Mohd Redzuan Md Yusof

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof (lahir 14 April 1958) atau lebih dikenali sebagai Pak Wan kini merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan[2] yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Muhammad V pada 2 Julai 2018 di Istana Negara.

Yang Berbahagia Datuk Seri

Mohd Redzuan Md Yusof

DGSM (Melaka)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Alor Gajah, Melaka
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Koh Nai Kwong
Digantikan olehAdly Zahari
Pengerusi
Boustead Holdings Berhad
Memegang jawatan
3 Januari 2022
Didahului olehMohamed Khaled Nordin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tugas-Tugas Khas
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
TimbalanYang Berhormat Datin Mastura binti Mohd Yazid
Didahului olehYang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein
Digantikan olehAbdul Latiff Ahmad
Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Mohd Hatta Ramli
Didahului oleh Noh Omar
Digantikan olehWan Junaidi Tuanku Jaafar
Kawasan pilihan rayaAlor Gajah
Butiran peribadi
Lahir (1958-04-14) 14 April 1958 (umur 66)
Masjid Tanah, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik BERSATU
Sekutu gabungan
politik lain
PH (2018-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Seri Hamidah Osman
Anak-anak4
Alma materUniversiti Leeds, United Kingdom
PekerjaanAhli politik
GajiRM65,407.20 sebulan[1]
Nilai bersihRM10 ke 15 juta[1]
Kabinet
AnugerahSenarai

Pendidikan sunting

Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom.

Kerjaya sunting

1982-1990 - Jurutera tapak Esso Malaysia Berhad
1990-1993 - Jurutera Petronas Carigali Sdn Bhd
2014-kini - Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd
2022-kini - Pengerusi Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad

Politik sunting

 
Menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat, Kamala Lakhdir di Kementerian Pembangunan Usahawan

Pakatan Harapan sunting

Redzuan memulakan langkah dalam politik apabila memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 atas tiket Parti Keadilan Nasional bagi mewakili Pakatan Harapan dan beliau merupakan pemimpin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[3]

Kemudian, beliau telah dilantik dalam Kabinet Malaysia 2018 sebagai Menteri Pembangunan Usahawan selaku Ahli Parlimen Alor Gajah.

Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari tahun 2016 hingga tahun 2020 lalu. Beliau juga merupakan bekas Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sebelum ditewaskan oleh Mas Ermieyati Samsudin.[4]

Perikatan Nasional sunting

Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet Muhyiddin Yassin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) sehingga Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu disebabkan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat Malaysia.[5]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[6][7][8]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P135 Alor Gajah, Melaka. Mohd Redzuan (BERSATU) 29,330 50.73% Wong Nai Chee (MCA) 22,350 38.66% 59,000 6,980 83.85%
Mohd Nazree Mohd Aris (PAS) 6,135 10.61%

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ Tuah Mohd Redzuan, kali pertama jadi wakil rakyat terus jadi menteri
  3. ^ Calon PRU
  4. ^ Bekas ketua puteri Umno tewaskan Redzuan
  5. ^ Tan Sri Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2018. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". SPR. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.

Pautan luar sunting