Viva Palestina ('Hidup Palestin', di Itali, Portugis, dan Sepanyol) merupakan pertubuhan amal (NGO) yang berdaftar di British mulai Januari 2009.

Setakat ini 3 konvoi telah dilancarkan iaitu:

  1. Dilancarkan pada 14 Februari 2009 oleh oleh George Galloway . Mereka tiba di Gaza melalui Rafah pada 9 Mac 2009. Mereka membawa 180 trak yang disumbangkan oleh Yayasan Gaddafi dari Libya. Tidak semua bantuan amal itu sampai kerana ditapis dan dipilih-pilih oleh kerajaan Mesir di pelabuhan El-Arish.
  2. Konvoi Amerika Syarikat berjaya memasuki Semenanjung Gaza pada 17 julai 2009 diketuai oleh George Galloway dan veteran Perang Vietnam , Ron Kovic.
  3. Konvoi Viva Palestina UK bermula pada 6 Disember di London.

Tujuan sunting

Tujuannya bagi mempamerkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin serta menolak pencerobohan Israel di Gaza. Mereka memberi isyarat jelas bahawa masyarakat dunia mahu rejim Israel menarik balik sekatan yang dikenakannya terhadap penduduk Gaza dengan dunia luar.Gaza dikepung sejak 2007 hingga menyebabkan rakyat Palestin di situ terputus bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan lain-lain. RM3.397 juta berjaya dikumpul untuk rakyat Palestin di Gaza.[1]

Rakyat Palestin bukan seperti yang digambarkan oleh Barat sebagai pengganas dan di England keadaannya amat buruk, setiap kali mereka menyebut perkataan Palestin, ia selalunya diikuti dengan perkataan pengganas, sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Setahun serangan Israel di Gaza sunting

Pada 27 Disember 2009, Israel memulakan serangan udara ke Sememanjung Gaza. Dalam tempoh 3 minggu itu, Lebih 1400 rakyat Paslestin terbunuh dan memusnahkan rumah, sekolah, hospital dan stesen tenaga elektrik. 13 warga Israel turut terbunuh.[2] Organ tawanan perang Palestin dijual di Israel dan Palestin.Wartawan Sweden memberikan bukti bergambar mayat warga Palestin yang dibedah.

Laporan Goldstone pada Oktober 2009 membuktikan Israel melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam serangan selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza pada 2008.

Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan supaya Baitulmaqdis dijadikan ibu negara bersama Palestin dan Israel. Pengerusi EU mahu Baitulmaqdis Timur seharusnya menjadi ibu negara Palestin pada masa depan.EU turut menyokong tertubuhnya negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Britain pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Luar Israel, Tzipi Livni yang menjadi arkitek di sebalik serangan yang membunuh lebih 1,600 penduduk Gaza pada 2008. Waran tangkap itu dikeluarkan ketika Livni dijadual memberi pidato di London. Bagaimanapun waran tangkap itu ditarik balik.[3]

Viva Palestina 3 sunting

Peserta konvoi bermula pada 6 Disember 2009 dan sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember 2009. Mereka melalui Belgium, Perancis, Sepanyol, Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir. 450 peserta konvoi ini menggunakan pembiayaan sendiri. 17 negara terbabit iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Perancis, Belgium, Itali, Turki, New Zealand dan Australia, dengan latar belakang kehidupan yang berbeza demi kerja amal di Gaza.

Antara peserta konvoi:

  1. Amer Nazir - Ketua logistik konvoi
  2. Mathias Chang - pertubuhan keamanan Yayasan Perdana
  3. Shamsul Akmar Musa Kamal - pertubuhan keamanan Yayasan Perdana
  4. Kuzaimah Idris - Bernama TV
  5. Azmawati Azmi - penolong penerbit Bernama TV
  6. Masrenny Waty Che Masri - penyampai berita Bernama TV
  7. Mohd Shafiee Abdullah - jurukamera Bernama TV
  8. Juana Jaafar - pertubuhan keamanan Yayasan Perdana
  9. Ram Karthigasu. - pertubuhan keamanan Yayasan Perdana
  10. Slyvia Wall(70) - rakyat Britain ,datang dari England ke Damsyik terus ke Gaza.
  11. Said Benayad
  12. Ryan Assal [4]
  13. Mairead Corrigan-Maguire - pemenang Nobel dari Ireland
  14. Walden Bello - Senator Filipino yang juga aktivis
  15. Alice Walker - penulis
  16. Hedy Epstein - mangsa Holocaust yang terselamat berusia 85 tahun[5]

Rentetan peristiwa sunting

  • 6 Disember 2009 konvoi berlepas dari London. Sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember 2009. Malangnya Mesir tidak membenarkan konvoi itu menggunakan pintu masuk sempadan Nuweiba untuk melalui Rafa ke Gaza.
  • 16 Disember 2009, 6 rakyat Malaysia tiba di Damsyik untuk peringkat akhir konvoi. Mereka ialah anggota PGPO itu ialah Mathias Chang dan Shamsul Akmar Musa Kamal, manakala kakitangan Bernama TV ialah wartawan Kuzaimah Idris, penolong penerbit Azmawati Azmi, penyampai berita Masrenny Waty Che Masri dan jurukamera Mohd Shafiee Abdullah. Dua anggota PGPO, Juana Jaafar dan Ram Karthigasu telah bergerak dari London pada 6 Disember 2009. Mereka ialah 4 daripada pertubuhan keamanan Yayasan Perdana dan 4 krew Bernama.
  • 22 Disember 2009 tiba di Damsyik,Syria . Konvoi terdiri daripada 144 trak, van dan ambulans dengan membawa bekalan bantuan bernilai lebih US$1 juta.[6]
  • Sejak 24 Disember 2009, konvoi terkandas di Pelabuhan Aqaba, Jordan. Peserta konvoi melancarkan mogok lapar agar Mesir membenarkan mereka memasuki Aqaba menuju ke Gaza.[7]
  • 26 Disember 2009, konvoi disekat memasuki ibu kota Amman , Jordan. Lantas mereka membentuk sekatan jalan raya di lebuh raya Amman. Akhirnya polis Amman membenarkan mereka masuk. Mereka tinggal di Jordan selama 5 hari.Seterusnya di Pelabuhan Aqaba di Laut Merah dan menyeberang ke Palestin.[8]
  • Akibat tekanan Mesir, konvoi berpatah balik melalui Syria dan mengambil laluan Laut Mediterranean serta memasuki Mesir dari Pelabuhan al-Arish.[9]
  • 31 Disember 2009, konvoi belayar di Laut Mediterranean. 220 lori dan ambulans singgah di bandar Pelabuhan Tartus di utara Syria. Mereka melalui bandar Home dan Hama. Mereka akan menaiki kapal ke bandar pelabuhan El-Arish di Mesir. Seterunya dari Pelabuhan El-Arish, perjalanan darat ke Gaza melalui Rafa.[10]
  • 5 Januari 2009, konvoi tersangkut di Mesir. Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mohon kerjasama Mesir untuk melepaskan konvoi Viva Palestina antarabangsa itu.
  • George Galloway menghubungi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, Dr Mahathir Mohamad dan Datin Seri Rosmah Mansor agar mendesak Mesir membuka pintu sempadan di Rafah untuk masuk Gaza.Surat turut dikirim kepada Permaisuri Rania di Jordan agar menghubungi Susan Mubarak ,Wanita Pertama Mesir agar menggunakan pengaruhnya.[11]
  • 6 Januari 2010, Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di Pelabuhan El-Arish pada pukul 11.40 malam Selasa.Rakyat Malaysia , Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom turut ditahan. Tunjuk perasaan itu kerana Mesir melarang 59 buah kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza. Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital.[12]Tiga rakyat Britain, dua warga Amerika dan seorang rakyat Kuwait turut ditahan. Anggota konvoi cedera terkena lontaran batu dan gas pemedih mata.Kejadian itu dicetuskan ejen provokasi Mesir. Mesir menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata.[13]
  • Mulai sekarang, gas memasak, minyak kenderaan dan diesel akan dihantar ke Gaza melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza. Israel menutup laluan Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza akan ditutup selama-lamanya. Irael menyekat saluran bahan api melalui paip ke Semenanjung Gaza . Israel mengenakan sekatan ketat di Semenanjung Gaza sejak penahanan askar Israel, Gilad Shalit oleh militan Hamas dalam serbuan di sempadan pada Jun 2006. [14]
  • Lintasan sempadan Rafah, satu-satunya jalan masuk yang tidak memerlukan kebenaran Israel. Hasil campur tangan Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak, 86 penunjuk perasaan memasuki Gaza, lain-lain tidak dibenarkan masuk. Mesir marah kerana keadaan sekarang sangat sesitif dan konvoi itu cuba memalukan Mesir.[perlu rujukan]

Viva Palestina 4 sunting

Viva Palestina 4 dijadualkan bermula pada April-Mei 2010 dari negara Turki melalui Laut Mediterranean. Kali ini ia dipimpin oleh kerajaan Turki yang telah menyediakan 5 buah kapal berisi bantuan makanan dan perubatan ke Palestin, melalui jalan laut. Kapal itu bergerak dari Istanbul menuju ke Pelabuhan Gaza. Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.[15]

Rujukan sunting