Buka menu utama
Jangan dikelirukan dengan Ismail Mohamed Said.

Ismail Mohamed ialah seorang ahli siasah Malaysia daripada parti Barisan Nasional. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Johor yang terakhir bagi Dewan Negeri Bukit Serampang dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.[2]

Tuan Haji
Ismail Mohamed
Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Memegang jawatan
25 Jun 2018
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
2013–2018
Digantikan olehDr. Sahruddin Jamal
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Serampang
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehTahir Mohd Taat
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti7,845[1] (2013)
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
KediamanMuar Muar
PekerjaanMalaysia Ahli politik

UMNO Bahagian PagohSunting

Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO, beliau memangku jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh.[3]

Pada 25 Jun 2018, beliau telah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh selepas menang tanpa bertanding.[4]

PilihanrayaSunting

Beliau buat pertama kalinya bertanding di kerusi Parlimen Pagoh menggunakan tiket Barisan Nasional bagi menentang bekas ketua beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Pakatan Harapan yang menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat dan calon muda dari PAS, Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.[5]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Pagoh[6]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 P143 Pagoh
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin   23,558 Menang
Tuan Haji Ismail Mohamed   16,631 Dicalonkan
Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz   2,483 Dicalonkan

Pautan luarSunting

RujukanSunting