Koma-koma

(Dilencongkan daripada Safron)

Koma-koma,[1] kuma-kuma (Jawi: كوما٢), kumkum (Jawi: كومكوم) atau zafaran (Jawi: زعفران) merupakan sejenis rempah diperolehi daripada stigma kuning keemasan dalam bunga ungu sejenis tumbuhan spesies Crocus sativus. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Yunani, Turki, Iran dan Kashmir. a memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Oleh itu, di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum, ia turut digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Koma-koma
A single shell-shaped violet flower is in sharp centre focus amdist a blurred daytime and overcast garden backdrop of soil, leaves, and leaf litter. Four narrow spine-like green leaves flank the stem of the blossom before curving outward. From the base of the flower emerge two crooked and brilliant crimson rod-like projections pointing down sideways. They are very thin and half the length of the blossom.
C. sativus kembang mekar dengan stigma kemerah-merahan.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Subdivisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
C. sativus
Nama binomial
Crocus sativus
Stigma halus bunga koma-koma yang dipetik dan dikeringkan.

Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit perkilo. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love' dalam bahasa Inggeris.

Etimologi

sunting

Istilah "koma-koma" berasal daripada bahasa Sanskrit kuṅkumam कुङ्कुमम्.[2] Sesetengah buku masakan menyebutnya sebagai "bunga kumkum" yang dipinjaman terus daripada Bahasa Benggali kumkum কুমকুম.

Nama lainnya "zafaran" pinjaman Arab: زَعْفَرَان, rumi: za`farān[3] yang berasal dari kata أَصْفَرaṣfar bererti "kuning".

Kegunaan

sunting

Dalam masakan

sunting

Koma-koma sering dijadikan ramuan penting dalam masakan lagi-lagi dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Nusantara. Ia digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna kekuningan pada masakan seperti nasi beriani. Di Maghribi, ia digunakan untuk memperisakan sejenis masakan khusus dipanggil tajin.

Ia turut ditambahkan sebagai bahan perisa kepada teh, kopi, dan makanan pencuci mulut. Dalam industri tenusu, koma-koma memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan dalam pembuatan aiskrim, jem dan ekstrak koma-koma.

Dalam bentuk lain

sunting

Sebagai tanaman terapi, koma-koma kaya dengan karbohidrat, garam-garam galian, 'mucilage' (lendir) serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), di samping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat secara farmaseutikal. Struktur asas saintifik koma-koma, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

Khasiat

sunting

Antara keistimewaannya, koma-koma boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat anemia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.[perlu rujukan]

Koma-koma adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan koma-koma selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.

Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan koma-koma sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan koma-koma sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Rujukan

sunting
  1. ^ "koma-koma" (Kamus DBP)
  2. ^ Kumkuma (Wikipedia Bahasa Inggeris)
  3. ^ Ghaleb, Edouar (1988). الموسوعة في علوم الطبيعة (dalam bahasa Arab, Latin, dan Perancis). 2. Beirut: Darul Masyriq. m/s. 711. ISBN 2-7214-2148-4. OCLC 44585590.