R. Ganesan merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, Perak, Malaysia dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak kini. Beliau merupakan ahli politik MIC.


R. Ganesan
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak
Dalam jawatan
7 Mei 2009 – 5 Mei 2013
Didahului olehV. Sivakumar
Digantikan olehDevamany S. Krishnasamy
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Sungkai
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehKalemuthu Veerasingam A/L Suppiah
Digantikan olehSivanesan A/L Achalingam
Butiran peribadi
Parti politikBN-100px.jpg Barisan Nasional-MIC
PekerjaanADUN

Speaker DUN PerakSunting

Speaker DUN Perak V. Sivakumar dalam blognya menyatakan nama Ganesan dihantar oleh Barisan Nasional kepada Pejabat Setiausaha DUN Perak pada 30 April 2009. Pada masa yang sama usul melucutkan jawatan V. Sivakumar pada 7 Mei 2009 dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke-12 telah turut dikemukakan.[1]

Pada 7 Mei, R. Ganesan dilantik sebagai Speaker baru oleh 28 ADUN Barisan Nasional dan 3 ADUN bebas. Seterusnya, V. Sivakumar dikeluarkan secara paksa dari dewan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa selepas diarahkan Ganesan.[2]

Pilihan raya 1999-2008Sunting

R Ganesan bertanding di kawasan DUNH N51 - Sungkai, Perak. Seramai 13106 (60.7%) keuar mengundi,470 undi rosak dan jumlah penngundi ialah 21607. Ganesan a/l Retanam dari BN - MIC telah menang , mendapat 7545 undi dengan majoriti 2454. Saingan beliau Bathamanathan a/l Rajoo dari BA - DAP hanya mendapat 5091 undi.

Beliau menjadi ADUN Sungkai selama dua penggal iaitu 1999 dan 2004. Pada Pilihan raya 2004, sekali lagi beliau bertanding di DUN Sungkai. R. Ganesan (BN/MIC) menang seteah mendapat 6,334 undi. Sementara saingannya A. Sivanesan (DAP) mendapat 4,389 undi.

RujukanSunting

  1. ^ "Datuk R. Ganesan Calon Speaker Baru DUN Perak". BERNAMA. 1 Mei 2009. Dicapai pada 1 Mei 2009.
  2. ^ "Showdown over Speaker's seat in Perak" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 8 Mei 2009. Dicapai pada 27 Mei 2009.