Tomato
Tomato (Jawi: توماتو ), rangam (disebut [ra.ngam], Jawi: راڠم),[2] ranti merah atau terung masam (Kel., Pat.[3]; nama saintifik: Solanum lycopersicum[1][4]) adalah tumbuhan spesies keluarga Solanaceae[5] ditanam untuk mendapatkan buahnya yang ranum dan dimasak sebagai sayur. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di benua-benua Amerika Tengah, Selatan[4][6] dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato Rangam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
Divisi: | Magnoliophyta
|
(tanpa pangkat): | |
Kelas: | Magnoliopsida
|
Order: | Solanales
|
Genus: | Solanum
|
Spesies: | lycopersicum
|
Sinonim[1] | |
Lycopersicon lycopersicum (L.) H. Karst. |
Peristilahan
suntingPerkataan tomato berasal dari istilah bahasa Nahuatl tomatl terbitan kata tomahuac yang memberi maksud "benda kembung";[7] turunan serapan bahasa ini di Mexico kini lebih merujuk kepada spesies serumpun ia iaitu tomatillo yang kecil dan kehijauan dibezakan dari xitomatl ("benda kembung berpusat") yang berwarna merah.[4]
Nama ranti merah datang dari perkaitan dengan penampilan buahnya yang menyerupai buah pokok ranti yang kebetulan berada dalam keluarga botani yang sama.
Nama saintifiknya, lycopersicum, bermakna "persik serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang serta beberapa spesies beracun lain.
Botani
suntingTomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Batangnya padat dengan daun pokok tomato berbentuk pinat tersusun berpilin[5] dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil,[8] setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu.[5]
Bunga tomato menjambak pada batang tomato bersaiz 1–2 cm diameter berwarna kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali.
Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan, ia secara botaninya dikelaskan sebagai beri.[9] Buah tomato boleh tumbuh baik sebiji setangkai mahupun beberapa dalam segugus mengikut baka;[5] saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular - warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu sebatian karotenoid semula jadi yang memberikan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Sejarah
suntingPenanaman di benua Amerika
suntingSemua baka tomato datangnya dari penamaman selektif leluhur asal pokok ini yang diberi nama saintifik moden Solanum pimpinellifolium berasal dari Amerika Selatan.[10] Penanaman ini mula dikembangkan setelah dibawa dari situ ke selatan Mexico selepas 500 SM.[10][11]:13 Masyarakat Aztek terutamanya menghasilkan pelbagai jenis baka dari yang berwarna merah (xictomatl) hingga ke kuning dan hijau (tomatl)[12] sepertimana yang disaksikan Bernardino de Sahagún dalam perjalanan rombongannya dari Sepanyol meneroka Dunia Baru; paderi tersebut ada mencatat dalam bukunya buah ini banyak dimanfaatkan dalam masakan berkuah masyarakat ini.[13]
Ia merupakan antara tumbuhan utama yang dibawa dalam pertukaran Columbus.
Perkenalan ke Eropah
suntingPenulisan pertama mengenai tumbuhan ini di Eropah mula ditulis seorang ahli botani dari Itali, Pietro Andrea Mattioli dalam makalah bertajuk Di Pedacio Dioscoride Anazarbeo Libri cinque Della historia pada 1544.[11]:13
Negara-negara utara benua Eropah amat sangsi dengan tahap keselamatan pokok ini pada awalnya kerana ia mirip tumbuhan yang sekeluarga dengan belladonna yang digunakan sebagai bahan membuat racun berbahaya;[14] hal ini lagi diburukkan dengan masalah keracunan memakannya kerana tindak balas pinggan mangkuk piuter digunakan golongan bangsawan dengan jus berasid buah tersebut yang melarutresap timah hitam meracuni badan pemakan.[14] Oleh itu, ia pada mulanya lebih ditanam sebagai tanaman hiasan semata-mata.
Ia mula diterapkan dalam masakan sesetengah kawasan Itali pada abad-abad ke-17 dan 18.[15]
Khasiat
suntingSelain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. [perlu rujukan] Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar[perlu rujukan] daripada badan ketika berdiet.
Galeri
sunting-
Pokok tomato
-
Pokok tomato
-
Lambakan buah tomato
-
Bunga tomato
-
Buah tomato ceri dalam dua warna
-
Pelbagai jenis tomato
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Phylogeny".
Molecular phylogenetic analyses have established that the formerly segregate genera Lycopersicon, Cyphomandra, Normania, and Triguera are nested within Solanum, and all species of these four genera have been transferred to Solanum
- ^ "rangam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ Muhammad Abdul Kadir (1995). "มะเขือเทศ". Kamus Thai-Melayu & Melayu-Thai. อักษราพิพัฒน์. m/s. 183.
- ^ a b c "Garden Tomato. Solanum lycopersicum L." Encyclopedia of Life. Dicapai pada 1 Januari 2014.
- ^ a b c d Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 126–127. ISBN 967-61-1390-5.
- ^ "Tomato". Encyclopaedia Britannica. 4 January 2018. Dicapai pada 15 January 2018.
- ^ "tomahuac". Nahuatl Dictionary. Wired Humanities Projects. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2014.
- ^ Acquaah, G. (2002). Horticulture: Principles and Practices. New Jersey: Prentice Hall. ISBN 978-0-13-033125-0.
- ^ Mark Abadi (26 Mei 2018). "A tomato is actually a fruit — but it's a vegetable at the same time". Business Insider. Dicapai pada 21 November 2019.
- ^ a b Estabrook, Barry (22 July 2015). "Why Is This Wild, Pea-Sized Tomato So Important?". Smithsonian Journeys Quarterly. Dicapai pada 13 January 2020.
- ^ a b Smith, A. F. (1994). The Tomato in America: Early History, Culture, and Cookery. Columbia SC, US: University of South Carolina Press. ISBN 978-1-57003-000-0.
- ^ Townsend, Richard F. (2000). The Aztecs (ed. kemaskini). London: Thames and Hudson. m/s. 180-181.
- ^ Sophie D. Coe (2015). America's First Cuisines (page 117). University of Texas Press: Austin TX. m/s. 108–118. ISBN 978-1477309711.
- ^ a b Smith, K. Annabelle (18 Jun 2013). "Why the Tomato Was Feared in Europe for More Than 200 Years". Smithsonian Magazine.
- ^ Staller, John; Carrasco, Michael (2009). Pre-Columbian Foodways: Interdisciplinary Approaches to Food, Culture, and Markets in Ancient Mesoamerica. Springer Science & Business Media. m/s. 44. ISBN 9781441904713. Dicapai pada 3 May 2021.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tomato. |
- Profil tumbuhan di Agrolink