Suwaibah Muhammad Nasir

Suwaibah Muhammad Nasir merupakan pelari solo Malaysia yang berjaya menyempurnakan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo (Larian Aroma) pada 3 Jun 2014.

Beliau merupakan anggota pasukan simpanan (PSS) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau kelahiran Tanah Merah,Kelantan. Ketika berkhidmat bersama TUDM sahaja, beliau berjaya muncul sebagai olahragawati selama lapan tahun berturut-turut. Beliau juga mewakili Malaysia dalam acara maraton di Amerika Syarikat, Itali, Indonesia dan Singapura. Pda 2004, Suwaibah berlari sejauh 2004 kilometer (km) mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Setakat 2014 , Suwaibah telah berjaya mencatat 10 rekod dalam Malaysian Book of Records. Sasaran seterusnya ialah Guinness World Book of Records sebagai wanita Malaysia pertama berlari solo merentasi laluan perdagangan yang amat bersejarah itu. Kejayaan ini adalah kejayaan yang ke-11 beliau. Beliau adalah wanita pertama dan terpantas menaiki tangga mana bukti? Batu Caves dan Menara Kuala Lumpur.[1]

Pada 2012, beliau Suwaibah menamatkan larian merentasi Gurun Sahara di Mesir dengan jarak 1,111 kilometerdi bawah inisiatif ‘Air untuk Gaza’ bagi membantu membawa air bersih ke Gaza.[2] Larian amal itu juga membawa mesej menentang sekatan air bersih di Palestin dan mengumpul dana Majlis Kanser Nasional (Makna) .

Sebagai tanda pengiktirafan kepada pemegang rekod negara dan dunia yang telah mengharumkan nama Malaysia, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menganugerahkan pangkat Mejar (Kehormat) kepada beliau pada 3 November 2017. Pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, General Tan Sri Dato' Sri Affendi Buang di Bird Nest, Markas TUDM.

Larian Sahara 2012 sunting

Larian Sahara 2012 itu sejauh 1111 km iaitu dari Aswan ke Rafaj mulai 1 November selama 35 hari . Larian itu juga dikenali sebagai Sailing the Sands of Sahara bermula dari Aswan melalui Luxor sejauh 179 km, Luxor-Sohag-Assyut (22 km), Assyut-Al-Minya-Giza-Kaherah (318 km), Kaherah-Suez (125 km), Suez-Port Said (146 km) dan Port Said-Rafaj (122 km). Pengurusnya, Mejar (B) Ahmad Azan Ridzuan menyatakan Suwaibah berhadapan dengan ribut pasir di padang pasir dan perlu memakai topeng muka . Beliau mendapat kerjasama daripada pelbagai pemimpin kabilah di Gurun Sahara.

Pada 1 Mei 2012, Suwaibah sampai di Terusan Suez dari Kaherah dan ditemubual oleh Neil Sport Channel Giza. Beliau disambut oleh Kedutaan Malaysia dan Jabatan Pelancongan Giza sejurus tiba di Piramid Giza. [3] Beliau turut menyampaikan derma kepada penduduk Palestin di Gaza menerusi Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda-YPU, Persatuan Kanser Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang.[4]

Pelari solo Laluan Sutera 2014 sunting

Suwaibah tiba di garisan penamat di Riva Sette De Marite di Venice, Itali pada pukul 3.55 petang waktu tempatan (9.55 malam waktu Malaysia) .Larian itu bermula di Beijing pada 30 Mac 2014, merentasi empat benua dan 12 negara, termasuk China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Croatia, Slovenia dan Itali sejauh 3,333 kilometer. Beliau berlari 50 kilometer sehari di laluan Sutera.

Larian itu bertemakan 'One World One Hope' dengan harapan memupuk keamanan dunia dan menyebarkan mesej keamanan ketika merentasi setiap negara dan berjumpa dengan masyarakat daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei 2014.

Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) amat bangga dengan kejayaan Suwaiba merentasi Laluan Sutera sejauh 3333 km itu. Sebuah buku 'coffee table' bertajuk 'Nafasku Mencari Damaimu' diberikan kepada Rosmah. Buku itu mengandungi koleksi foto yang dirakam di sepanjang larian tersebut.[5]

Pada 12 Januari 2014, beliau membuat larian percubaan di Tembok Besar China sebagai persediaan merentasi Laluan Sutera.

Pada 13 Mei 2014 beliau berjaya sampai di Turkey dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada hri ke-44 beliau.Beliau menyaksikan Empayar Rom dan Empayar Uthmaniah ketika memasuki Plovdiv dan Starosel, Bulgaria.Antaranya beliau singgah di Tombs Roman dan Tembok Roman. Masjid Cuma Camii merupakan satu-satunya masjid dalam bandar di Plovdiv yang dibina ketika Empayar Uthmaniah pada 1369 iaitu zaman pemerintah Sultan Murad 1. Di Sadovor , Suwaibah menyaksikan sebuah pekan dengan landskap pemandangan cantik sebelum meneruskan larian ke Pazardzhik. [6]

Misi Menawan 30 Menara Tertinggi Dunia sunting

Pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir, komited akan meneruskan misi menawan 30 puncak menara tertinggi di dunia, mulai Mei ini.

Projek itu adalah program misi keamanan dunia sejagat dan usaha mencipta rekod dunia Suwaibah yang dijadual menyudahkan usaha menawan 29 lagi menara selewat-lewatnya September 2018.

Ogos 2017, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berjaya menawan Menara Avala setinggi 205 meter di Belgrade, Serbia dengan menamat pendakian selama 5.05 minit

Rujukan sunting

  1. ^ "Semangat Suwaibah naikkan nama negara". Utusan Malaysia. 15 Disember 2012.
  2. ^ "Suwaibah tamatkan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo hari ini". Utusan Malaysia. 2 Jun 2014.
  3. ^ "Suwaibah memasuki Suez dari Kaherah". Utusan Malaysia. 2 Mei 2012.
  4. ^ "Laluan larian Suwaibah selamat". Utusan Malaysia. 25 Ogos 2011.
  5. ^ "Suwaibah beri inspirasi kepada wanita - Rosmah". Utusan Malaysia. 4 Mei 2014.
  6. ^ "Suwaibah saksi warisan Empayar Rom, Uthmaniah". Utusan Malaysia. 14 Mei 2014.