Wikipedia:Calon gambar pilihan/Cadangan

Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.


Di sini merupakan ruangan cadangan gambar untuk dimasukkan ke calon gambar pilihan. Jika anda mempunyai gambar menarik yang mungkin boleh dicalonkan pada masa akan datang, bolehlah mengemukakan terlebih dahulu di ruangan ini.

Jika anda inginkan gambar tertentu dipilih dan ditayangkan pada waktu khusus, silalah calonkan ke Wikipedia:Calon gambar pilihan dua minggu sebelum dan nyatakan tarikh yang dikehendaki.

Templat

Anda boleh menyalin templat kosong dibawah dan tekan ini untuk membuka bahagian baru.

== <!--- Letakkan 'Tajuk' ---> ==
{{WP:GP {{{1|{{{style|lalai}}}}}}
|imej       =
|rencana    =
|tajuk      =
|teks       =
|penyumbang =
}}

Kolam Seri Pagi

Kolam Seri Pagi (Morning Glory Pool) adalah mata air panas di Upper Geyser Basin Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat. Warna berbeza kolam disebabkan bakteria yang menghuni air. Kadang-kadang Kolam Seri Pagi meletup seperti geiser, biasanya berikutan satu gempa bumi atau kegiatan seismos berdekatan lain.MatthiasKabel

Tomato

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.Artis : Softeis

Konflik Israel–Gaza 2008–2009

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka, Arab: عملية الرصاص المصبوب atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel.Artis: Muhammad Mahdi Karim

Anatomi siput

Anatomi seekor siput biasa. Siput dilihat secara luar adalah biasa tetapi kulit kerang adalah berlingkar untuk melindungi diri mereka dan satu kaki kukuh bersalut dalam mukus untuk gerak alih.

Fasa bulan

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari.Artis Tomruen

Schistocerca

Schistocerca merupakan sejenis genus belalang, spesis ini biasanya dikenali sebagai belalang juta, S. gregaria.Tomfriedel

Alat pengancing

Alat pengancing atau zip merupakan satu alat popular untuk mempertautkan dua sisi kain. Alat pengancing biasanya digunakan dalam pakaian, bagasi, beg dan peralatan sukan.DemonDeLuxe

Amun

Amun merupakan nama satu dewa sembahan, dalam mitologi Mesir, yang meningkat kepentingannya menjadi sembahan utama dan kemudian pudar dilupakan. Amun diberikan isteri dan memandangkan dia ialah pencipta, isterinya dijadikan ibu suci yang daripadanya alam semesta muncul, yang di kawasan Amun dipuja ketika itu, dikenali sebagai Mut.[1]

Pisang kaki

Pisang kaki merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang boleh dimakan daripada genus Diospyros. Walaupun ia tidak dikenali secara popular sebagai buah beri, tetapi dari segi morfologi botani buah ini, ia sebenarnya adalah buah beri.Joe Ravi
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-38 2013

Sungai Yarra

Pemandangan waktu malam di Sungai Yarra yang mengalir melalui pusat bandaraya Melbourne, dengan daerah perniagaan pusat di sebelah kiri dan Southbank di sebelah kanan. Dengan panjang sekitar 240 km, sumber sungai ini adalah dari kawasan paya di hulu Taman Negara Yarra Ranges.Diliff
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-44 dan 45 2013

Penyu hijau

Penyu hijau atau juga dikenali sebagai penyu agar merupakan sejenis penyu laut bersaiz besar daripada keluarga Cheloniidae dan ia satu-satunya spesies dalam genus Chelonia. Taburan penyu meluas di seluruh laut tropika dan subtropika di seluruh dunia.Tokugawapants
  Gagal menjadi GP

Taman Jepun

Gambar pemandangan Taman Suizenji di Kumamoto, Jepun. Salah satu prinsip dalam mereka bentuk Taman Jepun (日本庭園) adalah dengan penyesuaian unsur-unsur yang biasa seperti air, batu dan keadaan tanah. Dalam budaya Jepun, pembinaan taman adalah suatu seni bernilai tinggi dan ia berkait rapat dengan seni berkaitan kaligrafi dan lukisan dakwat.Kredit gambar: 663highland
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-47 2013

Iapetus

Iapetus merupakan bulan ketiga terbesar bagi planet Zuhal. Ia ditemui oleh Giovanni Domenico Cassini pada tahun 1671. Keunikan bulan ini adalah kerana warna dua tonanya dan permatang khatulistiwa yang terdapat di sepanjang bahagian tengah bulan.Kredit gambar: Cassini–Huygens
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-49 2013

Ireland

Ireland (Éire) merupakan sebuah pulau yang terletak di benua Eropah. Ia dikelilingi oleh Lautan Atlantik di barat dan Laut Ireland di timur. Secara politik, pulau ini dibahagikan kepada Republik Ireland dan Ireland Utara (sebahagian daripada United Kingdom).Kredit gambar: MODIS
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-50 2013

Arc de triomphe de l'Étoile

Arc de triomphe de l'Étoile (Gerbang Kemenangan l'Etoile) merupakan sebuah tugu yang terletak di Dataran Charles de Gaulle, Paris. Ia dibina pada 1806 bagi memperingati kemenangan Perancis di dalam Pertempuran Austerlitz. Dengan ketinggian 51 meter dan 45 meter lebar, tugu ini adalah gerbang kemenangan kedua terbesar di dunia.Kredit gambar: Benh LIEU SONG

Anjing gajah laut utara

Sekumpulan Anjing Laut Gajah Utara yang menyalin kulit di San Simeon, California. Merupakan salah satu daripada dua spesies anjing laut gajah, ia boleh didapati di kawasan pantai timur laut Lautan Pasifik.Kredit gambar: CillanXC

Bunga matahari

Bunga matahari merupakan sejenis bunga dari keluarga Asteraceae. Ia berasal dari benua Amerika dan mempunyai kuntuman bunga yang besar. Selain itu, batang bunga matahari mampu tumbuh sehingga 3 meter (9.8 ka) panjang.Kredit gambar: böhringer friedrich

Dominostein

Dominostein merupakan sejenis manisan yang sering dijual pada musim perayaan hari Krismas di Jerman dan Austria. Ia terdiri daripada lapisan Lebkuchen (bawah), ceri masam atau jeli aprikot (tengah) dan pes pic atau marzipan (atas), sebelum ia dilitupi dengan aising coklat diluarnya.Alchemist-hp

Santa Claus

Santa Claus atau Santa sahaja merupakan satu watak legenda terkenal yamg muncul pada musim perayaan Krismas. Ia digambarkan sebagai lelaki gemuk berjanggut putih yang memakai pakaian serba merah dan membawa beg yang dipenuhi dengan hadiah untuk diberikan pada kanak-kanak.Rjcastillo
  Berjaya menjadi GP pada minggu ke-52 2014 serta minggu pertama dan ke-2 2015

Mary I

Mary I (18 Februari 1516 – 17 November 1558) ialah Ratu England dan Ireland dari Julai 1553 sehinggalah November 1558. Baginda diingati kerana membawa kembali pemerintahan di bawah Gereja Roman Katolik selepas pemerintahan di bawah mazhab Protestan. Mary juga mendapat gelaran sebagai Mary Berdarah kerana mengarahkan hukuman mati kepada lebih 280 orang penganut Protestan.Crisco 1492

Pulau Jeju

Pulau Jeju (Korea: 제주도 Jeju-do) ialah pulau terbesar di Korea Selatan. Ia terletak di barat daya wilayah Jeolla Selatan, di mana ia dipisahkan dengan Selat Korea. Gunung Halla (dengan ketinggian 1,950 meter dari aras laut) yang merupakan gunung tertinggi dalam negara juga terletak di pulau ini.Sumber: Earth Observatory, Pemuat naik: Jyusin