Alif Muhaimin

Alif Muhaimin Abdul Rahman (lahir 30 Jun 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2017/2018 dan bergelar juara.[1][2][3]

Alif Muhaimin
Kelahiran
Alif Muhaimin bin Abdul Rahman

(1994-06-30) 30 Jun 1994 (umur 27)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2017–kini

KerjayaSunting

Alif pernah mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan penggiat teater Joe Hasham. Sebelum menjadi pelakon, beliau pernah bekerja sebagai pencuci kereta bagi menyara keluarganya. Beliau seterusnya menimba ilmu pengacaraan menerusi On Air di bawah bimbingan Aznil Nawawi. Alif kemudian menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2017/2018 yang disertai oleh Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri, Nabil Aqil dan Farhan Asri.

Kehidupan peribadiSunting

Alif Muhaimin dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kelana Jaya. Beliau merupakan lulusan sarjana muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Hayuzi Astro Ria
2019 Setelah Terlafaznya Akad Roslan
Sara Sajeeda Khalif TV3 Drama ini merupakan usahasama Malaysia-Pakistan
Wasiat dari Jordan Mukhlis TV Okey
2020 Rahsia Hati Tengku Daniel Darius TV1
Chandelier Haziq Astro Ria
Angkara Cinta Dino Astro Prima
2021 Marry Me Senorita Adam Astro Ria
Ustazah Biker Danny Salam HD
Kisah Cinta Rumi Amin TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Boyfriend Aku dari Neraka Hakim Astro Citra
Penaklukan Syaitan Zaman

RujukanSunting

  1. ^ Zulqarnain Abu Hassan (24 Jun 2019). Alif Muhaimin dikata 'mulut longkang' Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  2. ^ Noor Aini Norman (3 Oktober 2019). Pegang watak suami dalam Sara Sajeeda, Alif Muhaimin tak kisah kalau jodoh dengan perempuan lebih berusia Remaja. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  3. ^ Wani Arifin (19 Oktober 2017). Pelajar UiTM Alif Muhaimin, Hero Remaja 2017 Media Hiburan. Dicapai pada 29 Ogos 2018.

Pautan luarSunting