Kamal Affandi Hashim

Penganalisis jenayah Malaysia
(Dilencongkan dari Kamal Efendi Hashim)

Kamal Affandi Hashim adalah fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia dan sering muncul di radio dan televisyen Malaysia terutama 'Black Maria' dan POV di Radio Bernama 24, TV3, Astro dan TV1. Beliau banyak memberi pandangan, cadangan , ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di seluruh Malaysia. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam CID 3278 di TV9, Metro Skuad di RTM dan filem KL Gangster 2.

Kamal Affandi Hashim
Kelahiran
Kamal Affandi bin Hashim

1967 (umur 56–57)
PekerjaanFasilitator, penganalisis jenayah, pelakon
Tahun aktif2000–kini

Pada 7 Julai 2011, Kamal Affandi Hashim telah menembak mati seorang yang mengamuk di Flat Valencia, Seksyen 25, Shah Alam. Lelaki itu pernah mengamuk di Kampung Jawa, Klang kira-kira lima tahun sebelum ini. Lelaki itu, Darwis Dusa, 42, berasal dari Kampung Merotai, Tawau, Sabah dan berhijrah ke Lembah Klang sejak 2001.Ekoran kejadian amuk itu, Kamal Affandi dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ. Tulang tapak tangan kanan yang putus telah dibedah, lutut terkoyak sudah dijahit manakala bahu terkehel masih belum sembuh sepenuhnya.[1][2]

Kerjaya sunting

Kamal Affandi menyertai Polis Diraja Malaysia pada 12 Februari 1989 dengan tempat tugas terakhir di Jabatan Siasatan Jenayah, namun pada tahun 1995 beliau berhenti setelah berkhidmat 10 tahun dalam pasukan polis seterusnya menjadi penganalisis jenayah.

Menderita sakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) sunting

Pada 11 Oktober 2012, Kamal Affandi menjalani pembedahan di otaknya akibat penyakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon , Petaling Jaya, Selangor.Akibat AVM itu, koordinasi tangan kanan terganggu sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal. Kos pembedahan di hospital swasta itu sebanyak RM41,820 . Polisi insurans miliknya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai “congenital” iaitu keadaan yang wujud sejak lahir. Doktor melakukan pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya. Gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepala berjaya dikeluarkan.

Antara mereka yang datang ziarah dan memberi sumbangan ialah pengacara popular Aznil Nawawi, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.[3]

Penghargaan sunting

Pada 25 Mac 2012, sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Kamal Affandi Hashim menerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut menerima anugerah ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menerima anugerah Rakan Polis dan penerbit filem, Yusof Haslam. [4]

Sheriff: Narko Integriti sunting

Kamal Affendi ditawarkan berlakon filem Sheriff: Narko Integriti dibawah arahan Syafiq Yusof dan berlakon bersama pelakon utama terlibat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi. Menurut Bernama, filem ini pamerkan perbezaan sisi beliau dalam Sheriff kerana selalunya berpeluang di drama atau program TV selain kembali sarung uniform selepas 20 tahun meninggalkan PDRM ,beliau membawa watak pembantu sebagai DSP Hafsham yang merupakan penolong ketua Jabatan Narkotik dibawah Supt Malik (Shaharudin) Filem Sheriff Pamer Sisi Kamal Affendi

Filemografi sunting

Dokumentari sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 KMJ Pengacara
2010 Kes Tetamu TV3
2023-kini Fail Mahkamah Tetamu TV3

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 KL Gangster 2 Pengawai Polis Penampilan khas
2024 Sheriff: Narko Integriti DSP Hafsham

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006–2007 CID 3278 ASP Wahab TV9
2007 Susuk (Musim 2) ASP Tuah TV3
2012–2013 Metro Skuad Superintendan Kamal TV2

Rujukan sunting

  1. ^ Lelaki ditembak Kamal Affandi pernah mengamuk
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-01. Dicapai pada 2015-02-01.
  3. ^ Sumbang RM10,000, Aznil Sebak Ziarah Kamal Affandi
  4. ^ Polis tiang seri negara bangsa

Pautan luar sunting