Pengguna:Fandi89/Kotak pasir

Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia. Dilahirkan di Merlimau, Melaka, bakatnya dalam bidang muzik dikesan oleh penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia[1] di Asia Tenggara.[2][3][4] Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Antara filem-filem lakonannya ialah Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010). Beliau juga telah membintangi drama TV termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022). Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records; menerima undangan membuat persembahan di stesen penyiaran Jepun, NHK dan meraih Anugerah Melodi Emas di Festival Muzik Jepun.

Sepanjang kerjayanya, Ziana telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu. Adiknya, Anuar Zain turut berkecimpung dalam bidang muzik. Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]

Kehidupan awal sunting

Beliau dlahirkan pada 2 Mei 1968 di Merlimau, Melaka kepada pesara polis Zain Abdullah dan Robiah Abdul, dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Beliau mesra dengan panggilan, "Rozi", tetapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya "Ogee", "Adik" ataupun "Siti". Ziana di besarkan di Shah Alam, Selangor menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah Alam Selangor[5] Ziana seorang yang berperwatakan lasak. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau lebih gemar bermain dengan budak lelaki dan pernah digelar tomboy.

Selepas tamat alam persekolahan, Ziana telah berjinak-jinak dengan alam pekerjaan pula. Pada permulaannya Ziana telah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah. Selepas beberapa bulan, Ziana berhenti dan bekerja seorang operator di kilang JVC Shah Alam. Selepas tujuh bulan bekerja dalam bidang pembuatan, Ziana menerima tawaran menjasi sebagai seorang pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[5] Selepas tamat latihan, Ziana diterima bekerja secara tetap dengan Penerbangan Malaysia selama lebih kurang 3 tahun. Pada awalnya Ziana sering mengikuti bapanya, Zain Abdullah untuk menyanyi bersama-sama kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bermula situ, Penerbit album terkenal, Rahim Othman mengesan bakat Ziana dan percaya bahawa beliau mampu pergi jauh dalam dunia seni. Ini dikuatkan lagi apabila Ziana memenangi Bintang Selangor pada tahun 1984, dan selepas pertandingan itu, beliau dilamar sebagai penyanyi rakaman.[6]

Catatan sunting

  1. ^ Selain Ziana, artis lain yang menerima bayaran tertinggi ialah Sharifah Aini, Anita Sarawak, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Ella, Erra Fazira, Ning Baizura dan Siti Nurhaliza.

Rujukan sunting

  1. ^ Myartis. "Nostalgia Ziana Zain", MyArtis, Kuala Lumpur, 23 Oktober 2011. Retrieved on 17 Februari 2013.
  2. ^ "Ziana tak hilang trademark". Harian Metro. 5 April 2008. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  3. ^ "Return of the Voice". The Malay Mail. 12 Mac 2007. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  4. ^ "Amazed by Anis". The Malay Mail. 20 Ogos 2005. Dicapai pada 10 Disember 2010.
  5. ^ a b Azzhar. "Truly Diva - D'only Ziana Zain". Dicapai pada 2009-06-08.
  6. ^ lady, awin (1 November 2005). "Ziana Zain's Award". Ziana tripod. Dicapai pada 2009-06-08.