Aminuddin Harun

ahli politik Malaysia

Dato' Seri Utama Aminuddin Harun ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9 bermula 14 Ogos 2023, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat.[1] Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama

Aminuddin Harun

SUNS, SSNS (Negeri Sembilan)
Menteri Besar Negeri Sembilan
Memegang jawatan
14 Ogos 2023
RajaTuanku Muhriz
Didahului olehdirinya sendiri
Kawasan pilihan rayaSikamat
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 13 Ogos 2023
RajaTuanku Muhriz
Didahului oleh Mohamad Hasan
Digantikan olehdirinya sendiri
Kawasan pilihan rayaSikamat
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2023
Portfolio
  • Kewangan, Tanah dan Sumber Alam
  • Agama Islam
  • Keselamatan
  • Pelaburan, Utiliti, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Dalam jawatan
2018–2023
Portfolio
  • Kewangan, Tanah dan Sumber Alam
  • Agama Islam
  • Pelancongan
  • Keselamatan
  • Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Kawasan pilihan rayaSikamat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P132 Port Dickson, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Anwar Ibrahim
Kawasan pilihan rayaSikamat
Majoriti23,937 (2022)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Sikamat
Memegang jawatan
2008
Didahului oleh Md Yusop Harmain Shah
Majoriti
  • 899 (2008)
  • 510 (2013)
  • 3,413 (2018)
  • 2,662 (2023)
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat
Naib Presiden
Memegang jawatan
2022
Berkhidmat dengan Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Lih Kang
Presiden Anwar Ibrahim
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2014
Didahului olehKamarul Bahrin Abbas
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka
Memegang jawatan
2022
Didahului olehHalim Bachik
Ketua Cabang Port Dickson
Memegang jawatan
2022
Didahului olehRavi Munusamy
Ketua Cabang Tampin
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului olehZulkapli Kassim
Digantikan olehAbdul Shukor Ab Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1967-01-02) 2 Januari 1967 (umur 57)
Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan
Parti politik (-1999)
(1999-kini)
PasanganDatin Seri Utama Wan Hasni Wan Yusof
Anak-anak3 lelaki, 2 perempuan
KediamanKediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban
Alma materUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.[2]

Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.[2]

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.[2]

Anugerah sunting

  •     Negeri Sembilan
    •   Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S) - Dato' Seri Utama (2024) [3]
    •   Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (S.S.N.S.) - Dato' Seri (2019) [4]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sembilan: N13 Sikamat; P128 Seremban [5][6][7][8][9][10][11][12]
Tahun Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Aminuddin Harun (PKR) 6,036 51.02% Md Yusop Harmain Shah (UMNO) 5,537 46.80% 11,830 499 76.37%
2013 Aminuddin Harun (PKR) 8,584 50.63% Wan Salwati Abdullah (UMNO) 8,074 47.62% 16,954 510 86.30%
2018 Aminuddin Harun (PKR) 9,832 47.30% Syamsul Amri Ismail (UMNO) 6,419 30.90% 17,858 3,413 85.90%
Rahim Yusof (PAS) 1,331 6.40%
Bujang Abu (BEBAS) 15 0.10%

Rujukan sunting

  1. ^ "Pakatan Harapan announces state chiefs".
  2. ^ a b c Bernama (12 Mei 2018). "Aminuddin angkat sumpah MB NS kelapan". Malaysiakini. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  3. ^ ISA, BADRUL HAFIZAN MAT (2024-01-13). "Aminuddin ketuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat N. Sembilan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-14.
  4. ^ ZULKIFLI, SYAMILAH (2019-01-14). "MB NS dapat gelaran Datuk Seri". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-14.
  5. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 10 Januari 2010. Termasuk keputusan pilihan raya 2004. Keputusan dari pilihan raya awam tidak didapati.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2010. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Results only available from the 2004 election.
  8. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.Results only available for the 2013 election.
  9. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  10. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  11. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.