Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat H (nyahkekaburan).

H merupakan huruf ke-8 dalam abjad Latin. Namanya ialah eic.

H
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

SejarahSunting

Hieroglif Mesir
pagar
Proto-Semitik
ħ
Phoenicia
ħ
Etruscan
H
Yunani
(H)eta
 
       

Huruf Semitik ח (ḥêṯ) mungkin mewakili frikatif farinks tak bersuara (IPA: [ħ]). Bentuk huruf ini mungkin membawa erti pagar. Abjad Yunani H awal berbunyi /h/, tetapi lama-kelamaan menjadi huruf vokal eta (Η, η) yang berbunyi /ɛː/. (Dalam bahasa Greek moden, fonem ini bergabung dengan /i/.)

Bahasa Etruscan dan bahasa Latin pernah ada fonem /h/, namum semua bahasa-bahasa Romawi kehilangan bunyi itu — bahasa Romania meminjam balik fonem /h/ dari bahasa-bahasa Slavik, bahasa Sepanyol mengembangkan bunyi /h/ sekunder dari F tetapi kehilangannya lagi, sementara /x/ bahasa Sepanyol menampakkan alofon [h] di sesetengah negara berbahasa berkenaan. Dalam bahasa Jerman, huruf h selalunya digunakan sebagai pemanjang vokal di samping membawa bunyi /h/, mungkin kerana bunyi /h/ adakalanya hilang antara bunyi vokal dalam bahasa tersebut, tetapi juga ada kena-mengena dengan kehilangan /h/ oleh bahasa-bahasa Romawi. Maka, huruf H sering dilihat dalam sesetengah ejaan bahasa dalam dwihuruf dan trihuruf, seperti ch yang berbunyi /tʃ/ (bahasa Inggeris dan Sepanyol), /ʃ/ (bahasa Perancis), /k/ (bahasa Itali), atau /χ/ (bahasa Jerman).

PenggunaanSunting

Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol ini digunakan untuk mewakili dua bunyi. Huruf kecilnya, [h], mewakili frikatif glotis tak bersuara atau 'berhembus', dan huruf besar yang dikecilkan, [ʜ], represents the frikatif epiglotis tak bersuara.

Kod-kod pengkomputeranSunting

Titik kod Huruf besar
H
Huruf kecil
h
Unikod U+0048 U+0068
ASCII Perpuluhan 72 104
Perduaan 01001000 01101000
EBCDIC 200 136

Lihat jugaSunting

RujukanSunting