Vokal

(Dilencongkan daripada Kebelakangan vokal)

Dalam bidang fonetik, vokal ialah satu komponen penting dalam bahasa lisan yang disebut dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana di atas glotis, berbeza dengan konsonan yang mana adanya tutupan atau sumpatan di mana-mana sepanjang saluran vokal. Vokal juga difahami sebagai sukuan; bunyi dari mulut terbuka tetapi bukan sukuan dipanggil separuh vokal.

Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Perkataan vokal berasal dari perkataan Latin vocalis yang bermaksud "bertutur", kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merujuk kepada huruf-huruf yang digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).

Artikulasi

sunting
AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
 
 
 
Hampir sempit
 
 
Separuh sempit
 
 
 
Tengah
Separuh luas
 
 
 
Hampir luas
 
Luas
 
 
 

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

 
Gambar sinar X [i, u, a, ɑ] oleh Daniel Jones.

Ciri-ciri artikulasi yang membezakan berbagai-bagai bunyi vokal dikatakan menentukan sifat vokal itu. Daniel Jones mengembangkan sistem vokal kardinal untuk menghuraikan vokal-vokal dari segi ciri-ciri amnya iaitu ketinggian (dimensi menegak), kebelakangan (dimensi melintang) dan kebundaran (kedudukan bibir). Ketiga-tiga parameter ini dinyatakan dalam diagram vokal IPA di sebelah kanan. Selain ini, juga terdapat sifat-sifat yang lain seperti kedudukan lelangit lembut (kesengauan), jenis getaran lipatan vokal (pembunyian), dan kedudukan akar lidah.

Ketinggian

sunting

Ketinggian vokal ialah kedudukan lidah secara menegak, berbanding dengan lelangit mulut atau liang rahang. Dalam vokal tinggi seperti [i] dan [u], lidah terletak tinggi sekali dalam mulut, manakala bagi vokal rendah seperti [a], lidah terletak rendah sekali dalam mulut. Kedua-dua ketinggian vokal tersebut masing-masing juga diistilahkan vokal sempit dan vokal luas, iaitu kedudukan rahang sama ada tertutup atau terbuka.

Abjad Fonetik Antarabangsa mengenal pasti tujuh ketinggian berbeza:

Vokal tengah sebenar tidak dibezakan dari vokal separuh sempit dan separuh luas dalam mana-mana bahasa. Oleh itu, aksara-aksara [e ø ɤ o] digunakan untuk kedua-dua vokal separuh sempit atau tengah.

Kebelakangan

sunting
 
Kedudukan lidah bagi vokal-vokal depan kardinal dengan bertanda titik tertinggi. Kedudukan titik tertinggi ini digunakan untuk menentukan ketinggian dan kebelakangan vokal.

Kebelakangan vokal ialah kedudukan lidah ketika penyebutan vokal berbanding dengan belakang mulut. Bagi vokal depan seperti [i], lidah terletak depan sekali dalam mulut, manakala bagi vokal belakang seperti [u], lidah terletak belakang sekali dalam mulut.

Abjad Fonetik Antarabangsa mengenal pasti lima darjah kebelakangan vokal:

Kebundaran

sunting

Kebundaran membincangkan sama ada bibir terbundar atau tidak. Dalam kebanyakan bahasa, kebundaran ialah sifat penguatan vokal tengah hingga belakang yang tidak berapa distingtif. Biasanya, lebih tinggi vokal belakang, lebih menjadi pembundarannya. Akan tetapi, terdapat sebilangan bahasa yang mengasingkan sifat kebundaran dan kebelakangan, seperti bahasa Perancis dan Jerman (yang bervokal bundar depan), kebanyakan bahasa Uralik (bahasa Estonia ada bezaan pembundaran bagi /o/ dan vokal depan), bahasa Turkik (ada /u/ tak bundar), bahasa Vietnam (bervokal tak bundar belakang), dan bahasa Korea (ada bezaan dalam vokal depan dan belakang).

Pembibiran juga boleh dilakukan. Secara amnya, bagi vokal bundar belakang tengah hingga tinggi, bibir dijulurkan ("dimuncungkan") keluar sehingga terdedah permukaan dalaman lidah, maka namanya eksolabial; manakala bagi vokal bundar depan tengah hingga tinggi pula, bibir "diketapkan" sehingga tepi-tepi lidah dirapatkan, maka namanya endolabial. Apapun, bukan semua bahasa mengikut corak ini. Contohnya, /u/ dalam bahasa Jepun ialah vokal belakang yang terketap, dan berlainan bunyinya dari vokal /u/ yang terjulur dalam bahasa Melayu. Bahasa Sweden dan bahasa Norway merupakan dua bahasa sahaja yang membezakan vokal bundar depan sempit dan vokal bundar pusat sempit yang terjulur dan terketap. Sesetengah ahli fonetik memandang "terjulur" dan "terketap" ini sebagai bentuk bibir yang berasingan, maka dipakainya tiga istilah berikut, iaitu: bundar (eksolabial), ketap (endolabial), and hampar (tak bundar).

Penyengauan

sunting

Penyengauan merupakan pengeluaran udara melalui hidung. Bagi vokal sengau, velum direndahkan sambil udara dilepaskan melalui rongga hidung dan mulut serentak, berbanding dengan vokal lisan yang mana udara hanya terlepas melalui mulut. Bahasa-bahasa Perancis, Poland dan Portugis membezakan vokal sengau dan lisan.

Pembunyian

sunting

Penyuaraan menentukan sama ada pita vokal bergetar ketika penyebutan vokal. Kebanyakan bahasa cuma ada vokal bersuara, tetapi terdapat sebilangan bahasa Pribumi Amerika, seperti Cheyenne dan Totonac yang membezakan vokal yang bersuara dan tak bersuara. Bunyi vokal hilang apabila berbisik. Dalam bahasa Jepun dan bahasa Perancis Quebec, vokal di antara konsonan tak bersuara sering tak bersuara.

Penyuaraan modus, garau, dan mengah (deruan) merupakan jenis-jenis pembunyian yang dibezakan dalam sebilangan bahasa, selalunya berlaku selaras dengan pembezaan nada atau tekanan. Contoh: dalam bahasa Mon, vokal yang disebut dengan nada tinggi juga bersuara garau. Namun demikian, selalunya tidak jelas sama ada bezaan fonemiknya adalah nada, penyuaraan atau kedua-duanya sekali. Gabungan tanda-tanda fonetik ini (i.e. pembunyian, nada, tekanan) dikenali sebagai laras atau kompleks laras.

Penyempitan sekundar dalam saluran vokal

sunting

Dalam sebilangan bahasa terdapat vokal yang difarinkskan, misalnya bahasa Sedang dan bahasa-bahasa Tungus. Pemfarinksan ini serupa dengan pengunduran pangkal lidah dari segi penyebutan, tetapi berbeza dari segi akustik.

Pemfarinksan adalah lebih kuat lagi dalam bahasa-bahasa Kaukasia Timur Laut dan Khoisan. Ini sewajarnya dipanggil pengepiglotisan, kerana penjerutan utamanya adalah pada hujung epiglotis.

Pemfarinksan adalah paling kuat dalam bentuk vokal lantang dalam bahasa-bahasa Khoisan, yang mana larinks dinaikkan, dan farinksnya dijerutkan, agar epiglotis atau rawan aritenoid bergetar dan bukan pita vokal.

Vokal rotik

sunting

Vokal rotik ialah "vokal bercorak R" dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Ketegangan

sunting

Ketegangan ialah perbandingan antara vokal tegang dan vokal kendur, yang timbul dari ketegangan otot.

Rujukan

sunting