Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat N (nyahkekaburan).

N ialah huruf Rumi yang ke-14. Namanya disebut en (IPA: [en]).

N
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

SejarahSunting

Salah satu hieroglif berupa ular di Mesir Purba digunakan untuk membawa bunyi huruf J seperti dalam perkataan "jari", kerana perkataan Mesir bagi "ular" berbunyi djet. Dipercayai bahawa bangsa Semitik di Mesir menyesuaikan hieroglif untuk mereka abjad terulung, dan oleh itu menggunakan lambang ular bagi bunyi N, kerana perkataan mereka bagi "ular" mungkin sekali bermula dengan konsonan berkenaan. Namun, nama huruf ini alam abjad Phoenicia, Ibrani, Aramia dan Arab berbunyi nun, iaitu "ikan" dalam sesetengah bahasa tersebut. Huruf ini berbunyi /n/ - seperti dalam abjad-abjad Yunani, Etruscan, Latin dan kesemua bahasa moden.

Hieroglif Mesir bagi 'J' N Proto-Semitik N Phoenicia N Etruscan Nu Yunani
 
       

KegunaanSunting

N berfungsi sebagai konsonan sengau gigi atau alveolar dalam hampir kesemua bahasa yang memakai huruf Rumi. Salah satu dwihuruf yang menyertakan huruf <n> ialah <ng>, yang menghasilkan konsonan sengau velar, seperti dalam perkataan "sengau".

Dalam huruf IPA, huruf kecil [n] melambangkan konsonan sengau alveolar. Huruf besar [ɴ] yang dikecilkan pula melambangkan bunyi konsonan sengau uvular.


Kod-kod pengkomputeranSunting

Titik kod Huruf besar
N
Huruf kecil
n
Unikod U+004E U+006E
ASCII Perpuluhan 78 110
Perduaan 01001110 01101110
EBCDIC 213 149

Lihat jugaSunting

RujukanSunting