Dasar luar era Najib Tun Razak

Dasar luar era Najib Tun Razak merujuk kepada kerjasama dan hubungan diplomatik semasa waktu Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak.

Kerjasama dengan Jepun sunting

Pada 18 April 2010, rombongan Najib Tun Razak dari Honolulu, Amerika Syarikat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Di Tokyo, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama. Kemudian mengadap Maharaja Jepun Akihito dan Maharani Michiko di Istana Imperial. Beliau melawat pusat kitar semula di Kawasaki. Kemudian menerima ijazah Doktor Kehormat di Universiti Meiji.[1]

Najib melawat Singapura sunting

Pada 24 Mei 2010, Najib dan Lee Hsien Loong setuju memindahkan Stesen keretapi Tanjong Pagar milik KTMB di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) mulai 1 Julai 2011. Pejabat kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api turut sama dipindahkan ke WTCP. Keputusan itu diumumkan di Hotel Shangri-La, Singapura. Tanah yang dikosongkan akan dimajukan oleh syarikat M-S Pte Ltd. Syarikat ini hasil usaha sama Malaysia-Singapura 60 % Khazanah Nasional Berhad dan 40 % Temasek Holdings Limited. 271 hektar milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah dibangunkan oleh syarikat tersebut. Jika setuju, tanah itu boleh ditukar dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor. Sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura akan dimajukan secara bersama. Sistem transit ini akan mempunyai kemudahan CIQ bersama di Singapura. Menjelang 2018, stesen KTMB akan dipindahkan dari Woodlands ke Johor pula. Terminal penumpang stesen keretapi Tanjong Pagar dan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive akan kekal sebagai warisan sejarah.[2]

Pelaburan Singapura sunting

Najib mengatakan rakyat Johor tidak perlu bimbang dengan pelaburan Singapura di Iskandar Malaysia,ini berikutan sebilangan kecil rakyat johor yang enggan menerima pelaburan tersebut. Beliau menyifatkan pelaburan tersebut tiada beza dengan pelaburan dari Amerika Syarikat,dan beliau berkata Rakyat dan pemimpin Johor jangan lagi berfikiran sempit dan menerima perubahan abad ke-21.[3]

Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pulai dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat pada 11 Julai 2010. Turut hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan ketua UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Palestin sunting

Pada 26 Mei 2010, Presiden Palestin Mahmud Abbas kali kedua berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Tahun 2007, Mahmud Abbas pernah ke Malaysia menemui bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.[4]

Pada Januari 2013 pula, Datuk Seri Najib mengadakan lawatan kerja ke Gaza.[5] Namun Mahmud Abbas menyatakan yang kunjungan ini "merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin".[6]

Lawatan ke Kazakhstan sunting

Pada 5 Jun 2011, Perdana Menteri bersama isteri , Datin Seri Rosmah Mansor , Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi disambut oleh oleh Menteri Komunikasi dan Penerangan Kazakhstan, Askar Kuanyshevich Zhumagaliev.Lawatan rasmi itu atas undangan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Rombongan disertai oleh Mustapa Mohamed , Shahrizat Abdul Jalil,Kong Cho Ha dan Shaziman Abu Mansor.

Kazakhstan mempunyai 16 juta penduduk , merdeka dari Soviet Union 20 tahun lalu. Rombongan akan bertemu dengan Nazarbayev dan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri Kazakhstan ,Karim Massimov.Pada 2010, Kazakhstan penting di Asia Tengah kerana eksport Malaysia ke Kazakhstan sekitar AS$106 juta (RM319 juta). Import dari Kazakhstan sebanyak AS$760,000 (RM2.28juta).Sebagai negara majoriti Islam dan terletak di Laluan Sutera , Kazakhstan adalah negara ke-9 terbesar dunia . Luas negara itu 2.9 juta km persegi. [7]

Lawatan ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali sunting

Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan rasmi lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali. Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan selamat kembali dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 22 Julai 2011.[8]

Filipina dan Orang Moro di Mindanao sunting

Malaysia telah lama menjadi perantara antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro yang memperjuangkan pembebasan wilayah Moro yang berautonomi. Pada 15 Oktober 2012, kedua pihak ini menandatangani perjanjian damai. Semasa majlis menandatangani perjanjian itu dilaksanakan, pihak Kerajaan Malaysia telah dijemput untuk hadir sebagai saksi. Malaysia memainkan peranan bukan sahaja sebagai orang tengah tetapi juga sebagai rakan baik baik kedua-dua pihak.[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Najib tiba di Jepun Utusan Online
  2. ^ Stesen KTM Tg Pagar Dipindahkan Ke Woodlands Julai 2011 mStar Online
  3. ^ PM: Apa bezanya pelaburan S'pura dan Amerika?
  4. ^ "Presiden Palestin lawat Malaysia esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-05-25.
  5. ^ Khaidir, A, Majid. "PM IN GAZA: Najib's groundbreaking visit". [New Straits Time] Ramallah, 24 Januari 2013, Dicapai 30 Januari 2013.
  6. ^ "Presiden Mahmoud Abbas kecam kunjungan Najib ke Gaza". Free Malaysia Today. 23 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-26. Dicapai pada 30 Januari 2013.
  7. ^ Najib tiba untuk lawatan rasmi ke Kazakhstan Utusan online
  8. ^ Najib pulang selepas lawatan ke Turkmenistan, UK, Itali
  9. ^ Prof Dr. Chandra, Muzaffar. "Philippines: Peace Agreement Between Manila and the Moro Islamic Liberation Front (MILF)" Global Research, California, 12 Oktober 2012. Dicapai 30 Januari 2013.