Digimon Adventure (デジモンアドベンチャー, Dejimon Adobenchā) merupakan siri pertama dalam siri Digimon. Siri animasi ini dihasilkan oleh Toei Animation. Siri ini mula bersiaran pada 7 Mac 1998 sehingga 26 Mac 2000 di Fuji TV juga pernah bersiaran di ntv7 pada Mac 2001 sehingga Mac 2002, Astro Ceria pada tahun 2008, dan TV9 pada 4 Mac 2017. Selepas Digimon Adventure tamat, ia kemudian disambung dengan siri Digimon ke-2 iaitu Digimon Adventure 02 yang berkisahkan tentang peristiwa selepas tiga tahun berlalu pengembaraan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih di musim pertama.

Digimon Adventure
Digimon Adventure
GenreAksi, Pengembaraan, Komedi, Shōnen
Anime
PengarahHiroyuki Kakudo
StudioToei Animation
Dilesenkan olehJepunBandai Visual
Amerika SyarikatSaban Entertainment
Itali Rai Trade
Sepanyol Arait Multimedia
JermanCTM
Penyiaran AsalJepun Fuji TV
Penyiaran LainAmerika Syarikat Fox
Kanada YTV
United Kingdom ITV 1
United Kingdom Perancis Israel Jetix (formerly Fox Kids)
Australia Network Ten,Fox Kids
Indonesia Indosiar, TV7, Spacetoon, RTV
Filipina ABS-CBN, Animax
Brazil Globo, Fox Kids
Jerman RTL II, Tele 5, Jetix
Portugal TVI, SIC, Canal Panda
Sweden TV3, Fox Kids
Sepanyol La 2, Fox Kids, FDF (Boing block)
Malaysia TV2/ntv7 / Astro Ceria/TV9
Republik Ireland RTÉ
Chile Chilevisión, Fox Kids, Etc...TV
Argentina Canal 7 Argentina, Fox Kids
Itali Rai Due, Rai Gulp
Denmark Fox Kids, TV3, DR Ramasjang
Dikeluarkan pada7 Mac 199826 Mac 2000
Related works
Portal Anime dan Manga

Sinopsis sunting

Siri ini menceritakan sekumpulan kanak-kanak yang dibawa ke satu alam lain bernama Dunia Digital ("DigiWorld") sewaktu menjalani perkhemahan musim panas. Mereka dibawa ke sana kerana mereka merupakan Kanak-kanak Terpilih yang bakal menyelamatkan Dunia Digital (serta Bumi, menjelang penamat siri ini) daripada kuasa jahat yang mengancam untuk memusnahkannya. Setiap kanak-kanak tersebut menerima seekor makhluk yang dipraprogramkan untuk diikatkan pada mereka, iaitu Digimon mereka, serta alat kecil yang dipanggil Digivice.

1st Arc: Devimon & 7 Kanak-kanak Terpilih (Eps. 1-13) sunting

Kisah pengembaraan bermula ketika tujuh kanak-kanak terpilih telah mengikuti sebuah perkhemahan cuti musim panas yang dianjurkan oleh sekolah mereka. Mereka adalah Taichi Yagami, Yamato Ishida, Sora Takenouchi, Koushiro Izumi, Mimi Tachikawa, Joe Kido dan Takeru Takaishi. Mereka dibawa ke alam Dunia Digital dan bertemu dengan digimon mereka masing-masing iaitu Agumon (Taichi), Gabumon (Yamato), Piyomon (Sora), Tentomon (Koushiro), Palmon (Mimi), Gomamon (Jou) dan Patamon (Takeru). Mereka bertujuh kini diarahkan untuk menyelamatkan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Pengembaraan mereka bermula apabila mula bertarung dengan digimon-digimon yang telah menjadi jahat akibat terkena Gear Hitam milik Devimon. Setelah berjaya menyelamatkan kesemua digimon-digimon tersebut, mereka bertujuh akhirnya berhadapan dengan Devimon namun pada mulanya kekuatan keenam-enam digimon milik kanak-kanak terpilih yang lain tidak setanding dengan Devimon. Namun disaat akhir sewaktu diambang kematian, Patamon iaitu Takeru telah berubah menjadi Angemon dan berjaya mengalahkan Devimon.

Sebelum hilang daripada dunia digimon, Devimon sempat mengatakan bahawa ada banyak lagi digimon yang lebih kuat daripadanya. Disebabkan kata-kata Devimon maka itulah munculnya lelaki tua hologram misteri bernama Gennai yang sempat memberitahu mereka bahawa terdapat tujuh lencana yang membolehkan ketujuh-tujuh digimon kanak-kanak terpilih tersebut berubah kepada peringkat yang lebih tinggi bagi menentang musuh-musuh mereka kelak.

2nd Arc: Etemon Musuh Terkuat (Eps. 14-20) sunting

Setelah mendengarkan kata-kata Gennai, mereka kemudiannya mula mengembara untuk mencari tujuh lencana tersebut. Mereka berjaya menemukan kesemua lencana-lencana tersebut. Akan tetapi perjalanan mereka dalam mencari simbol Crest mereka bukan mudah apabila Etemon, iaitu musuh baharu mereka selalu menghalang dan memburu mereka. Kekuatan virus Etemon sukar untuk dikalahkan. Namun pada saat genting ketika Taichi ingin menyelamatkan Sora yang diculik oleh Nanomon iaitu musuh lama Etemon, Taichi menemukan simbol crestnya, iaitu Keberanian. Berkat kekuatan crest tersebut Agumon berubah kepada level sempurnanya, Metal Greymon dan berjaya mengalahkan Etemon. Namun setelah itu Taichi dan Metal Greymon diserap masuk ke lubang hitam dimana Etemon diserap dan Taichi berjaya kembali ke Tokyo bersama Agumon. Tanpa Taichi sedari sesuatu telah berlaku kepada rakan-rakannya yang masih berada dialam Dunia Digital.

3rd Arc: Devimon & Kanak-kanak Terpilih yang ke-8 (Eps. 21-39) sunting

Taichi kembali ke Dunia Digital setelah dia merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku kepada rakan-rakannya. Ketika sampai ke Dunia Digital, Taichi menemukan Takeru dan Patamon dan Takeru menjelaskan perkara yang telah berlaku sejak Taichi hilang ketika menghadapi pertarungannya dengan Etemon. Taichi dan Takeru akhirnya mengetahui bahawa perpecahan diantara mereka adalah disebabkan PicoDevimon, iaitu orang suruhan musuh baharu mereka, Vamdemon yang ingin memusnahkan kesemua kanak-kanak terpilih. Mereka akhirnya bertemu semula. Namun disaat itu juga Gennai muncul sekali lagi dan memberitahu mereka bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak terpilih yang kelapan dimana kanak-kanak tersebut seharusnya bersama mereka sejak awal lagi. Namun malang bagi mereka apabila Vamdemon yang kini juga mengetahui keberadaan kanak-kanak tersebut mula mengumpulkan askar-askar Digimonnya untuk bergerak Jepun bagi mencari dan membunuh kanak-kanak kelapan tersebut. Hal itu membuatkan Taichi dan rakan-rakannya bergegas pulang kembali ke Dunia Nyata bagi menyelamatkan kanak-kanak terpilih tersebut. Setelah puas mencari akhirnya Taichi berjaya menemukan kanak-kanak terpilih kelapan yang bernama Hikari Yagami, iaitu adik perempuannya sendiri. Vamdemon yang mengetahui akan hal itu kemudian mula menculik Hikari dan Tailmon, iaitu digimon Hikari yang juga merupakan bekas pembantunya. Tailmon akhirnya berubah menjadi Angewomon dimana dengan kekuatan Digimon yang lain mereka berjaya mengalahkan Vamdemon yang menjadi VenomVamdemon.

4th Arc: Dark Masters (Eps. 40-52) sunting

Namun setelah kematian Vamdemon, mereka harus kembali ke Dunia Digital kerana kepincangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Setelah kembali ke dunia digimon, mereka harus berhadapan dengan empat lagi musuh baharu yang kuat digelar Dark Master. Mereka adalah MegaSeadramon, Pinocchimon, Mugendramon dan Piemon. Diawal pertarungan kelapan-lapan kanak-kanak terpilih menentang Dark Master, mereka dikalahkan dengan mudah. Namun, berkat kekuatan mereka berlapan, kesemua Dark Master berjaya dikalahkan. Namun disaat, meraihkan kemenangan mereka tersebut, Gennai sekali lagi muncul dan berpesan bahawa Dark Master bukanlah musuh utama mereka, melainkan Apocalymon, iaitu digimon jahat yang terkuat diantara semua digimon yang pernah mereka lawan sebelum ini.

Final Arc: Apocalymon (Eps. 53-54) sunting

Apocalymon adalah dalang disebalik ketidakseimbangan Dunia Digital dan Dunia Nyata. Kuasa lencana kelapan-lapan mereka telah dihapuskan oleh Apocalymon hingga membuatkan mereka berlapan hampir putus asa untuk menentang musuh baru mereka tersebut. Namun berkat kepercayaan digimon-digimon mereka, kanak-kanak terpilih kini berasa yakin dapat mengalahkan Apocalymon. Akhirnya Apocalymon berjaya dikalahkan dan Dunia Digital kini menjadi seperti sediakala.

Senarai episod sunting

  • Episod 1 : Terdampar! Sebuah Pulau Pengembaraan
  • Episod 2 : Letusan Evolusi! Greymon
  • Episod 3 : Serigala Biru! Garurumon
  • Episod 4 : Berkilaulah Birdramon
  • Episod 5 : Serangan Elektrik! Kabuterimon
  • Episod 6 : Kemarahan Perubahan Palmon
  • Episod 7 : Ngauman Ikkakumon
  • Episod 8 : Cahaya Kegelapan! Devimon
  • Episod 9 : Bercanggah! Digimon Salju
  • Episod 10 : Kentarumon! Si Penjaga
  • Episod 11 : Hantu Menari! Bakemon
  • Episod 12 : Pengembaraan! Patamon dan Saya
  • Episod 13 : Bangkitnya Angemon
  • Episod 14 : Berangkat! Menuju ke Benua Baru
  • Episod 15 : Etemon! Penjahat Terhebat
  • Episod 16 : Evolusi Kegelapan! SkullGreymon
  • Episod 17 : Kapten Ilusi Kapal, Cockatorimon!
  • Episod 18 : Sang Pari-pari, Piccolomon!
  • Episod 19 : Nanomon Dari Labirin
  • Episod 20 : Evolusi Level Sempurna! MetalGreymon
  • Episod 21 : "Pertarungan Besar Koromon" di Tokyo
  • Episod 22 : Iblis Kecil yang Bising, PicoDevimon!
  • Episod 23 : Kau Adalah Sahabatku, WereGarurumon
  • Episod 24 : Hancurkan! AtlurKabuterimon
  • Episod 25 : Raja Yang Tidur! TonasamaGeckomon
  • Episod 26 : Sayap Bersinar! Garudamon
  • Episod 27 : Istana Kegelapan Vamdemon
  • Episod 28 : Kejar! Cepatlah Ke Jepun!
  • Episod 29 : Pertempuran dengan Mammon di Hikarigaoka
  • Episod 30 : Penyerangan Digimon di Tokyo!
  • Episod 31 : Raremon! Serangan diteluk Tokyo
  • Episod 32 : Menara Tokyo yang Membara! DeathMeramon
  • Episod 33 : Pump dan Gotsu adalah Digimon jenis Shibuya
  • Episod 34 : Ikatan Takdir! Tailmon
  • Episod 35 : Pari-pari di Odaiba! Mekarnya Lilimon
  • Episod 36 : Hancurkan Penghalang, Kilat Zudomon
  • Episod 37 : Semua Digimon Level Sempurna Bertindak, Kilauan Angewomon!
  • Episod 38 : Bangkitnya! Sang Iblis, VenomVamdemon
  • Episod 39 : Dua Perubahan Mega! Kalahkan Kegelapan!
  • Episod 40 : Empat Raja dari Gunung Kejahatan, Dark Master
  • Episod 41 : Raja Laut yang Liar! MetalSeadramon
  • Episod 42 : Kesunyian Bawah Laut! Whamon
  • Episod 43 : Permainan yang Berbahaya! Pinocchimon
  • Episod 44 : Jureimon dan Hutan Keraguan
  • Episod 45 : Pertarungan Level Mega! WarGreymon VS MetalGarurumon
  • Episod 46 : Serangan Balas MetalEtemon
  • Episod 47 : Oh Angin! Oh Cahaya! SaberLeomon
  • Episod 48 : Arahan Pengeboman! Mugendramon
  • Episod 49 : Selamat Tinggal, Numemon
  • Episod 50 : Pertarungan Wanita! LadyDevimon
  • Episod 51 : Badut dari Neraka, Piemon!
  • Episod 52 : Pahlawan Kudus! HolyAngemon
  • Episod 53 : Digimon Jahat yang Terakhir
  • Episod 54 : Sebuah Dunia Baru

Watak sunting

Senarai watak sunting

Kanak-kanak terpilih
Watak Pengisi suara
Taichi Yagami Yuko Sanpei
Yamato Ishida Daisuke Namikawa
Sora Takenouchi Ryoko Shiraishi
Koushiro Izumi Yumiko Kobayashi
Mimi Tachikawa Marika Kono
Joe Kido Takeshi Kusao
Takeru Takaishi
Hikari Yagami Misaki Watada
Digimon
Watak Pengisi suara
Agumon Chika Sakamoto
Gabumon Mayumi Yamaguchi
Piyomon Atori Shigematsu
Tentomon Takahiro Sakurai
Palmon Kinoko Yamada
Gomamon Junko Takeuchi
Patamon Miwa Matsumoto
Tailmon Mie Sonozaki

Sekutu & Musuh sunting

Sekutu sunting

  • Gennai
  • Leomon / SaberLeomon
  • Whamon
  • Piccolomon
  • Wizarmon

Musuh sunting

  • Devimon
  • Etemon / Metal Etemon
    • Nanomon
  • Vamdemon / VenomVamdemon
    • PicoDevimon
  • Dark Master
    • Metal Seadramon
    • Pinocchimon
    • Mugendramon
    • Piemon
      • LadyDevimon
  • Apocalymon

Media sunting

Anime sunting

Digimon Adventure disiarkan sebanyak 54 episod di Fuji TV di Jepun bermula pada 7 Mac 1999 sehingga 26 Mac 2000. Syarikat Saban Entertainment dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris yang disiarkan di Fox Kids di Amerika Syarikat dan di Kanada YTV pada 14 Ogos 1999 dan 24 Jun 2000. Versi Jepun disiarkan dengan sarikata Bahasa Inggeris pada Crunchyroll pada tahun 2008, diikuti oleh Funimation Entertainment pada April 2009. Versi Bahasa Melayu telah bersiaran di ntv7 pada Mac 2001 sehingga April 2002 juga ulangi bersiaran di Astro Ceria pada tahun 2008. Pada 2017, TV9 Malaysia menayangkan siri ini bermula 4 Mac 2017 setiap sabtu dan ahad jam 7:00 malam.

Lagu tema sunting

Lagu pembukaan
  • "Butter-Fly" oleh Wada Kouji
Lagu penutup
  • "I wish" (Episod 1-26) oleh AiM (Ai Maeda)
  • "keep on" (Episod 27-54) oleh AiM (Ai Maeda)
Sisipan lagu
  • "brave heart" ("Jantung Berani") oleh Ayumi Miyazaki (lagu pertukaran)
  • "Seven" oleh Wada Kouji
  • "Yuki o Tsubasa ni Shite" oleh Fujita Toshiko

Runut bunyi sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa


Trivia sunting

  • Pulau Fail yang selalu menyerupai Isla Nublar dari kisah Jurassic Park

Pautan luar sunting