Zakaria Mohd Taib merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Hulu Langat, negeri Selangor (1959-1969). Salah seorang cucunya kini bermain bola sepak di Dubai. Namun kini terpaksa berehat akibat kecederaan pada jari kelingking yang dialami di dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Yang Berhormat

Zakaria Mohd Taib
Anggota Parlimen
untuk Hulu Langat, Selangor
Dalam jawatan
1959–1969
Butiran peribadi
LahirSelangor Hulu Langat, Selangor
Meninggal duniaHulu Langat, Selangor
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
KediamanBatu 16 1/2, Hulu Langat, Selangor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen
Hulu Langat didiami orang Melayu dan merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia berkeluasan 829 kilometer persegi dan merupakan daerah kelima terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini juga merupakan daerah ketiga paling ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 1,400,461 orang pada tahun 2020.

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Rujukan sunting