Shakshouka
Shakshouka (Arab: شكشوكة , juga dieja shakshuka, chakchouka) ialah hidangan telur carak dalam sos tomato, lada cili, dan bawang, biasanya dibumbui dengan jintan putih, paprika dan lada cayenne. Walaupun hidangan itu telah wujud di rantau Mediterranean dan Timur Tengah, bentuk telur dan sayuran yang lebih baru berasal dari Libya.[1][2][3] Ia popular di Timur Tengah dan Afrika Utara. Versi hidangan tanpa telur, yang dikenali sebagai galayet bandora, sangat popular di Jordan, Palestin dan di sekitar Laut Mati.
Etimologi
suntingPerkataan "Shakshouka" (Arab: شَكْشُوكَةٌ ) bermaksud "campuran" dalam slanga Arab[4][5][6][7] khususnya Bahasa Arab Tunisia.[8] Perkataan itu berasal dari kata kerja Arab شَكَّ translit. shakka, yang bermaksud "melekat bersama, rumpun bersama-sama, melekat atau berpadu".[9]
Sejarah
suntingStew berasaskan tomato adalah biasa di seluruh Empayar Uthmaniyyah di Mesir, Syria, Balkan dan Maghreb. Stew ini dipanggil shakshouka di Maghreb. Hidangan Uthmaniyah şakşukapada asalnya adalah hidangan sayuran yang dimasak dengan daging cincang atau hati (ciġer). Tomato dan lada diperkenalkan kepada hidangan dan variasi tanpa daging kemudian berkembang. Komuniti Yahudi di Maghreb Uthmaniyah menjadikannya dengan variasi vegetarian pareve dan Yahudi Tunisia dikenali kerana mencipta shakshouka telur versi pedas.[10]
Asal-usul sebenar hidangan itu dipertikaikan. Menurut The Jewish Chronicle, sesetengah ahli sejarah makanan percaya hidangan itu tersebar ke Sepanyol dan Timur Tengah yang lebih besar dari Turki Uthmaniyah, sementara yang lain menganggapnya berasal dari Maghribi. Teori ketiga adalah bahawa ia berasal dari Yaman, di mana ia dihidangkan dengan sahawiq, pes hijau yang pedas.[11]
Walaupun hidangan itu bukan berasal dari Levant, ia dibawa ke Israel oleh orang Yahudi Tunisia sebagai sebahagian daripada penghijrahan Yahudi massa dari tanah Arab dan Muslim, di mana ia telah menjadi ruji disebabkan oleh masyarakat Tunisia, Algeria dan Maghribi yang besar. Di Israel, shakshouka dibuat dengan telur yang biasa dicarak tetapi juga boleh diorak arik seperti menemen Turki.[12][13]
Shakshouka adalah makanan utama Arab (Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mesir, Saudi, Levantine) secara tradisinya disajikan dalam kuali besi atau tajine seperti di Maghribi.
Variasi
suntingSesetengah variasi boleh dibuat dengan kambing kisar, rempah, yogurt dan herba segar.[14] Lain-lain boleh termasuk keju masin seperti feta.[15][16] Rempah-rempah boleh termasuk ketumbar, jintan, paprika, jintan putih dan lada cayenne.[16][17] Buku masakan Israel 1979 Bishul la-Gever ha-Meshuhrar termasuk resipi "Lufgania Shakshuka". Ini adalah shakshouka yang dibuat dengan versi Spam yang kosher (dipanggil luf) yang ditambahkan de dalam catuan tentera IDF pada tahun 1950-an.[18] Menurut penulis makanan Claudia Roden, tukang masak Tunisia menambah articok, kentang dan kacang parang ke dalam hidangan. Kerana telur adalah bahan utama, ia sering menjadi menu sarapan, tetapi di Israel, ia juga merupakan hidangan petang yang popular,[15] dan boleh menyaingi hummus dan falafel sebagai kegemaran negara, terutama ketika musim sejuk.[19]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Roden, Claudia (2008). The New Book of Middle Eastern Food. Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 168. ISBN 9780307558565.
- ^ Ly, Linda (2015-03-20). The CSA Cookbook: No-Waste Recipes for Cooking Your Way Through a Community Supported Agriculture Box, Farmers' Market, Or Backyard Bounty (dalam bahasa Inggeris). Voyageur Press. ISBN 9780760347294. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Stafford, Alexandra (2017-04-04). Bread Toast Crumbs: Recipes for No-Knead Loaves & Meals to Savor Every Slice (dalam bahasa Inggeris). Potter/TenSpeed/Harmony. ISBN 9780553459845. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:12
- ^ Planet, Lonely (2017-03-01). The World's Best Superfoods (dalam bahasa Inggeris). Lonely Planet. ISBN 9781787010369. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Jakob, Ben. "How Shakshuka,, Took the World By Storm". Culture Trip. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Bilderback, Leslie (2015-09-01). Mug Meals: More Than 100 No-Fuss Ways to Make a Delicious Microwave Meal in Minutes (dalam bahasa Inggeris). St. Martin's Press. ISBN 9781466875210. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Ellis, Robin (2016-03-03). Mediterranean Cooking for Diabetics: Delicious Dishes to Control or Avoid Diabetes (dalam bahasa Inggeris). Little, Brown Book Group. ISBN 9781472136381. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-15. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Team, Almaany. "Translation and Meaning of Shakshouka In Arabic, English-Arabic Dictionary of terms Page 1". www.almaany.com (dalam bahasa Arab). Dicapai pada June 1, 2018.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamarks
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamathejc
- ^ Artzeinu: An Israel Encounter, By Joel Lurie Grishaver, 2008
- ^ Encyclopedia of Jewish Food, Houghton Mifflin Harcourt, 17 Nov 2010, By Gil Marks
- ^ Gordon, Peter (2018-06-03). "Peter Gordon's lamb shakshouka recipe". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2018-07-21.
- ^ a b Clifford-smith, Stephanie (2011-06-07). "Three of a kind ... shakshouka". Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-07. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b Clark, Melissa. "Shakshuka With Feta Recipe". NYT Cooking. Dicapai pada 2018-07-21.
- ^ "Shakshouka Recipe - Tunisian Recipes". PBS Food. 2015-03-12. Dicapai pada 2018-07-21.
- ^ Raviv, Yael (November 2015). Falafel Nation: Cuisine and the Making of National Identity in Israel. University of Nebraska Press. m/s. 171. ISBN 978-0-8032-9023-5.
- ^ Josephs, Bernard (2009-10-08). "Shakshuka: Israel's hottest breakfast dish". The Jewish Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-07. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Shakshouka |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Shakshouka |