Z

huruf kedua puluh enam abjad Rumi

Z ialah huruf Rumi moden yang ke-26 dan terakhir, disebut zed (IPA: [zɛd]). Di Amerika, nama Z disebut zi /ziː/.

Z
Z
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Sejarah sunting

Z Proto-Semitik Z Phoenicia Z Etruskan Zeta Yunani
       

Nama huruf Semitik asalnya ialah zayin, yang mungkin membawa maksud "senjata", serta merupakan huruf ketujuh dalam abjad berkenaan.

Bentuk Z Yunani amat menyerupai huruf Phoenicia I, dan begitulah bentuk hurufnya sepanjang zaman kuno. Orang Yunani memanggilnya Zeta, berasaskan nama-nama huruf Eta (η) dan Theta (θ).

Dalam abjad Etruskan, huruf Z munngkin menandakan bunyi /ts/; dalam bahasa Latin pula, /dz/. Dalam bahasa Latin awal, bunyi /z/ berubah menjadi /r/ maka lapuknya huruf Z. Maka pada tahun 300 SM huruf Z digugurkan oleh Censor Appius Claudius Caecus, lalu diganti huruf baru G di tempatnya.

Pada abad pertama SM, huruf Z diterapkan kembali ke dalam abjad Rumi agar menandakan bunyi zeta Yunani dengan lebih tepat berbanding transkripsi S di awal kata dan ss di tengah kata-kata berkenaan sebelum ini, cth. sona = ζωνη, "tali pinggang"; trapessita = τραπεζιτης, "jurubank". Huruf ini hanya kelihatan dalam kata-kata pinjaman Yunani, dan Z bersama Y merupakan dua huruf yang dipinjam oleh bangsa Rom terus dari Yunani.

Dalam Bahasa Latin Kasar, huruf Zeta Yunani nampaknya menandakan bunyi (IPA: [dj]), dan kemudian (IPA: [dz]); d dipakai untuk bunyi /z/ dalam kata-kata seperti baptidiare sebagai ganti baptizare ("baptis"); sebaliknya Z dijadikan tanda bunyi /d/ dalam bentuk-bentuk seperti zaconus bagi diaconus ("paderi"); dan zabulus untuk diabulus ("iblis"). Z juga sering ditulis sebagai gantian konsonan I (iaitu, J, /j/) seperti zunior untuk junior "lebih muda".

Bentuk-bentuk Z sunting

Bentuk lainan glif Z yang berasal dari ruoa huruf/mukataip Goth dan huruf patah moden awal ialah "z berekor". Bentuk huruf z berekor ini bergabung dengan bentuk huruf s panjang, menjadi huruf kembar ß dalam ejaan bahasa Jerman.

Satu bentuk z berekor iaitu Ezh, diterima guna dalam IPA sebagai tanda konsonan frikatif belakang gusi bersuara (IPA: [Ʒ]).

Penggunaan sunting

Dalam bahasa Melayu, huruf "z" berbunyi konsonan frikatif alveolar bersuara yang terdapat dalam kata-kata pinjaman bahasa Arab, Parsi dan Eropah; misalnya: "ziarah", "zapin" dan "zoo", begitu juga dengan bahasa Inggeris seperti dalam perkataan "zip", "realize" dan sebagainya. Adakalanya dalam bahasa Inggeris, "z" membawa bunyi frikatif belakang gusi bersuara (IPA: [Ʒ]) seperti dalam perkataan "azure".

Dalam bahasa Itali, huruf Z menandakan dua fonem iaitu /ts/ dan /dz/; dalam bahasa Jerman, huruf Z membawa /ts/; dalam bahasa Sepanyol Castellano pula /θ/ (iaitu th dalam thing Inggeris), tetapi dalam loghat-loghat lain (Amerika Latin, Andalusia) bunyinya /s/.

Dalam sistem pinyin bahasa Mandarin "z" disebut [ts]. Dalam perumian bahasa Jepun pula, huruf z menandakan bunyi [z] dan [dz].

Sistem IPA memakai simbol [z] untuk konsonan frikatif alveolar bersuara. Dalam bahasa Inggeris, sesetengah kegunaan huruf S disebut /z/, seperti dalam perkataan "closed", ""

Kod-kod pengkomputeran sunting

Titik kod Huruf besar
Z
Huruf kecil
z
Unikod U+005A U+007A
ASCII Perpuluhan 90 122
Perduaan 01011010 01111010
EBCDIC 233 169

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz