDIC 210 146

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "K". The Oxford English Dictionary, 2nd ed., 1989, online [1]
  2. ^ Cyrus H. Gordon: The Accidental Invention of the Phonemic Alphabet
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.